Sunday, July 25, 2010

Aina Bukan Badot 2

                                Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih




aina temanggu keseorangan..

Sudah seminggu Aina mengalami trauma dan persoalan dalam dirinya... Mengapa kita berbuat baik tapi akhirnya hati kita juga sakit.?? Mengapa perlu kita terasa walaupun kita sebenarnya ingin berbuat baik.?? Namun,persoalan dalam dirinya masih tidak terjawab..dia menjadi semakin binggung hingga menyebabkan konflik dalam dirinya sendiri.

Dengan fikiran yang sememangnya bijak,Aina bertanya secara personal dengan ustazahnya. Semua kondisi yang dialami di ceritakan kepada ustazah Mariam. Ustazah Mariam merupakan seorang guru di sekolah agama KAFA yang tinggal berdekatan dengan rumahnya. Walaupun,hanya mengajar di KAFA,penerangan yang diberinya cukup jelas dan memuaskan hati Aina dan menguatkan lagi semangatnya untuk berbuat baik.

"ustazah,aina rasa konfius la apabila berbuat baik.."

"konfius? macam mana tue,ustazah tak faham la..cuba aina jelaskan..mungkin ustazah boleh bantu.."

"saya nak berbuat baik dan banyak menolong orang tanpa ragu-ragu lagi. Tapi apa yang saya rasa selepas itu membuatkan saya ingin menghentikan sahaja niat tue"

"Subhanallah,ya ke?kenapa?"ustazah Mariam inginkan penjelasan lebih jelas.

"sebab kadang-kadang saya rasa macam dibuli,apa yang orang tolong atau arahakan semuanya saya buat..sebab memang kalo nak bagi alasan,saya tak ada alsan yang kukuh..takkan saya nak kata penat? nak tidur? nak study...hmmmm
kadang-kadang juga saya  rasa macam badut,yang selalu menghiburkan orang tapi hati sendiri juga yang sakit..macam mana nie ustazah?"

"wah,aina...bagus la kamu nie..ada niat yang murni iaitu sentiasa ingin menolong orang,ustazah bangga la dengan kamu. Tapi cuma yang salahnya ialah di mana kamu meletakkan niat aina..
pertama sekali,aina kena letakkan niat kenapa aina nak sentiasa menolong orang yang memerlukan..kenapa aina nak menjaga dan menghiburkan hati orang lain.."

bersahabat kerana ALLAH,bukan kerana sahabat..


"apa maksudnya?"

"Aina kena tahu yang niat ini merupakan perkara asa sebelum melakukan sesuatu. Niat menentukan apa yang kita akan dapat..menurut hadith dari imam nawawi..ustazah bacakan,aina dengar dan fahamkan ye.."

"baiklah ustazah"

"dari Amir al-Mu'minin Abu Hafs 'Umar Ibn Khatab radiyallahu 'anh,katanya: Aku dengar Rasulullah sallahu'alaihiwasalam bersabda:
Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang di niatkan. Maka barabf siapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia inginmengahwininya,maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu"

"okey sekarang ustazah nak tanya,sebelum nie aina ingin menolong orang sebab apa? jujur ya.."

"aina nak tolong orang sebab nanti kalo aina susah ada orang yang akan tolong aina. Lepas tue,kalau aina sentiasa berbuat baik dan menjaga hati orang,kawan aina ramai,sebab ramai yang akan suka aina nanti..aina tak kan keseorangan..tapi sebaliknya hati aina pulak yang sakit..ustazah"

"ha..itulah ustazah nak tekankan. Letakkan niat untuk melakukan sesuatu dengan sebaik-baik niat. Cuba aina letakkan niat aina berbuat baik sebab Allah sayang siapa yang sentiasa menolong saudaranya. Allah juga kasihkan mereka yang mengorbankan kepentingan diri untuk saudaranya. Rahmat Allah sentiasa bersama-sama hambanya yang menjaga hubungan mereka denganNya serta menusia lain.Allah redha dengan hambanya yang ikhlas berbuat sesuatu kerna dambakan syurganya. Aina nampak kan,kasih sayang Allah tidak berbelah bagi andai kita memntingkan pandangaNya melebihi pandangan manusia "

"Aina mengharapkan balasan dari manusia yang belum pasti dan melupakan kasih sayang Allah yang seluas lautan. Kita tengok,apabila aina tak dapat apa yang aina harapkan dari kawan-kawan,aina sendiri putus asa dan ragu-ragu dengan niat aina yang sememangnya mulia. Aina,kena tahu,mengharapkan balasan dari manusia itu memenatkan kita sebab ianya belum pasti dapat dan jika dapat hanya sementara. Kadang yang memenatkan itulah yang menyebabkan aina terasa seperti badut.Sedangkan kasih sayang Allah itu terlalu dekat kita jika meletakkan ikhlas keranaNya dalam diri ketika berbuat"

"ustazah tambah lagi...ikhlas itu perlu di didik. Bukannya serta merta kita boleh ikhlas. Memang la kita kan rasa tak puas hati atau terpaksa,tapi itu hanya permulaan. Aina kena kuat untuk istiqamah..ingat syaitan sentiasa berbisik-bisik supaya kita ragu-ragu dan putus asa. Kalau kita ikhlas,kita takkan rasa diri kita ini badut,tapi sebaliknya kita akan tersenyum disebalik pengorbanan itu sebab kita tahu ada yang menilai dan melihat. Sebab,badut berkorban memakai kostum dan menconteng muka untuk menghiburkan manusia,tapi kita berkorban masa dan tenaga disebabkan redha dari Allah.Boleh ke aina?"

""Faham ustazah..terima kasih. Selepas nie aina akan kuat dan takkan ragu-ragu lagi sebab,hanya badut merasakan mereka itu badut dan....Aina bukan badut!"



Aina yang sudah mulai faham....


"Alhamdulillah.."

3 comments:

  1. comel betul aina ni..bangga dengan d of i.. cerita yang simple tapi sangat jelas isi yang ingin disampaikan...semoga terus maju kehadapan

    ReplyDelete
  2. wah3!!!skrg sudah mula berkarya...bgus3!

    nk bg tahu, time cuti aritu, ada create 1 cerpen..smpai skrg blom lgi nk siap2..idea mati..lg 1, diri ini bkan seeorg penulis!!haha, hangat2 tahi kucing..t klu x siap2 gak bg kt the D of I utk siapkan deh!!ada lgi 30 percent x siap...

    ReplyDelete
  3. likeabee:syukran ukhti...
    p.sakinah: hakhaaa..meh la kita tengok2 ada idea k x..hee

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..