Friday, April 22, 2011

Thursday, April 21, 2011

Tembak!

                       In The Name of Allah.




"Okay! hari nie cikgu nak buat latihan menembak. Tapi disebabkan kita nie kurang prasarana. Makanya,dikalangan kamu sendiri yang akan di jadikan bahan. Bahan untuk diletakkan epal di atas kepalanya. Jadi semua akan target pada epal tue. Boleh?" kata cikgu Hisham menguji.

"Cikgu ??? biar betul? Kami nie dah la baru nak belajar menembak. Nanti ada pulak anak orang mati."

"hahaha...Tak la,cikgu saja je nak uji. Lagipun,nie kan kelas pertama kita. Hari nie,Encik Saidi yang akan tunjukkan cara menembak. Tapi tetap kena ada volunter untuk jadi sasaran. Ali dan Abu boleh?"

Ali dan Abu terkejut.


                                                



Dalam keadaan begini. Kita dapat membezakan dua orang. Sama ada yang hanya percaya dan orang yang yakin.

Percaya
Yakin
Tetap berdiri tegak tapi menanti tembakan dengan penuh debaran kencang didada.
Mungkin juga,berdiri terketar-ketar.
Mungkin juga akan menyerah langsung.
Tetap berdiri. Ada ketenangan dihati dan diriak wajahnya.
Menanti tembakan dengan penuh kesabaran dan keteguhan


Begitu juga kita sebagai hamba Allah. Tak cukup sekadar percaya bahawasanya Allah ada. Tapi kita perlu yakin. Yakin bahawasanya Allah itu wujud dan selalu bersama kita tiap detik!.

Jadi,tika di minta untuk bersedekah. Usah fikirkan sangat belanjawan yang tak cukup. Tapi memberilah walaupun sedikit.
Manusia sekarang bekerja,ibarat duit mereka cari sendiri. Lupa Allah yang memberikan rezeki kepada mereka.

Nanti diminta untuk berkorban masa dan tenaga. Kita juga perlu yakin bahawa,Allah akan membalasnya dengan sesuatu yang lebih indah. Bukan sekadar lulus dan cemerlang dalam exam.,bukan sekadar lancar semua urusan,bukan sekadar diberi nikmat yang special. Bukan sekadar tue, Itu semua hanya di dunia. Tapi yang kita nak di akhirat nanti yang kekal abadi.

Pernah tak kita pandang tapak tangan kita? Itu sapa punya? Jangan jawab terus tapi,tanya hati... Dimulut semua akan jawab Allah,tapi hati kita akan memberi tahu jawapan yang sebenar? Hmmm...

Razif pergi ke sekolah agamanya selepas latihan menembak pagi tadi.

"Cikgu...adik saya tanya. Macam mana buat ikan masin?"

"ha? kenapa kamu tanya cikgu? tak tanya mak kamu terus ke?"

"mak suruh tanya cikgu dulu.."

"ooo...jawapannya. Pertama ikan tu harus mati dulu..kemudian disiang...dan direndam dalam air garam..
eh,betul ke? Razif,cikgu tak pasti la. Tapi macam tue la lebih dan kurang nya.."
                                     
                              

"oo..garam la yang membuatkan ikan tue masin. Ikan kan air kat laut tue yang menyebabkan ikan tue mati sebagai ikan masin."

"Bukan-bukan... "cikgu Norima pun sebenarnya keliru...hhuhu 

Bukan cara untuk buat ikan masin yang masalahnya. Tapi pernah tak kita fikir....

"ikan dilautan yang berenang dalam air garam tue...tak pulak masin .
Tapi ikan yang ditangkap disiang,di letakkan tiga mangkuk garam,dengan mudahnya menjadi ikan masin????"

kenapa ya?...









Monday, April 18, 2011

Kenangan



“wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sebenarnya-benarnya taqwa kepadanya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim”
(3:102)



Suatu masa dahulu:

 Di sekolah yang bersebelahan dengan selat melaka. Suatu pengunguman di lakukan.

"Assalamualaikum wbt. esok akan diadakan satu forum berkaitan permasalahan umat Islam,terdiri daripada panel jemputan bukan dari sekolah kita. Forum di surau Assyakirin. Pukul 2.45 petang. jadi semua pelajar diminta berkumpul disurau. Prep petang tiada esok. Sekian terima kasih." 

Esoknya.Semua pelajar pun berkumpullah di surau seperti diarahkan. Sampai je melangakah ke surau maka saya dan sahabat,umi pun bersila lah,bersedia mendengar apa yang di bincangkan. Beberapa ketika,selesai forumer pertama bercakap....

"weh,bosanlah..."

"aah..aku mengantuk la. Selalunya masa nie aku tidur kat kelas..."

"aku teringin la nak makan ABC pak mat ,ko nak tak? jom wei.. "

"jom la..leh gak. Dari aku kebosanan kat sini."

Jadinya,kami pun meloloskan diri ke kantin. Alhamdulillah tak ada orang. Ye la semua pelajar kan ada kat surau.

"cik,ABC dua bungkus."


                                            


"wei,umi. Kita nak makan kat mana nie?"

"makan kat kelas la...rehat-rehat bawah kipas"

"orait.."

Dalam perjalanan ke kelas dari kafe, dengan sebungkus ABC ditangan masing-masing. Kami terserempak dengan cikgu Add Math.

