Monday, July 19, 2010

Bukan 'Milik' Kita

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Aku jumpa dalam pejalanan,kami berselisih..sebenarnya aku tak perasan pun muka dia. Tiba-tiba dia melambaikan tangannya dan seyum. Aku pun dengan muka terkejut senyum dengan ikhlas. Dia menyuakan tangan untuk bersalaman dan aku pun menyambutnya. Sementara rakannya yang jalan bersamanya tadi memberhentikan pergerakan kaki mereka. Dia menyambung pergerakannya dengan menyelisih pipi,aku sambaut dengan gembiranya. Pada saat yang sama,kawannya yang jalan bersamanya..

"nak salam jugak lah akak ni"

Maka aku dan rakannya pun bersalaman seperti mana dia berbuat tadi.Sementara seorang rakan lelaki mereka yang tadi jalan bersama hanya menonton adengan tadi. Aku tak kisah jika ia berlaku jika kami baru berjumpa saat itu setelah sekian lama,atau bertemu di  tempat yang tidak ada orang lalu lalang. Aku sungguh terharu di perbuat begitu sedangkan kami hanya kenal semalam ketika di surau.

Sesuatu yang membuat aku sedih ialah,dia bukan 'milik' kita,dia 'milik' saudara kita,sedangkan dia sendiri tak tahu. Andainya tiada perpecahan antara kita pasti aku lebih bahagia untuk bersama-sama berkongsi segala-galanya. Sesungguhnya apa yang aku harapkan tidak menjadi realiti tapi menjadi hakikat yang sakit untuk ditempuhi. Aku amat berharap suatu keajiban berlaku..insyaAllah.

"Afwan adikku,akak tak dapat berbuat apa-apa untuk akmu selain silaturrahim setakat ini".

Namun ukhuwah seaqidah harus dipertahankan dan disemai walaupun mungkin berbeza pergerakan selepas ini.

1 comment:

  1. InsyaALLAH..

    La Tahzan. Pahala kebaikan masih 'Milik' kita jika kitalah yang menyemai mahupun hanya bantu menyirami tarbiyah dalam diri mereka walaupun mereka sudah bukan milik kita. ^_^

    Berdoalah selalu.

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..