Tuesday, October 8, 2013

Andai semuanya senang

Bismillah..

Bercinta kerana Allah memang best. Kita berlapang dada untuk menerima buruk dan baik seseorang. Kita juga rela menerima segala teguran untuk diperbaiki.


Hari ni, kami isi masa lapang kami dengan beriadah. Lama sudah kami tak mengeluarkan peluh dengan beriadah. Seronok juga main badminton walaupun kami tak lah hebat mana pun. Ada juga yang mengaku LCW jr..haha. Sengit juga regu kami..hebat tak hebat akhwat kita..heh!

Setelah letih, berpeluh main 3 set.. Kami rehat dibangku. Berborak lagi macam biasa.

Masing-masing rasa tak puas beriadah. Kami cadang untuk naik basikal di tasik UTM. Jaraknya agak jauh dari KTDI nak ke tasik UTM...dan, kami nak berjalan. Walaupun...,




"Jom la kita pinjam motor Ukht Ain, dua motor pergi tasik...Jauh ni nak jalan kaki.."

seorang akhwat mula bicara. Yang dua lagi tetap diam, teruskan berjalan. 

Seorang lagi tak ikut bersama sebab ada tugas dakwah lain dipetang yang hening.

"Jauh ni kita nak jalan, nanti da naik basikal kita kena pulang balik.. lepas tu jalan semula balik KTDI..penat laa.."

luah akhwat seorang ni. Yang berdua lagi tetap, teruskan berjalan. Tiada kata balas.

"Ana memang nak jalan kaki, kalau ada motor pun ana nak jalan kaki jugak.. Dah lama tak jalan-jalan.." 

balas salah seorang akhwat.

"Dulu, ada seorang doktor ni berjalan dari pudu raya ke masjid sentul untuk mengisi... Rilex jer.." 

cerita seorang akhwat.

"Ana pun pernah berjalan kaki dari KTSN ke rumah sentul.. 30 minit perjalanan..ok je." 

tambah lagi cerita.


Kami bertiga tetap teruskan perjalanan. Tiada lagi omelan-omelan. Kami borak tentang UTM, tentang mad'u dan bangunan-bangunanya. Jauh memang jauh. Tapak kaki terasa haus..lutut rasa lenguh. Kami jalan lagi, terus bersembang, tengok pemandangan.. Lalu jambatan, tengok anak ikan. di tepi lombong. Dalam hati, balik nanti nak makan ABC untuk balas segala keletihan. Fuh!

Lebih kurang 30 minit perjalanan, kami sampai ke pintu gerbang UTM, dekat dengan tasik. Ada orang main kayak.. Kami jalan lagi ke tempat sewa basikal. Rupa-rupanya basikal dah habes..kosong di tempat simpannya. Semuanya dah disewakan. Kelenguhan lutut makin terasa, letih terluah, penat! Mungkin ada sedikit kekecewaan. Kami bertiga berdiri..diam.

Tiba-tiba ada satu bas UTM lalu,
Dalam hati "Nak balik naik bas ni jugak!! Tak nak jalan lagi!! Letih.."

Kami buat2 lalu depan pak cik bas. Pak cik bas tegur,

"Kamu nak kemana ni? Tak de kerja ke?.."

"Tak la pak cik, kami jalan-jalan nak naik basikal....tapi basikal habes. Kami nak balik KTDI."

"Boleh la tumpang bas ni...bas ni nak balik KTDI jugak.. "

Nak melompat rasanya..haha. Alhamdulillah. Apa lagi, terus naik bas yang kosong tunggu ahli-ahli kelab kayak selesai ko-ko.

" ...Barang siapa bertakwa kepada Allah, Dia akan memberikan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.." (65:2-3)


                             

Kadang-kadang kita sendiri yang kena meletakkan diri kita dalam kesusahan walaupun ada jalan yang lebih senang. Didik diri supaya membina daya tahan luar biasa dalam menghadapi penderitaan dan kesulitan yang luar biasa di medan juang! Mengajar diri untuk upaya mengambil risiko kerna dakwah ini memang selalu mengajar kita untuk mengambil risiko dan bergantung kepada pertolongan Allah.

Untuk bersenang manusia tak perlu di ajar. Tapi untuk bersusah, memang kita kena belajar. Terutama apabila, yang kita ada semuanya adalah kesenangan.

"Akak nak g M27, ambil la kunci motor kat atas meja tu.."

tawar ukht Atie

"Tak pe la.. akak nak jalan kaki..."

senyum.. ^^

"Sungguh,kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah"
(90:4)

Monday, September 16, 2013

Al-Qasas


Bismillah,

"Dan ingatlah hari ketika Dia (Allah) menyeru mereka, dan berfirman, "Apakah jawabanmu terhadap para rasul?"

"Maka gelaplah bagi mereka segala macam alasan pada hari itu kerana mereka saling tak bertanya... " 

(28:65-66)

Bila tiada lagi ruang untuk beralasan yang ada hanyalah pembalasan,
Bersediakah kita dengan bekalan ?


Benarlah semua kata-kata Allah. 