"kamu buat apa kat sini"

"aaaaa...." kami tersenyum..dalam hati berdebar-debar gak. Jarang sangat buat macam nie.

mujurlah selamat. Lagipun,cikgu add math nie sempoi dan sporting. Kalo jumpa dengan PK Hem masa tue, pasti kantoi sampai ke perhimpunan.

Suatu petang..

"wei,korang malam nie Brazil lawan Italy la..Aku nak tengok Brazil main...."

"weh,,,ye ke. Tapi camna nak tengok..hari nie kan hari Rabu. Bilik tv mana boleh masuk"

"ye la wei..kita tengok je la keputusan kat surat khabar esok pagi...kat kelas.." pasrah.

"tapi kalo kita tengok game die kan lagi best..lagi real,lagi feel. Masa perlawanan kul 2 pagi..camna ye kita nak tengok??"

"ha! aku ada idea. Bilik tv tue bukan kunci pun. 2 pagi mana ada student hidup.. Camtu,jom je la kita..hahaha"

"woit..ko biar betul.. warden tahu abeh la kita. Nampak bercahaya-cahaya kat tingkap bilik tv..."

"ish! ko nie..negatif la. Warden tak de nya la nak berjaga pagi-pagi.."

"weh..aku setuju!!! Orait..malam nie kita stay up ramai-ramai.."

                                             

Malam tue,maka semua ahli geng nie pun turun ke bilik tv untuk menonton perlawanan yang di nantikannya. Tapi belum lagi perlawanan habis,sorang-sorang dah surrender,tidur! Dalam pukul 4.30,perlawanan tamat..Brazil kalah..sob3. Memandangkan ramai yang dah terlentok,maka mereka pun tidur je dalam bilik tv tanpa memikirkan risiko yang bakal di hadapi.

Esoknya. Perbuatan mereka di ketahui oleh pihak pengawas. Tapi apa heran...pengawas tue sama batch dengan mereka. Tak berani la dia nak cakap lebih-lebih. Paling teruk pun sindir je...hahah. Tak ingat dah..sama ada perbuatan nie sampai ke pihak warden ke tak.

Dah besar sikit:


tuck..tuck..tuck..( pintu bilik di ketuk.)

tuan punya bilik pun bukak.

"Eh,tak pe..pergi dulu."
"tak pe nak tunggu.."

esokknya..

"eh..pergi dulu.."
"owh ok.."

esoknya lagi..

"jom.."
"jom.."

lepas nie bersedia la..supaya nanti dia tak yah tunggu.
Orait dah dengar derapan kaki,dia dah sampai. Maka lampu dan kipas di tutup. Pintu dikuakkan...tapi..hahha kelakar-kelakar. Kenapa..apa yang dia nampak?

Kelihatan kawannya,sedang lari secepat-cepatnya, dari penglihatan saat pintu dikuakkan.

Nak je jerit...
"ha! lari laju lagi..semoga jatuh tangga!"
                                                     


tapi tak terkeluar sebab takut dosa.
Alhamdulillah..dah takut dengan dosa..


Akan datang:

ketika syaitan datang membisik
ketika nafsu memujuk
ketika bosan dengan perkara baik
ketika ingin melanggar peraturan
ketika inginkan kebebasan
ketika mendambakan kemewahan

Ingatlah Allah.


“dan jika syaitan datang kepadamu menggodamu,maka berlindunglah kepada Allah.Sungguh Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”
(7:200)



Cukup-cukuplah mengikut hawa nafsu. Cukup-cukuplah menerima ajakan syaitan...
Jom kita jadi hamba yang bertaqwa. Yang merasakan kehadiran Tuhannya,walau di mana sahaja kita berada.
Dunia bukan matlamatnya. Tapi akhirat yang di dambakannya.

Doa Abu Bakar:

"Ya Allah jadikanlah dunia di tanganku,bukan dihatiku"

Saturday, April 9, 2011

Tetapkan Langkah

In The Name of Allah

Hari ini bukan smeudah semalam bergelar akhwat tarbiyah
Banyak yang perlu dikorbankan dan banyak juga yang perlu dilepaskan...
Sesekali langkah tersadung,rebah menyembah
Sesekali melangkah gagah,tersenyum megah
dan 
Semua itu memerlukan pengorbanan.
menuntutkan kesabaran dan kadang-kadang air mata
Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,
Usah di gusar pada nikmat tarbiyah.
Anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengejarkan kita
Bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan.
Kuatkan dirimu merempuh ujian yang pastinya akan hadir,agar hidup dalam keredhaanNya.


ukhti...
andai aku melakukan salah,namun lupa untuk meminta maaf..
maafkan aku.
andai kau berbudi namun aku lupa mengatakan terima kasih
maafkan aku.
andai aku pernah tidak membalas senyum tatkala kau tersenyum padaku
maafkan aku.

aku bukan insan sempurna yang akan membuat hatimu berbunga
aku insan biasa yang sentiasa cuba memperbaiki diri
lantaran tarbiyah itu yang dulu mengajar ku begitu
jangan pernah kau tidak berharga padaku
andai saja kau tahu,
nama siapa yang melakari doaku
Pasti nanti kau sedar..
betapa dalam cintaku padamu


SELAMAT BERJUANG UNTUK MENDAPATKAN YANG TERBAIK...
MOGA ALLAH MEMBERKATI SEGALA USAHA KITA..
SEMOGA BEJAYA..
DALAM FINAL..

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..