Friday, May 21, 2010

Yok makan!!!_ 1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang









KERABU MANGGA

1.kupas mangga lemak yang muda.
2.potong isinya halus-halus(bentuk mangga yang da jadi kerabu)
3.ambil cili padi 7 biji(letak lebih kalo nak pedas)
4.ikan bilis dicuci / udang kering (sebanyak yang suka)
5. 5 ulas bawang putih
6. tumbuk dalam lesung batu- cili padi,ikan bilis/udang kering.bawang putih
    (tumbuk separa lumat)
7. gaulkan bahan yang ditumbuk dalam lesung batu dengan mangga sehingga sebati
8.tambahkan gula dan gaulkan lagi sehingga sebati
9.boleh letakkan kedalam peti ais untuk lebih sedap

wallahualam..

KERABU SALAD

1.asingkan salad daun demi daun
2.potong batangnya kerana batangnya pahit
3.masukkan salad yang dipotong kedalam bekas besar
4.potong cili padi 10 biji (kalo suka pedas letak lebih)
5.kupas bawang merah 2 biji dan hiris
6. gaulkan kesemua bahan sebati
7. tambah garam dan gula
8 gaulkan sehingga sebati

9.boleh letakkan kedalam peti ais untuk lebih sedap

wallhualam..

Family saya memang suka makan kerabu,tapi kerabu yang paling selalu kami makan ialah kerabu mangga kerana sedap. memang sedap.cubalah...insyaAllah sedap kalo anda suka kerabu juga.
pembikinannya juga mudah. kerabu boleh dimakan begitu sahaja atau makan bersama nasi.

Kerabu mangga lauk pertama yang saya cuba buat sejak cuti lalu. Alhamdulillah mendapat sambutan. Namun kerabu salad,baru tadi saya buat,x menjadi..pahit,. sebab batang salad tidak di buang. Jadi,nanti jangan lupa buang batang salad tersebut...

 InsyaAllah lepas ini,kita cuba elakkan makan diluar...






Tuesday, May 18, 2010

terBanGun Aku..1


                                            
sebelum ni ana pernah terkejut dengan sahabat yang berpuatar 180
bukan hanya terkejut tapi takut..
ana takut sebab takut nasib ana juga mungkin begitu..
iman serta hati manusia di dalam genggaman Allah..
Dialah yang membolak balikkan hati hambanya

sebelum ni ana tak faham..
kenapa this such thing can happen to her..?
padahal dia di antara orang-orang yang faham..
ana cuba berbincang dengan sahabat2..
dan kini ana tahu kenapa...

jika dulu dia berubah dari
pendek ke labuh..
dan kini dia berubah pula ke
labuh ke pendek..

memang manusia mudah berubah
berubah macam-macam..
tapi yang penting ialah..
orientasi kehidupannya..
orientasi kehidupan kita..
apa matlamat kita?
apa yang kita inginkan?

begitu juga
kenapa kita berubah?
kenapa kita bersusah payah?
kenapa kita terus tabah dan tahan?

adakah
kerana Allah?
kerana kawan?
kerana pasangan?

mungkin sahabatku seorang ini,
tersalah niat ketika melakukan perubahan..
ana takkan tinggalkan anti..
ana sedia bantu anti..
jangan mudah menyerah kalah!!!

yok kita bantu dia...
juga diri kita,,
moga hati kita..
tetap dengan ISLAM..
tetap menTAATINYA..
tetap di JALANNYA..
                          
                         

Saturday, May 15, 2010

Yok makan!!!

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..




Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Maidah, ayat 87-88 yang bermaksud :





"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya"





  • ada tanda halal,selamat dari kod E..tapi barangan ISRAEL..



  • ada tanda halal,bukan barangan ISRAEL..tapi tersekat pada kod E.