Saturday, July 6, 2013

Ini Jalannya


Bismillah...





Keimanan seseorang pasti akan teruji sepanjang hidupnya. Kata Allah dalam firmannya surah Al-Ankabut ayat yang kedua.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


Memberi rasa takut dalam hati sebagai salah satu cara untuk mendidik hambanya yang benar- benar bertaqwa. Bukan sekadar itu, ia juga akhirnya akan bertindak sebagai penapis. Menapis golongan- golongan munafik yang keislamannya hanyalah satu kepura-puran semata. Mereka yang berislam hanya ketika mudah, senang dan lapang. Namun, saat diuji dengan kemiskinan, kesempitan dan kepayahan mereka goyah dan akhirnya dengan mudah mereka akan menyerah dengan rela hatinya.


Sebagaimana Allah telah menukirkan satu kisah dalam perang khandak. Para sahabat perlu menggali parit yang panjangnya 3.2m dan lebarnya 4.2m dalam keadaan tanah yang berpasir. Bukan setakat itu sahaja, mereka menggali parit dalam keadaan panas dan berlapar. Ada yang sampai mengadu betapa laparnya perut mereka kepada Rasulullah. Maka mereka dinasihatkan oleh Nabi teragung untuk mengikat perut dengan batu. Projek penggalian parit ini bukan mengambil masa sehari dua tapi selama 28 hari yang berterusan!

Ketika saat kepayahan inilah, terbias kemunafikan sebahagian golongan. Padahal proses penggalian baru ditahap awal jihad. Belum lagi menghadapi musuh yang ternyata lebih ramai dari pihak muslimin. Maka dari golongan ini, mereka mencipta seribu satu alasan untuk berlepas dari perlunya terlibat dalam jihad. Akhirnya Allah menurunkan wahyu dalam surah Al-Ahzab ayat ke-13.

Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang disini), oleh itu baliklah dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan, pada hal dia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).


Ada diantara mereka meminta izin untuk berlepas, ada sebahagian yang secara diam-diam mundur dan keluar dari medan jihad tanpa meminta izin.

Andai tenaga sahaja sudah sulit untuk dikorbankan, bagaimana pula dengan nyawa? Golongan ini, sangat mudah didapati, kita boleh kumpul ramai-ramai untuk memeriahkan suasana perjalanan ini. Tapi hanya meriah saat keberangkatan ketika ringan. Ketika ujian melanda mereka akan menyerah dengan pelbagai alasan.


“Salam. Kak minta maaf saya tak dapat nak teruskan berhalaqah dengan akak. Saya nak tumpukan study. Tinggal saya je yang kelurga harapkan... Saya sayang akak..”



Kui3...siapa kata kerja dakwah akan menghambat study kita? Kenapa ada yang tetap dalam senarai dekan dalam sibuk berhalaqah sana sini.Tak cukup itu, ada yang layak buat master, yang bakal bergelar Dr PhD, yang sudah berjaya bergelar Dr perubatan. Mungkin mereka ini hebat dan menghebatkan diri mereka!! 


                             

“Salam ukht. Afwan, ana tak dapat datang. Ana letih la arini, tak sihat sangat.. ”


Haha..letih dan tak sihat alasan yang sangat biasa untuk tidak berangkat. Ada orang yang tempang tapi masih boleh memandu, ibu yang letih masih mampu memasak, pelajar yang stay up masih mampu datang ke kelas, akhwat yang masih basah lukanya selepas kemalangan kecil masih wujud dalam syuronya! Semuanya kerana cinta dan amanah.. kesihatan tak stabil bukan alasan untuk kita melemah.


“Ana tak mampu nak teruskan kommitmen lagi....ana rasa tak layak. Ana nak masa untuk memperbaiki diri...”

Ini saya pelik.. Memperbaiki diri? Macam mana nak memperbaiki diri dengan meninggalkan halaqah? Bukankah halaqah untuk orang mentarbiyah dirinya? Jalan ini bukan jalan orang yang suci dan maksum. Tapi jalan inilah jalan untuk menyucikan diri. Sudah join halaqah tapi masih buat maksiat, makanya halaqah seminggu sekali tak cukup, mungkin 2 atau 3 kali seminggu sebagai solusinya. Bukannya meninggalkannya terus.

Seorang pesakit diabetes yang sudah makan Metformin 500mg TDS untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Tapi setelah makan tiga kali sehari seperti yang diarahkan, kandungan gula dalam darahnya masih tinggi..

Jika anda adalah pesakit ini, apa tindakan anda...?

Tidak makan ubat ini sebab tak berkesan? Dan membiarkan penyakit ini berlanjutan sehingga kaki dipotong, sehingga mata mula kabur (retinopathy), atau saraf dah terganggu (neuropathy) ? Inilah keadaannya, jika kita meninggalkan halaqah dengan alasan di atas.

Jadi solusinya bukannya tidak makan ubat langsung! Mungkin pesakit tidak mengamalkan diet yang sihat dan mungkin Metformin 500mg tak cukup untuk mengawal penyakitnya. Maka ...

