Tuesday, October 16, 2018

Bismillah,

Sebab we have the new PM and new TPM, then i have to restart writing back. Moga hobi ni berpenjangan sehingga akhir hayat.

Selepas keputusan PRU baru-baru ni, rasa macam tak tenang tak tahu the current update tentang negara Malaysia tercinta. Sehari tu berkali-kali phone mati sebab asyik on awani live, youtube, click and click to know each of the new menteri in detail contoh azmin ali, mat sabu, izzah dan dr wan azizah.Ahha.Facebook, youtube, twitter, instagram and termasuklah instastory dan google..hehe.

Kalau tak kawal memang boleh jadi addicted, kerja yang lebih aula akan terabai. So self control is much needed. Jadi bila asyik baca je tapi tak muntahkan pun tak best. So mesti ada sikit simpulan pandangan orang yang membaca benda sikit-sikit nie (sebab tak membaca smeua lagi- self controlled).

First of all, nampak politik Malaysia semakin membuka mata, rentak semakin serious. Sebelum ni, terlalu banyak penerangan-penerangan yang memang tak matang terutama isu gst, 1MDB and sebagainya. Menteri-menteri selalu di permainkan bukan untuk di hormati bahkan diragui. So sekarang ni, nak sangat follow perkembangan ekonomi Malaysia. Pada 2018 telah menunjukkan rakyat Malaysia berfikir dan membuat pilihan. Good job Malaysian!

Moga pimpinan yang baru Tun Mahathir Mohamad dan Datin Seri Wan Azizah akan memperbaiki Malaysia. Janji 100 hari sangat di nanti-nantikan. Seorang tokoh 93 tahun perlu bekerja keras untuk 100 hari ini. Bukan mudah untuk memperbaiki Malaysia dengan lebih 800 billion hutang dunia. Pastinya selepas ini lagi banyak perkara-perkara lain yang akan terbongkar dan perlu di selesaikan.

Sebagai rakyat marhean, hanya mampu memerhati dan belajar dari jauh.

Antara banyak-banyak update dan progress satu tokoh yang sangat-sangat di kagumi DSWA. Seorang isteri yang sangat setia dan ibu yang berjaya. She is the women beauty with the brain. She really walk the talk. Bak kata beliau "when there is life there is a way". Its was to many thing about her that amazed me.

                                        Image result for datin seri wan azizah timbalan perdana menteri

Beliau bangkit menuntut keadilan bagi pihak keluarga terutamanya suaminya sendiri yang telah di fitnah. Kegigihan dan kesungguhan beliau di ikuti oleh Nurul Izzah yang setia bersama berganding dengan beliau menggerakkan reformasi untuk Malaysia. Ternyata 10 Mei 2018, kemenangan di pihak beliau. Disaat hampir satu dunia meragui kebenaran di pihak Anuar, tapi dia tetap setia.

Bahkan lebih daripada itu, beliau berjuang membuktikan kebenaran dengan mewujudkan parti bagi menuntut keadilan. Rasa macam tertanya-tanya apakah KEKUATAN YANG BELIAU MILIKI DI SAAT ITU?

Sepanjang 1998 sehingga 2018 hampir 20 tahun tempoh perjuangan beliau. She really did that!











Monday, May 14, 2018

TAUJIH 13052018

Bismillah,

Segala pahala untuk ibadah yang di fardukan kepada hambanya telah di tetapkan kecuali puasa.
So service our thought, heart and intention in ramadhan. Supaya pemikiran dan hati kita bersih daripada karat-karat dunia dan jahiliyah.

Di dunia, apakah perkara yang paling penting? yang di sepakati oleh orang bodoh, bijak, musyrik, beriman...

Tapi Allah ajar kepada hambaNya : Saum (tahan, puasa). Tahan semua perkara yang paling penting dalam hidup.

Allah sangat mencintai orang yang berpuasa.

2:165 - orang yang sangat besar kecintaannya kepada Allah swt.
Puasa adalah satu-satunya ibadah yang hanya Allah swt tahu.

9:24 - tahap kecintaan Allah, Rasul dan Jihad.

Belajar dan didik diri supaya mencintai Allah dengan sepenuh hati tanpa ragu.

Para shabat sangat-sangat menyedari dunia ini seperti apa. Khalid al Walid sekiranya wujud, peperangan mesti akan menang. Umar al Khatab menyanggah keyakinan dengan melucutkan jawatan Khalid al Walid. Namun, sikap Khalid terus bertanggungjawab dan meneruskan amanah beliau. Tanpa ada sedikit rasa sombong.

Dengar tentang neraka terus tetap menangis. Abu Bakar menangis ketika tahjud sehingga jiran sekitar mendengar esakan beliau.Yakin mereka adalah dengan Allah.

Gunakanlah kelebihan untuk mencintai Allah dan mencari keredhaan Allah.

Menyelematkan diri daripada bermaksiat daripada Allah swt

1. Perisai dengan melaksanakan dakwah dengan menyelamatkan aqidah
2. Perisai untuk diri sendiri daripada dunia, jawatan kekayaan harta benda
3. Perisai daripada syaitan (17:16 )

15: 39-40 - Hanya hamba-hamba Allah yang terpilih akan terselamat daripada godaan syaitan.


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!




Tuesday, January 23, 2018

Optimis

Bismillah,

Setiap keikhlasan pasti akan diuji dengan ujian demi ujian untuk betul-betul menapishati hati dari sebarang kerosakan niat. Jadi jangan mengeluh saat di timpa ujian. Ujian adalah perhatian daripada Allah. Jangan mengeluh atau mengungkit. Bersyukur dan terus berdoa.

Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : 

"Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Allah telah berfirman: 

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" 

(QS Al-Ankabut:2-3).

Sesungguhnya Allah Maha Mendegar.

Moga terus optimis dan yakin!



zuraidahidris
23012018
rumahsb

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..