  • bukan barangan ISRAEL,selamat dari kod E...tapi tak ada tanda halal..


carilah makanan yang..

ada tanda halal.selamat dari kod E dan bukan barangan ISRAEL..


alkisah::
di kafe:

"teringin la nak minum MILO..." ngadu seorang sahabat.
"aah..aku teringin gak..hari-hari minum teh ais je..bosan gak aku" sambil merenung jug air milo di para tempat beli air.
"weh,ko! boikot3x!!!!" dengan semangatnya..oleh seorang lagi sahabat
"aah..yela okey2... biarlah,aku kempunan sekarang dari minum air nanah kat neraka nanti.." ngomongnya sendiri..
"setuju....ada benarnya.."

********************************************************************************

"hari tue ana pergi umah abang,ana guna shampo ape erk? x ingat r rasanye feather..yang pasti shampo tue barang boikot r..pastue kan,lepas je guna shampo tue,ana rasa rambut ana ringan je..lembut.."

''huh??"

"ana ingat nak beli nanti kat hostel...tapi bila difikirkan balik,....tue barang biokot..takkan ana nak derma duit kan ISRAEL?.."

"hah! taw pun..."

"biarlah rambut aku keras macam roti masuk angin,berketak macam keris..aku nak jadikan bukti depan Allah nanti,yang aku ada usaha untuk menolong saudaraku di PALESTIN"





pernah juga di bincangkan bersama-sama kawan..

"elakkan makan di kedai,kalau boleh masak je sendiri kat rumah. Sebab sekarang nie,kita tak tahu apa bahan yang di gunakan oleh tukang masak kedai tue. Air tangan juga memain peranan juga. Kita juga tak leh nak pastikan tukang masak menggunakan tangan yang bersih sebelum memasak"

makanan itu akan menjadi darah daging kita,masuk dalam aliran darah dan akan mempengaruhi hati seterusnya membentuk iman kerna di hati terdapatnya iman.

 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati" ( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
.





sebagai rujukan..




E-Kod nombor yang diberikan kepada bahan-bahan additif dalam makanan. Sebahagian ‘Kod E’ ini diharamkan di sesetengah negara. Di United Kingdom kod emulsifiers yang tidak disertai dengan huruf E juga diterima tetapi tidak dibenarkan di sesetengah negara lain




kod yang dipercayai mengandungi lemak babi..

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920




‘Kod E’ ini dikategorikan sebagai berikut:-

                                                             Kod E Additif Makanan


100-180 Pewarna

200-252 Preservatif


260-297 Pengasid (Acidities)


300-385 Anti oksidan


400-429 Penebal (Thickeners)


430-499 Emulsifiers


620-640 Penggalak Rasa


950-967 Pemanis

Wednesday, May 12, 2010

~Duit + Wang::

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah,biasiswa JPA untuk sem nie tinggallah dua ratus sahaja lagi..cukup la untuk aku memulakan sem baru bulan tujuh nie. Ayah aku pun dah berpesan,


"kalo nanti tak cukup duit jangan mintak abah,abah ada banyak benda nak kena bayar,lagi2 bulan nie kita kan pergi johor.."


"baiklah" dengan taatnya..


Jadi,sekarang aku tak ikut ayah pergi Kluang,rumah tok Doyah,tapi duduk dengan kakak di Batu Pahat,dengan rancangan ingin mencari kerja bagi menambah dana untuk memulakan sem baru nanti. Belum tentu lagi JPA masuk cepat. Kalo masuk sebulan selepas tue,memang masak la aku. Setakat nie,aku da minta kerja kat farmasi dan kedai buku ,tapi dua-dua tak bagi kata putus lagi. Untuk sementara waktu nie aku terpaksa mengikut kakak aku pergi kerja,untuk mengelak dari keseorangan di rumah,terutama kalau kakak kau kerja malam..fuh! Disini pengalaman bermula........