1. Amalkan diet yang sihat [tinggalkan maksiat sesungguhnya]

2. Tambah kombinasi dengan Glicazide [sibukkan lagi dengan aktiviti tarbiyah]



                                     

Dan sebagainya. Alasan ini tak ada hadnya. Macam-macam asbab boleh dijadikan. Tak perlu diajar, mereka pandai sendiri! Susah sikit tak boleh... Kebersamaan mereka hanya akan membantutkan perjalanan kita. Tujuan kita dan mereka sudah tak sama.

Maka terhasillah golongan yang benar-benar ikhlas dan beriman dalam perjalanan ini. Perjalanan ini akan tetap meriah dan bertambah berkat. Yang masih kekal , teruskan perjalanan dengan senyuman dan berbuatlah!!

Jangan ditangisi keciciran mereka. Usahakanlah diri untuk sentiasa meluruskan dan memurnikan niat agar tidak terhakis keimanan kita oleh penapis-penapis Allah. Sebagimana para ikhwanul muslimin telah buktikan kesungguhan mereka. Keluar masuk penjara merupakan perkara biasa, tapi semangat mereka dan matlmat mereka tidak pernah sesekali luntur.

     

" ....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki.... " [BQ]

Hanya yang benar-benar beriman akan berjaya ke peringkat seterusnya.


Ya Allah berkatilah Mesir ,
Lindungi dan rahmatilah Dr Mursi dan orang-orang yang bersama beliau,
Laknatlah orang yang mengkhianati beliau dan sekutunya.
Amin...

Friday, May 31, 2013

Momen penting

Bismillah,

Segala-galanya mungkin akan berakhir sengkang beberapa masa lagi. "Mungkin".kerna penentuannya hanya Allah yang tahu. Perjalanan 4 tahun yang penuh dengan segala-galanya. Hari ini hari terakhir untuk sesi pembelajaran kami di UKMKL. Hari terakhir duduk dalam dewan kuliah, hari terakhir untuk tidur dalam kelas...hari terakhir untuk aktiviti sebagai pelajar. Sambung master?.. tak tentu lagi...

Jadi, setiap momen sangat-sangat penting. Sikit-sikit kena ambil gambar..katanya kenangan. Betul la tu..kenangan kami bersama, penat jerih. Ketika mula-mula mendaftar di UKM as a pharmacy student. Saya masih ragu-ragu.

Ini projek model farmasi komuniti kami. Kami lah arkitek,
bisnesswomen dan juga clinical pharmacist.

"Betul ke nak ambil farmasi ni, boleh ke nak bawak.. Betul ke nak kerja sebagai health professional ?"

Sebenarnya saya nak meletakkan perguruan dalam pilihan UPU sebab kerja mudah, banyak cuti dan lebih rilex dan abah menggalakkan. Arwah mak pulak, membangkang habis-habisan sebab murid sekarang ni sangat agresif. Tapi segalanya berubah, apabila murobiyyah minta tukar kepada kos kesihatan memandangkan ramai akhwat kita yang sudah dan akan jadi cikgu, tapi bidang kesihatan ada seorang je. Saya pun tukar je la..memang tak de pendirian sangat masa tu. Tapi alasan kakak tu agak munasabah. Malangnya...yang ramai tu, tinggal kenangan..

Ayah ok,sebab cikgu pilhan kedua saya dan pilihan pertama saya adalah Farmasi UKM. Kalau arwah mak masih ada mesti dia sangat-sangat setuju. Walaubagaimanpun, interview cikgu saya tetap pergi, jaga hati ayah..hehe.

Tahun satu, kami terima peringatan-peringatan ringkas dari senior-senior..

"Jangan mimpi nak dapat pointer macam kat matrik.. Kami sekarang ni target lulus je...n blablablaaaa"

Dan betul pun kata mereka, walaupun ancaman tu menambah keraguan sedang aku baru mula ditarbiyah.

Tapi,

"Study 24 jam tak menjamin result bagus. Keberkatan ilmu tu dari Allah."

"Jika kamu tolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguh kedudukanmu.." (47:7)

Kata-kata ni mecantas semua keraguan. Dan. saya disini sekarang ni, masih tetap ditarbiyah. Masih di halaqahkan, masih menghalaqahkan, masih hadir ke program dan masih follow up ke medan lain. Lulus dan tak tersangkut kat mana-mana... Semua atas nikmat dan izinNya.

Berulang kali saya ditanya

"Kak, farmasi senang tak? "

Jawapannya mesti lah tak,sebab mana ada benda mudah kat dunia ni. Tapi saya akan menjawab,

"Farmasi best dan menarik kalau minat..."



Hakikatnya susah nak mentajmik pelajar farmasi ni. Kalau dapat, dia memang mutiara bersinar..lain dari yang lain.

Yang penting, segala-galanya tidak berakhir dan tak akan berakhir. Keghairahan mereka meraikan final sem, final year tidak dirasai sangat. Sebab, bagi saya cabaran lepas ni pasti lebih mantap!

