Saturday, September 20, 2014

Perjalanan penyucian hati

Bismillah,


Pejam celik tinggal beberapa bulan nak genap setahun. Hampir 11 bulan aku di bumi Sabah. Bila terkenang balik bagaimana permulaannya aku akan tersenyum sendiri. Sinis. Sesuatu yang di luar jangkaan. Datang dan menjadi penduduk sementara di Sabah. Masih teriang..

                         

"Akak bukan suka k Sabah? " Masa aku umumkan yang aku akan posting ke Sabah.

"Pergi 2-3 hari oklah. Tapi bukan tinggal kat sana..." nada sedih.

Permulaan kehidupan yang susah. Aku yang susah nak berubah dan sedikit susah untuk menerima perubahan. Masa untuk adaptasi juga lama. Sama seperti aku terpaksa terima kenyataan bahawa mak sudah tiada. Tak mudah bagi aku.

Dari sudut lain, aku patut bersyukur.
Aku ada akhwat di sini. Ada yang yang akan bantu aku untuk meneruskan perjalanan tarbiyah disini.Kedua, aku posting di Hospital yang sekangkang kera dari rumah akhwat.

Tapi sumpah!
Perjalanan tarbiyah yang aku hadapi di sini tak sama dan mungkin tak akan sama dengan semenanjung. Sesuatu yang mungkin aku akan dapat di tempat lain. Bagi aku perjalanan di sini terasa kesusahannya.
Hampir sahaja kadang-kadang hati ini goyah, lemah dan pandai berkira-kira untuk berhenti. Entah apa, yang membuatkan aku masih di sini.

Aku mampu untuk sesuatu yang lebih baik, lebih selesa. Tapi aku disekat dengan alasan...

"Anti kena belajar hidup susah...." sekali lagi air mata mengalir laju.

Susahnya ya Allah! Susah sebab nak lawan nafsu, susah sebab kena ubah cara hidup yang sangat zuhud. Susah sebab kena banyak memberi tanpa harap untuk menerima balik. Susah sebab kena hidup berhimpit. Susah sebab tak fokus study.Susah sebab kena makan apa yang ada. Susah sebab rasa hidup sorang-sorang. SUSAH!

Aku gagal untuk ujian forensik. Sepanjang 24tahun aku study...tiada satu kertas pun perlu aku ulang. Tapi kali ini, di sabah.....
Yang gagal tu hanya aku. Mereka yang lain lulus dengan lega.Ya Allah.Lemah, down, murung goyah, malu dan sebagainya semua bercampur! Ini kalilah... Kata murobiyah,

"Hijrah itu memang payah. Tapi jika niatnya kerana Allah segalanya akan mudah..." absolutely!

Dalam hati kerana dakwah aku terus bertahan! Sedang hati sudah goyah mahu berpindah.Setahun terasa sangat panjang. Aku berharap perjalanan setahun ni cepat berakhir untuk pulang ke semenanjung.

Lebih banyak tangisan dari gelak tawa. Lebih banyak luahan dari memberi idea.
Aku yang lemah. Kurang ikhlas..

Perjalanan sebagai PRP membuatkan aku lemah dan leka.



Sedang banyak kelalaian dan kemaksiatan aku tersembunyi.

Sekarang macam tak percaya setahun itu hampir berakhir. Dalam hati berbelah bahagi. Minta pindah atau duduk di KK sahaja. Tapi disebabkan ada suara-suara memanggil balik. Aku balik, kembali kepada pengarahan asal.

Jika aku di Sabah, aku akan terus dalam proses penghijrahan untuk membersihkan hati. Jauh dari cara kehidupan lalu. Allah, aku mengharapkan yang terbaik disisiMu. Hati masih gentar dan cuak. Takut kecewa dan terkejut untuk kali kedua. Apa pun...ikhlaskanlah hati ku. Datang dan pergi hanya kerana Allah.

Carilah, perubahan dalam hidup.
Perjalanan penyucian hati.

Kingfisher 20092014

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..