Kakak aku berkerja di Hospital Batu Pahat,sebagai nurse di Dewan Bersalin. Aku hanya menetap kat suraunye sahaja..boleh je berjalan-jalan tapi malas..  Aku duduk dekat surau dan baca buku je. Habis semua staff nurse yang singgah sembahyang kat surau tegur aku..


"nie sapa? HO baru k?"
"x la,kakak saya kerja kat sini..namanya Hazlina"
"owh,adik lin..tapi muka tak sama pun..adik beradik betul k?"
"aah,satu mak satu ayah....................." senyum.


Tapi apa yang bestnya..aku dapat dengar tangisan bayi. Tangisan bayi yang aku dengar bukan seperti kebiasaannya..tapi tangisan bayi yang baru lahir ke dunia,yang baru lahir..
baru lahir..yang masih berdarah di badan..yang mata belum di buka...




Saat mendengar,aku terdiam dan berfikir......


Ramaikan umat MUHAMMAD....


Orang MELAYU memang ramai,tapi orang MELAYU tak semestinya ISLAM, dan jika orang itu  ISLAM tak semestinya BERIMAN.........


Jika kita tengok balik,apa yang jadi kepada seorang anak Johor, dihantar belajar ke sekolah dan mengambil subjek sains agama di sekolah menengahnya.. tapi kini apa hasilnya..
dia sudah bertukar agama kepada KRISTIAN,namanya juga di tukar BENJAMIN STEPHEN, malah mampu memberi tazkirah atau ceramah agama di gereja di Sarawak,malah dalam ceramahnya,mengata sesuatu yang tak patut tentang ISLAM,malu  mengaku bahawa dia dari kaum melayu dan memandang rendah terhadap kaumnya sendiri...


Tingkatkan ilmu di dada..penuhi hari dengan amalan...atasi segala kelemahan...tingkatnya rasa cinta kita kepada ILLAHI..


Jangan katakan nanti tapi mulakan sekarang..kerna suatu hari nanti kita juga akan menjadi pembentuk..moga model yang dihasilkan memberi manfaat kepada sekalian alam...


wallahualam



Monday, May 10, 2010

:: Tinggalkan Egomu ::







Dalam menjalani kehidupan seharian,kengkadang kita lupa untuk melaksanakan apa yang telah di ajarkan Rasulullah kepada kita. kita terlupa untuk serapkan sunnah-sunnah yang telah di tinggalkan dalam aktiviti harian. kalau di ikutkan,untuk melaksanakannya bukannya memerlukan pengorbanan yang besar seperti jihad di medan perang,sehingga perlu mengangkat senjata bahkan mental dan fizikal juga perlu di persiapkan..tapi ramai yang mengambil enteng tentang perkara yang juga enteng..


Sunnah yang pertama yang ana ingin kongsikan..


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
{ يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ }


“Wahai anakku, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (HR Bukhari no. 5376 dan Muslim 2022)


Makan dan minum menggunakan tangan kanan!ana yakin plus yakin,ramai di kalangan kita yang faham plus hadam tentang sunnah ni.. tapi berapa ramai yang betul-betul sensitif terhadap pergerakan tangan kita.yang kita taw perut kita lapar dan tekak kita dahaga...aku nak makan,aku nak minum..itu yang sensitif sekali kat otak kita...kalo betul kita tahu, tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul mengamalkannya?? yang kita fikir perut aku lapar,tekak aku dahaga..aku nak makan,aku nak air.....kenapa tak fikir bagaimana aku nak makan bagaimana aku nak minum? adakah kita ni terlalu lemah untuk mengawal pergerakan tangan sendiri? banyak persoalan,tapi ana tujukan khas kepada yang menaip ini....


 Dari Anas bin Malik, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ridha terhadap seorang hamba yang menikmati makanan lalu memuji Allah sesudahnya atau meneguk minuman lalu memuji Allah sesudahnya.” (HR Muslim no. 2734)


yang kedua..