Akhwat bekerja dan berdakwah... itu pasti! Akan ku gigit dengan gigi geraham..
Sungguh kita telah dimuliakan dengan Islam...

                            

Jangan obses dengan dunia, cukup di genggaman tangan.. ^-^

All the best finalist...~~ Moga perjalanan hidup lebih berkah.

                                          

Wednesday, May 15, 2013

Impian

Bismillah..


IMPIAN seorang murabbi itu adalah memimpin, menyantuni, dan mengislahkan peribadi mutarabbinya agar suatu hari nanti dia dapat melihat mutarabbinya menjadi seorang murabbi yang LEBIH BAIK dari dirinya sendiri..

Kerana tidak selamanya seorang murabbi dan anak2 usrahnya itu akan terus sehidup semati bersama di suatu tempat yang sama. Sumpah setia di jalan ini memerlukan mereka sentiasa berhijrah, sentiasa bergerak, walhal berpisah sekalipun di suatu masa yang ditetapkan nanti jika sudah dipilih Allah untuk perlu. Berjarak dengan segala pahit dan manis yang sudah mereka lalui di dalam ukhwah fillah ini. menjadi laksana kepompong di masa pentarbiyahnnya.Bila sudah tiba masanya dipilih Allah, ia akan menjadi rama-rama yang harus terus terbang melebarkan sayapnya. Menyebarkan bahagia dari bunga ke bunga. Eheh. 

Kerana tarbiyah ini tidak akan sempurna tanpa dakwah, kerja keras ini akan terus melahirkan, melahirkan, melahirkan lagi dan lagi agen2 Allah agar tercapai Ustaziatul Alam kita InsyaAllah!

Teringat kisah Hassan Al Banna yang pernah saya terbaca. Ada seseorang bertanya kepada Hassan AlBanna "Kenapa engkau tidak menulis buku2? Agar lebih memudahkan lagi dakwah ini tersebar? (Walhal sebenarnya Hassan AlBanna pada ketika itu sudah pun berkarya)

Hassan AlBanna menjawab.."Aku menulis manusia.." :)




Sematkan dalam blog, sebagai ingatan sepanjang masa, dalam perjalanan bergelar murobbi dan mutarobbi.

Thursday, April 25, 2013

Senyumlah

bismillah..,

Bila masa tidur bukan milik kita lagi
Bila makan tiada masa untuknya lagi
Bila amanah yang di beri makin bertambah

Senyum dan berbahagialah



"Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Itulah karunia Allah, yang telah di berikan kepda siapa yang dia kehendaki. Dan mempunyai karunia yang besar"

(57:21)

Wednesday, April 3, 2013

An amateur

Bismilllah..

Mad'u is our patient..

treat them not threat them..,


truely, 
an amateur murobiyah

Tuesday, March 26, 2013

Fuh!


Bismillahirrahmanirrahim...

Malam itu,

Saat kami menunggu kedatangan bas untuk pulang ke destinasi.

“Akak harap medan anti tak de yang hilang lepas grad nanti...”

Saya terdiam, tenang. Kemudian, cuba untuk membalas...

“Tapi, saya tak nampak potensi pun antara kami ini yang akan hilang dengan haluan sendiri..”

Suhanallah, cantiknya alam!


Tapi jauh dalam hati, siapa tahu apa yang akan berlaku nanti. Ramai yang hilang juga tidak menunjukkan sebarang potensi sebelum ini. Cuma mungkin cabaran akan kami hadapi setelah grad nanti yang mengubah segalanya.

Cabaran terbesar adalah tak mampu untuk melawan keinginan sendiri. Mungkin saja perancangan dakwah tidak sehaluan dengan keinginan kita. Mungkin saja di awalnya dipersetujui, tapi di pertengahnnya perancangan dakwah mungkin berubah mengikut keperluan dakwah.

Aduh, keadaan ini memang menyakitkan. Melupakan perasaan sendiri, melupakan kepentingan sendiri, melupakan kemahuan sendiri.


Dan bukanlah hartamu dan anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada Kami; melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ,mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat kali ganda atas apa yang mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga) (QS 34:37)


Mungkin juga dari keluarga, ada harapan yang tersirat di hati mereka yang tak terluahkan. Mungkin menanti penghabisan kita di sini untuk di luahkan.
Tak mampu nak dengar dan juga mampu untuk penuhi.

Mungkin cabaran yang hadir dari sekeliling.


Tapi segalanya tak mungkin berubah bagi insan-insan yang ikhlas dan yakin. Ikhlas mengharapkan redhaNya dan yakin bahawa Allah tak akan mensia-siakan segala usaha hambaNya. Tetap tsiqah pada Allah.


Daie harus rela menjadi batu bata untuk ditempatkan dimana sahaja, Menjadi batu bata yang unik dan khas untuk mengisi kekosongan bangunan dakwah ini..... 

Beginilah jalan dakwah mengajarkan kami, Lili Nur Aulia. 



Ini cerita lawak, tapi ada kaitannya.

