Hari nie hari Jumaat,genap 5 hari aku memulakan klas..alhamdulillah. Memandangkan hari nie x de klas,sebab 1 st yr ad team building dengan semua pensyarah..aku pun menyelesaikan urusan pengangkutan untuk hari interaksi farmasi. Huhu..kena pergi fac walaupun x d klas..tapi ada hikmahnya juga,rupanya JPA dah masuk hari nie. Sepatutnya masuk esok seperti yang tertera dlam jadual. Boleh la aku terus bayar yuran dan melangsaikan semua hutang,alhamdulillah. Balik ke bilik terus search avicennabookstore sebab nak beli buku yang dah disenaraikan sejak cuti lagi...hehe, Malangnya tak tahu nak order camna.nak tanya pun x ada sumber...aishh.
Lepas je solat zohor,bacala buku personaliti plus sambil minum jus mangga.Bagi aku buku itu agak menarik. Bagai membaca buku cerita je..tapi isinya membuat kita banyak terfikir,terfikirkan tentang diri kita dan juga orang sekeliling. Akibat kepenatan,aku pun terlentok dan tido..memimpikan mimpi yang berkaitan personaliti,habis semua orang yang rapat dengan aku masuk mimpiku. Tiba-tiba....
Nor datang mengetuk pintu sehingga aku terjaga dan terduduk,tanda mengalu-alukan dia.. Aku pun infom apa yang kami nak buat esok. Dia membuka isu.
.
"zu,kami sedih....."
"kenapa?(sebab aku pun dalam kesedihan juga cuma mungkin sebabnya berbeza)"
"kami fail ujian MS(satu subjek yang dia amek)..result nie akan contribute 10% untuk final.."
"MS? bukan subjek itu korang slalunya take it lightly k? ingatkan senang.."
".........(aku nampak mukanya macam nak menangis)"
"sabarlah.mungkin itu salah satu ujian dari Allah"
"zu,cuma kadang-kadang kami terfikir,kita bantu agama Allah,tapi Allah tak bantu pun kami. Kami tengok kawan2 yang lain tak abes baca pun tapi depa lulus je. Depa x de pun sibuk2 nak taklim ke nak ketuk pintu ke nak datang surau k.."
"Nor,Allah tak bantu nor lulus bukannya bermaksud Allah tak bantu nor,tapi Dia nak bagi sesuatu yang lebih bagus dari lulus MS,cuma kita kena yakin seyakin-yakinnya. Lagi satu,cukup dah ke kita bantu Allah sampai kita nak claim camni..,banyak lagi yang kita tak lakukan. Nor,jalan yang kita pilih nie bukannya jalan yang lurus duhiasi taman-taman bunga.."
"......(dia cuba mengukir senyum,tapi aku tahu dasarnya dia masih lagi memikirkan benda yang sama)"
"kalo zu pulak camna? kalo zu fail...?"
"kami pun mungkin akan sedih jugak kot,yela sape yang nak fail,cuma sedih tue jangan terlalu lama. Ingatlah syaitan itu selalu membisikkan ke telinga kita untuk menggugat iman dan keyakinan kita..dan itu bergantung camna kita menghadapinya..."
"zu,bagilah kami kekuatan..."
*************
Inilah yang sebenarnya,membuatkan semua remaja lebih mementingkan dunia dari akhirat mereka. Sebab kebanyakkanya meletak lulus dengan cemerlang adalah satu keutamaan dalam matlamat hidup mereka. Kesan dari itu, mereka boleh nampak dan boleh bayangkan kesenangannya dan kegembiraannya,walaupun ia hanyalah sementara... Mereka lupa yang untuk meminta yang terbaik untuk mereka dari ketetapan Allah. Yang mereka tahu mereka nakcapai apa yang mereka sasarkan dengan sebaiknya.
Ada orang meletakkan akhirat untuk dunia..
mereka solat hajat,berpuasa dan dll amalan sunat hanya ketika musim exam supaya lulus dengan cemerlang.
Habis je musim maka habis lah segala amalan mereka..nauzubillah
p/s: mungkin aku boleh cakap sebegini,sebab aku tak mengalaminya..mungkin pembaca boleh menambah input2 lain..
No comments:
Post a Comment