Makan dan minum dalam keadaan duduk disertai bismillah sebelum apa-apa masuk kedalam mulut dan setelah selesai semuanya masuk ke dalam mulut untuk di proses. Padahal,ramai sahaja yang tahu,bismillah itu tinggi darjatnya antaranya,dapat menghindari syaitan untuk join kita makan..kalo tak,sebab tu la makan sepinggan pun tak cukup di tambah pula dengan nafsu makan sendiri.


Imam Ahmad mengatakan, “Jika dalam satu makanan terkumpul 4 (empat) hal, maka makanan tersebut adalah makanan yang sempurna. Empat hal tersebut adalah menyebut nama Allah saat mulai makan, memuji Allah di akhir makan, banyaknya orang yang turut makan dan berasal dari sumber yang halal.






Dari Anas bin Malik, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ridha terhadap seorang hamba yang menikmati makanan lalu memuji Allah sesudahnya atau meneguk minuman lalu memuji Allah sesudahnya.” (HR Muslim no. 2734)


yang ketiga


Adalah penting untuk kita bersedia ketika mahu tidur... persediaan perlu di lakukan..gosok gigi,cuci muka,pakai krim ataw pakai bedak sejuk k,sapu losyen ke seluruh badan ataw apa-apa sahaja,bagi menjamin kesihatan sepanjang zaman.. ana konfem gak la,bab-bab nie ramai je yang pas dan selalu lakukan...tapi


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”


berapa ramai antara kita yang pastikan dirinya berwuhuk sebelum baring di atas tempat beradu yang empuk itu? berapa ramai yang pastikan kata-kata terakhirnya adalah doa? padahal,tidur itu,adalah mati yang sementara,namun tidak mustahil menjadi mati selamanya bukan?


 Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” – (Hadis riwayat Bukhari).


yang keempat


Sehari kalo tak pergi sekali memang tak sah..dari segi biologinya memang tak normal la...rumah syaitanTandas dianggap sebagai tempat yang jijik dan kotor. Tabiat syaitan adalah menyukai tempat yang kotor seperti tandas. 

Oleh itu sebagai Muslim, selain disuruh supaya membaca doa keluar dan masuk tandas, kita diwajibkan mementingkan aspek kebersihan. Ia termasuk perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). 


DARIPADA Anas bin Malik, beliau menghabarkan: “Apabila Nabi Muhammad SAW hendak memasuki tandas, Baginda membaca: “Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada bahaya kotoran dan daripada segala macam yang membahayakan.” (Hadis riwayat Bukhari) 





Islam selaku agama yang sempurna menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya.



Berikut adalah beberapa adab masuk dan keluar tandas.
 Mendahulukan kaki kiri. 
 Keluar dengan kaki kanan. 
 Membaca doa sebelum masuk.

Maksudnya: "Ya Tuhan kami, aku berlindung kepada Engkau daripada segala kekotoran."

 Duduk hendaklah diberatkan pada sebelah kiri 
 Tidak menghadap kiblat atau membelakangkannya (sekiranya membuang air di tanah lapang).
 Tidak buang air di air tenang, di atas batu, menentang angin, tempat orang ramai singgah berbual, tidak di tempat orang lalu lintas, tidak di bawah pokok yang berbuah dan sebagainya.
 Tidak bercakap ketika membuang air. 
 Tidak beristinja' dengan air di tempat buang air. 
 Disunatkan beristibrak (bersuara sedikit seperti berdehem) bagi yang membuang air kecil supaya air kencing dapat keluar semuanya. 
 Ketika keluar tandas disunatkan membaca:

Maksudnya: "Mohon keampunan dari Engkau, segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku segala penyakit dan memberi aku kesihatan.

Begitu juga dengan bersuci. Tabiat tidak bersuci (tidak membasuh anggota kelamin sesudah kencing) oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak. Hal ini seperti disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Abbas yang menceritakan : “Nabi berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau Makkah. Lalu kedengaran oleh Baginda suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah : “Kedua-duanya diseksa bukanlah kerana dosa besar.”