Minggu lepas, saya buat attachment di wat psikiatri lelaki HUKM. Pengalaman yang menyeronokkan. Setiap minggu di situ pun tak pa.. best. Terutamanya, bila baca BHT (bed head ticket) pesakit. Macam baca cerita dongeng.  Kami tak dibenarkan lagi untuk berkomunikasi dengan pesakit secara terus. Cukup dengan baca BHT pesakit untuk kami belajar tentang farmakoterapi dalam psikiatri.




Selesai urusan tengahari; makan dan solat. Saya menuju ke wad semula untuk sambung ‘clerking’. Kali ini saya seorang. Pintu wad dilapiskan dengan pagar, jadi tidak mudah untuk masuk dan keluar dan mungkin ambil sedikit masa. Semasa saya sedang membuka pagar, seorang pesakit sedang perhatikan saya dari dekat. Dalam hati gugup jugak.  Saat saya melangkah masuk, pesakit menegur saya.

“Hai..”

Saya hanya balas dengan senyuman dan terus berlalu.

“Manis.. .” Kata pesakit..

Saat saya tak lagi melayan dan terus juga berlalu, Pesakit membalas,

“Manis, tapi gemuk!”

Saya masih dengar kata-kata dia. Nak gelak guling-guling pun ada. Saya tetap melangkah meninggalkan dia sedikit pun tak rasa nak patah balik. Saya pun tak ambil hati sebab dia adalah pesakit psikiatri. Kalo saya terasa, saya macam lebih kurang macam dia juga lah! Hahha.

Tapi, apa pengajarannya.

Saya tak ambil hati, sebab saya tahu.. Dia tak faham dan dia tak tahu bahkan dia tak sihat. Tapi, saya tahu siapa saya. Macam tu juga, mungkin saja dalam kita menjalani perjalanan tarbiyah. Bersedia untuk meneguhkan pendirian walaupun penuh cabaran. Sebab kita tahu apa yang sedang kita lakukan. Sedangkan mereka di sekeliling kebanykkan tidak faham!

Bersedia untuk menjadi yang asing,

Dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak). Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka. Dan milik Allah lah yang ada di langit dan di bumi, dan Allah Maha mengetahui, Maha bijaksana. (QS 48:3-4)


Setelah baca, sila doakan saya istiqamah!

Friday, March 15, 2013

Jalan ini butuh kesabaran


Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah

jika mereka itu hanya buih-buih
berikanlah aku kebijaksaan untuk meletupkan satu persatu
daripada aku perlu menjaga satu persatu daripada pecah
sedangkan sedikit pun tiada manfaat,

tapi

jika ada diantara mereka adalah besi,
berikanlah aku kekuatan dan kebijaksanaan untuk melentur satu per satu,
walaupun susah dan sukar, tapi akan terhasil emas atau permata yang berkilau,
yang sangat bermanfaat untuk umat ini...

Sabarlah walaupun sedikit kecewa. Tugas hanya memberi kefahaman semampu mungkin. Tapi hati mereka milik kekal Allah.

Nabi dahulu juga sabar saat di hina dan halau oleh penduduk Taif serta pembesarnya. Kata nabi...
"mereka tidak tahu".



13.03.13 untuk 23 tahun.
Sangat cantik nombor ni kan.

Tarikh untuk saya bermuhasabah sepanjang hidup. Muhasabah betul-betul.
Bagi saya cukup sekiranya Allah makbulkan hajat saya buat masa ni.

1. Jagakanlah ayah saya untuk saya,Allah jaga pasti lebih baik dari saya
2. Bantu saya dalam membina binaan saya dan gerak kerja dakwah saya,sabarkan saya dan ilhamkan saya idea yang mantap2.
3. Murahkan rezeki saya, saya nak bukak farmasi dan ladang kambing saya sendiri.
4. Matikanlah dan cabutlah nyawa saya dalam keadaan saya dah bersedia bertemu denganMu.
5. Kurniakanlah seorang sahabat yang menguatkan iman,dan tsabatkan saya di jalan dakwah ini.
6. Jika ditakdirkan saya bernikah,saya nak yang beriman dan berdakwah. Tapi jika dapat jaga ayah, itu sudah lebih dari cukup.

Saya tak nak dunia datang, saya tak nak makan-makan, saya tak nak hadiah cantik-cantik
(walaupun tak dapat di elakkan) 

Tapi saya nak hadiah dari Allah.

Abah pesan utk solat hajat,baca yasin dan belanja kawan. Tapi tak semua saya buat :)

Terima kasih ya Allah,
Tetapkanlah hati ini untuk ikhlas dan taat.
Saya tak selamanya penumpang,




Sunday, March 10, 2013

Saat ini

In The Name of Allah,



"Dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keridhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hambanya"

(2:207)

Mereka tegar menginfakkan dirinya sendiri untuk agama ini. Mereka tidak risau apa yang berlaku pada diri mereka. Tapi mereka tak sanggup untuk melihat agama ini semakin di tindas, diperlekehkan dan diabaikan.


pemandangan dari feri di lautan Sabah..


Berjaya atau tidak itu urusan Allah,
Keikhlasan mengharap redhaNya itu kunci utama,
Moga Allah terima setiap sisi pengorbanan sang daie,

Ya Rasulullah, Muhammad bin Abdullah..
kami rindu...


Sunday, March 3, 2013

Wasiat Abdullah Azzam

In The Name of Allah

"Biha, tadi ana hampir-hampir beli jubah murah tu"

"Owh, jubah cotton tu?"

Saya mengangguk sambil menyuap kuih ke mulut.

"Kenapa tak beli?"

"Ana dah test pakai dah pun. Tapi ana tak jadi beli.. tak nak beli, nak zuhud."

Suasana diam sebentar sedang mulut tetap mengunyah.

"Ana kadang-kadang sedih la tengok orang bershopping. Ana tak boleh.. ana mesti teringat kisah Saidina Umar."

"Saidina Umar? cerita apa..?..."

"Saidina Umar semasa pergi ke suatu negeri pakaiannya compang camping. Padahal sebelum tu, ada je para menawarkan pakaian yang lebih baik. Tapi dia menolak. "

"Masa dalam perjalanan pun, dia tak naik kuda tapi Saidina Umar suruh peneman dia yang naik kuda tersebut sedang dia berjalan kaki.."

Kali ni ada titisan air jatuh dari mata Biha. Betapa ikhlasnya dia menghayati kisah Saidina Umar.

Memang kadang-kadang kita tengok orang kita juga nak. Tapi cukup la cakap cantiknya, beli kat mana..? Bila dah tahu owh... Tapi dalam hati, tak pe la.. aku tak perlukan.

"Ada seorang akhwat tu, bajunya sama. Sampai kami pun boleh kira dia ada 3 helai jubah yang di ulang- ulang pakainya. Tudung pun lebih kurang. Jika ada yang baru pun warna yang sama saja.."

Cuba hayati wasiat dari syeikh Abdullah Yusof Azzam 
Isnin, Asar, 22 Sya’ban 1406H (20 April 1986)

Abdullah Yusuf Azzam
(Wasiat ini ditulis oleh Shaykh Dr Abdullah Azzam semasa jihad Afghanistan melawan Soviet Union masih berlangsung)


Wasiat Asy-Syahid

1. Wahai Para Da’i Islam!
Carilah kematian niscaya anda akan dikurniai kehidupan. Janganlah kamu semua sampai tertipu oleh angan-angan kalian. Janganlah kalian sampai tertipu oleh buku-buku yang anda baca dan amalan-amalan sunnah yang anda lakukan sehingga anda melupakan kewajiban2 besar.

2.Wahai Para Ulama Islam!
Majulah kalian untuk memimpin generasi yang ingin kembali kepada Rabb-nya ini. Janganlah kalian cenderung kepada kehidupan dunia.

3.Wahai Kaum Muslimin!
Telah lama kalian tidur nyenyak, sehingga kerosakan bermaharajalela di negeri kalian.

4.Wahai Kaum Wanita!
Jauhilah kehidupan mewah dan megah kerana kemewahan itu musuh jihad, disamping akan merosak jiwa manusia. Hindarilah barang-barang yang tidak terlalu penting dan cukupkanlah dengan keperluan2 asas.
Binalah anak-anak kalian untuk menjadi orang yang biasa susah, jantan, berani dan siap sedia berjihad.

Tanamkanlah pada jiwa anak-anak kalian cinta Jihad dan perjuangan. Jadikanlah rumah kamu seperti sarang singa, bukn ladang ayam daging yang diberi makan utuk disembelih para taghut.

Hiduplah dengan penuh prihatin terhadap musibah kaum Muslimin. Biasakanlah paling tidak sehari dalam seminggu hidup menyerupai kehidupan kaum Muhajirin dan Mujahidin yang hanya memakan sekerat roti kering dan beberapa teguk air.

5.Wahai Anak-Anak!
Didiklah diri dengan bunyi ledakan bom, dengungan senjata, naguman jet2 perang dan dentuman kereta kebal. Jauhkanlah diri kalian dari dendangan lagu-lagu dan musik-musik orang-orang pengumbar nafsu. Jauhkanlah punggung kalian dari tilam orang-orang yang hidup bermewah-mewahan.

6.Wahai Ummu Muhammad! (Isteri Abdullah Azzam)
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan kepadaku dan kepada kaum Muslimin.

Engkau telah bersabar hidup bersamaku setelah sekian lama merasakan manis pahitnya kehidupan. Engkau telah memberikan dukungan yang sangat berarti bagiku untuk berjalan di atas perjalanan yang penuh berkah ini dalam berjuang di medan Jihad.

Ke atas bahumulah aku serahkan tanggung jawab keluarga pada tahun 1969, ketika kita baru mempunyai dua anak perempuan dan seorang bayi lelaki. Engkau hidup dalam sebuah kamar kecil yang terbuat dari tanah liat, tanpa dapur dan alat pemanas (untuk menghadapi musim dingin).
Kemudian aku serahkan ke atas pundakmu segala urusan rumah tangga ketika beban semakin berat, keluarga semakin bertambah, anak-anak bertambah besar dan tamu-tamu bertambah banyak, tetapi engkau tetap tabah menghadapi semuanya.
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan untukku.