Kemudian Baginda melanjutkan perkataannya: “Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”

Selepas itu, Rasulullah menyuruh supaya mengambil pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua-dua kubur itu, masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya: “Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab Baginda : “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” 
Jelasnya, membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat terbuka seperti di tepi jalan tanpa bersuci dilarang oleh Islam. Hal ini kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan, selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit. 





mungkin empat sahaja yang mampu ana kongsikan disini..ana anak ajak semua supaya sematkan dan selitkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam aktiviti seharian.
Jangan hanya sekadar tahu,sekadar membaca juga sekadar menaip...


 ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa  buah.. 


jadilah duta-duta Islam walau di mana anda berada. tegakkan syiar Islam...






wallahualam...



Saturday, May 8, 2010

Azam~~



dari Jenapoh ke Manchester...


tapi kali ini pengembaraan dari Kedah ke Johor..
seminggu terasa lama sangat untuk ditempoh,namun walaupun terasa lama..satu buku pun tak habis di baca lagi.
insyaAllah akan terus diusahakan supaya abes. memang susah sikit unttuk membina minat membaca nie kalo hari-hari yang lepas lebih sukakan aktiviti outdoor...namun apa yang penting terus berusaha. lagi-lagi buku berilmiah,kalo novel sekejap je aku rasa...orientasi hidup perlu berubah~
ya seminggu..


Seminggu terpaksa berehat sebentar di Selangor sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi,Johor. menunggu abang untuk konvoi bersama pada malam ini. Seminggu di selangor,pengalaman yang pelik tapi menarik. Ayahku menjadi rebutan dua orang anak-anaknya. Seorang di gmbak dan seorang lagi di Sungai Buloh. Berebut supaya ayahku tinggal dan tidur di rumah mereka. Alhamdulillah,ayahku pintar..dapat menyelesaikan masalah..namun terpaksalah memandu berulang alik dari Gombak ke Sungai Buloh. Aku pula dijadikan pengikut setianya..yalah kalau tidak ikut ayah siapa lagi aku nak ikut...


Seminggu di Selangor juga,aku rasakan produktiviti diriku juga otakku merundum jatuh akibat aktiviti seharian yang tidak sepatutnya berlaku. Aktivitinya hanya bangun,solat,baca buku.menonton tv sekiranya terbuka ,makan bila nosan..yang penting tido!! hampir suluruh hari -hari yang berlalu di isi dengan tido akibat terlalu bosan...astaghfirullahazim..huh


Azamku untuk cuti semester kali ini,tak nak pegang remote control astro..setakat ini terpegang sudah!!  Aku juga merancang dan berhajat untuk makan hanya sehari sekali,tapi semalam saja aku makan tiga kali,rabu lepas lima kali..huh??..dan berazam juga untuk melazimkan puasa Isnin dan Khamis..namun badan ini masih di manjakan..hmmm. dan yang paling mudah untukku yang aku rasakan ialah menjaga hubungan dengan anak-anak saudaraku..Alhamdulillah setakat ini dapat di laksanakan sedikit..mungkin dapat di tingkatkan lagi..aku harus bijak menangani psikologi mereka.




Untuk semua azamku yang tidak tercapai,aku takkan biarkan kamu semua begitu sahaja. Aku akan mulakan dari langkah satu. yalah,kehidupan di KTSN memanglah sangat berbeza jika dibandingkan ketika dirumah,disamping keluarga. Namun sampai bila alasan itu akan dipergunakan??? sedangkan langkah perlu dipercepatkan..


semester akan datang,aku akan keseorangan....