Sesungguhnya kehidupan jihad adalah kehidupan yang paling lazat. Kesabaran menghadapi kesulitan lebih manis daripada hidup bergelumang kemewahan dan kemegahan.
Pertahankanlah hidup zuhud niscaya Allah mencintaimu, dan janganlah engkau menginginkan apa yang ada di tangan orang lain, nescaya mereka akan mencintaimu.
Al-Quran adalah kenikmatan dan teman hidup. Bangun malam, siyam sunnah (puasa sunat) dan istighfar di waktu sahurpagi membuat hati menjadi bersih dan menjadikan engkau merasakan manisnya ibadah.
Bertemanlah dengan wanita-wanita salihah, tidak berambisi (tidak cinta dan rakus) kepada kehidupan dunia dan menjauhi kemewahan dan cinta dunia, akan memberikan ketenangan hati.

Semoga Allah mempertemukan dan menghimpun kita di Syurga Firdaus, sebagaimana Allah menghimpun kita di dunia.

7.Wahai Kalian Anak-Anakku!
Sesungguhnya kalian tidak mendapatkan perhatianku kecuali sedikit. Kalian tidak memperoleh pembinaan dariku kecuali sedikit. Ya, aku tidak memberikan perhatian kepada kalian.

Tetapi apa yang dapat aku lakukan sementara malapetaka terhadap kaum Muslimin membuat orang hamil melahirkan kandungannya dan musibah yang menimpa Umat Islam membuat rambut bayi-bayi beruban. Demi Allah, aku tidak kuasa hidup tenang sementara api malapetaka membakar hati kaum Muslimin. Aku tidak rela hidup di tengah-tengah kalian menikmati hidangan-hidangan lazat. Demi Allah, sejak dulu aku membenci kemewahan, baik dalam pakaian, makanan ataupun tempat tinggal. Aku berusaha mengangkat kalian ke tingkat orang-orang zuhud dan aku jauhkan kalian dari lumpur kemewahan.

Aku wasiatkan kepada kalian agar berpegang teguh kepada Aqidah Salaf (Ahlus Sunnah wal-Jama’ah) .Jauhkanlah diri kalian dari sikap berlebih-lebihan. Baca dan hafazlah Al-Quran.
Jagalah lisan, bangunlah malam, lakukanlah puasa sunnah, bergaullah dengan orang-orang baik, aktiflah bersama gerakan Islam.

Aku wasiatkan kepada kalian wahai anak-anakku agar kalian ta’at pada ibu kalian dan menghormati saudara-saudara perempuan kalian (Ummul Hasan dan Ummul Yahya). Carilah ilmu syari`ah yang bermanfaat. Ta’atilah saudara kalian yang terbesar (Muhammad) dan hormatilah dia.

Aku wasiatkan kalian agar saling mencintai sesama kalian. Berbuat baiklah kepada datuk dan nenek kalian (Ummu Faiz dan Ummu Muhammad), kerana keduanyalah, setelah Allah, banyak berjasa baik kepadaku. Sambunglah hubungan keluarga kita dan berbuat baiklah kepada keluarga kita. Penuhilah hak persahabatan kita kepada orang yang bersahabat demi kita.

Maha Suci Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah kecuali Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.

                              
 Wasiatnya spesifik, 

Ini lah kisah tarbiyah kami...,





Saturday, February 23, 2013

Terbang lagi

In The Name of Allah

Ayuh terbang ke Sabah lagi!!

Alhamdulillah, masih di beri kemampuan bercuti di Sabah lagi.. tapi kali ini mungkin berbeza sikit. Kenangan ketika pertama kali sampai di Labuan tahun lepas masih segar. Naik bas selama 3 jam sampai di Menumbuk kemudian naik feri selama 1 jam setengah, semuanya merupakan pengalaman baru. Seronok dapat merasai apa yang mereka lalui setiap minggu.

Kali ini sedikit berbeza, sahabat saya tiada dan mungkin selamanya akan tiada untuk berjaulah ke Daurah bersama-sama. Saya rindukan pengalaman kami bersama. Di jemput akhwat di airport KK kemudian makan bakso di pasar kemudian kami duduk di pantai mengambil angin malam. Kami dengar Ukht Sada cerita tentang Sabah Ketika di Labuan kami lakarkan kenangan kami bersama di atas pasir pantai Labuan. Seronok!

tapak ini tak akan terpisah! 

Bersama dia, saya mulakan langkah menjadi daie dan murobbi. Dulu kami share halaqah, sama-sama belajar jadi murobbi. Bekas anak halaqah kami pun dah besar sekarang walaupun kami jadi murobbi mereka hanya satu sem. Dulu kami selalu mabit bersama, selalunya dia akan datang bilik saya. Dulu kami selalu lepak kat tasik titiwangsa bersama-sama, cerita-cerita,dan banyaknya kami curhat. Walaupun, saya dan dia berbeza 'course', dia perubatan dan saya farmasi, tapi kami selalu struggle sama-sama ketika study week. Dia orang yang akan saya ingat bila saya ada makanan lebih. Dulu pun, kami pergi halaqah bersama-sama sebab hanya kami berdua sahaja yang tinggal dalam kolej. Banyakkan yang kami lakukan bersama!