Tuesday, May 4, 2010

:: sembang kosong::


"kimi,kimi tahu tak nama penuh kimi apa? kimi dah sembilan tahun kan? mesti tahu kan??" tanya aku kepada anak saudara..
"kenapa ucu tanya? mestilah kimi tahu..kimi tulis nama sendiri taw kat buku,tak minta tolong ibu pun.."
"saja je nak test kimi..cakap la apa nama penuh kimi,kalau kimi tahu..buktikan..hihi"
"ucu nie..nama penuh kimi ialah, Mohammad Arif Hakimi bin Yunus..betul tak,ucuku??"
"aik,marah k?? hakahaa..betul dan tepat..kalo ada sepuluh markah,ucu bagi 15 markah..hihi"


"kimi,kimi tahu tak kenapa nama kimi ada Muhammad? siapa Muhammad tue? kalo kimi perasan kebanyakkan,kawan-kawan kimi yang melayu ada nama Muhammad kan?"


"betul-betul..aah,macam semua je ada nama Muhammad.. Muhammad kan nama nabi.."
"Kalo nama nabi,kenapa nama kimi pun kena ada nama Muhammad?"
"mana kimi tahu,ibu yang letak nama kimi..kimi ikut je la.."
"biar ucu cakap..nama kimi ada nama sama dengan nama nabi bukan sebab semata-mata kimi melayu ataupun islam..tapi sebab ibu nak kimi ikut suri tauladan terbaik.."
"?????..tak faham la ucu.."
"pada nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W..ada contoh akhlak terbaik,oleh itu,kita sebagai umatnya kena la ikuti contoh yang terbaik..dalam Al-Quran pun Allah ada sebut.."
"................"


"okey.ucu tanya soalan yang lain..nama kimi tue sapa yang bagi??"
"ibu la..sapa lagi.."
"kenapa ibu,bukan papa k,wan k,tok k, ntah2 ucu k...sebenarnya nama kimi tu gabungan nama yang di beri arwah tok dengan ibu.."
"ucu nak cerita sikit..waktu kimi kecik2 dulu,arwah tok yang banyak jaga kimi dengan ibu waktu ibu tengah pantang,pastu kalo kimi nak balik umah ucu dulu,ibu selalu pesan suruh tok tolong belikan susu kimi sebab berat nak bawa walaupun naik kereta,ucu pun tak faham..then tok yang suruh wan belikan.susu kimi tue da la susu SNOW,susah taw nak cari..kalo wan tak jumpa kat sungai buloh,tok desak juga wan cari sampai jumpa,takut nanti kimi lapar waktu samapi kat umah nanti..wan cari juga"



"betul k ucu?? "
"betul la,x de mase ucu nak tipu..kimi taw kan ibu kimi garang,kadang-kadang arwah tok yang back up kimi,layan kimi macam anak manja."


"aah,betul tue,tok selalu bagi apa yang kimi nak.."


"tapi kimi,sekarang tok dah tak ada..Allah dah panggil tok ke sisinya..kimi sayang tak kat tok?"
"sayang la,mesti la sayang"
"ingat waktu,abang hariz cakap waktu tok meninggal.."mak tok dah mati,tapi abang sayang maktok"(sebab mak ana yang jaga dia dari kecil)"
"kimi kalo kimi sayang tok,kimi kena selau doakan tok,jadi kimi kena rajin solat,jangan malas-malas..kalo kimi malas macam mana nak doakan tok..kalo betul kimi sayagkan tok,kimi mesti buktikan.."
"tapi ucu kimi nak doakan apa??"
"kimi doakan tok supaya diampuni dosa-dosa dan semoga Allah merahmatinya selalu...dan ucu selalu doa supaya dapat berjumpa kembali di syurga"
"kimi,kimi taw x kenapa ucu tanya soalan nie?"
"kimi pun pelik jugak,tibe-tibe je ucu tanya soalan macam nie"
"kimi,kimi bukannya budak kecik lagi,ucu nak kimi matang..ucu selalu nampak,lepas kimi solat,bagi salam pastu terus lipat sejadah,macam solat terpaksa.. siapa yang tak berdoa pada Allah,dialah orang yang sombong dan Allah murka kepada orang itu.."
".............."

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..