Tapi segalanya tingggal kenangan bila dia berpindah ke HUKM atau UKM Cheras. Kami dah jarang-jarang sangat berjumpa. Tak banyak dapat kami kongsikan seperti dulu. Di situ cabaran bermula dan hari ni.. mungkin susah untuk kami mencipta kenangan bersama seperti dahulu.

ini hasil lakaran kami bersama


Saya hormati keputusan dia.. Biarlah kami berbeza tapi tujuan kami tetap sama. 
Ukhuwah kami kerana Allah! 
Ya Allah, saya rindu dia!

Moga perjalanan mencari redha Allah di permudahkan..

Wednesday, February 6, 2013

Pertemuan cuti

In The Name of Allah


Tiba-tiba rasa terharu sangat dengan nikmat tarbiyah ni. Jika di kolej dapat berkumpul itu biasa tapi kalau cuti dapat berjumpa jarang-jarang menjadi kebiasaan. Tapi kali ini tidak. Hilang rasa rindu pada akhwat-akhwat yang lain. Pertemuan kami di Masjid Taman Ria Sungai Petani, setelah seminggu pulang ke rumah. Hanya kami berdua, tapi cukup memberi kekuatan imaniyah.

                                           

Selepas perjumpaan, saya berlansung ke rumah Mai. Rumah dia ada anak kucing. 8 ekor dari 2 ekor ibu, semuanya comel2.. dah bukak mata pun. Tapi ni bukan tujuannya, tujuannya adalah jumpa dengan mak Mai.
Pesan akhwat 

"Kita kena jumpa mak ayah akhwat kita supaya depa taw dengan siapa anak depa kawan, tunjuk akhlak yang baik, baru senang hati mak ayah "

Teriang-iang kalimah ni, walaupun hati cuak nak jumpa mak Mai sorang-sorang. Tak pandai nak borak.

comell!
muka suci
                  

"Nanti da grad usrah macam mana...?"

Aku terkesima sebentar.

"InsyaAllah, saya akan ke perak, kat Kedah tak ada orang " saya berterus terang.

"Ooo...aah betul-betul. Tapi, dah taw tempat, Uh, HO kan?"

"Aaah..

"Nanti Mai macam mana pulak?" persoalan yang tak disangka-sangka

"Nanti mungkin kita dah ramai, merata negeri.. so depends kepada keadaan kot. Lagipun Mai 4 tahun lagi baru grad.."

Mak mai mengiakan aja..saya meneruskan suapan laksa.

Satu perkara yang buat saya cuak adalah mak Mai amat terdedah kepada kepelbagaian jemaah dan sangat berpengatahuan. Sejak mula kenal Mai, dia dah bagitahu kerisauan mak dia tentang usrah syiah..



Tapi yang penting mak dia memang sempoi dan open minded.

Tuesday, February 5, 2013

Balik rumah

In The Name of Allah


"Dah baca doa ke belum..?" satu pertanyaan yang dah macam laungan dari Adam (5 tahun yang kepoh)

"Belum..!!!.." jawab kami yang dimeja makan. Barusan menggodek mangkuk.

Kedah nan tenang dan damai

Dakwahi keluarga kita...
Jangan sampai kita yang di dakwahi mereka..
Dengan hiburan dan keseronokan semata

"Kesian la kat ang nih.."

"Eh, kenapa?? "

"Cita tu pun tak tahu...?" 
adoii

2-3 kali kena dialog yang sama..

bukak kedai makan sendiri

Hati-hati dalam merancang strategi..,
Jaga niat dan harapan dihati..

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.." 
(18:48)


Thursday, January 31, 2013

Harusnya tiada penghalang

In The Name of Allah


Di peringkat awal, beliau hanya ke medan jihad hujung minggu. Namun kecintaannya kepada jihad menyebabkan beliau MENYUSUN jadualnya tiga hari di medan jihad, dan empat hari di univeristi. Lama-kelamaan tempoh tiga hari di medan jihad dirasakannya terlalu singkat. Akhirnya beliau mengambil keputusan nekad berhenti dari jawatan pensyarah....

Itu kisah Dr Abdullah Azzam.

Rantisi telah berjaya menamatkan pengajian beliau dalam bidang kedoktoran dengan ijazah kepujian pada tahun 1971. Idealisme seorang anak muda tidak memungkinkan beliau untuk bersenang lenang dengan segulung ijazah. Ada bongkah keazaman yang menggelodak dalam jiwa pejuang seperti beliau. Kejayaan dalam bidang akademik sepatunya membolehkan beliau hidup dengan kemewahan jika itu pihannya. Namun kesedaran jihadnya sangat tinggi untuk membebaskan Palestine.

Ini kisah Dr Abdul Aziz Rantisi.


www.tintajundi.com

Mereka hebat! Mereka contoh! Mereka tokoh..

Mereka pastikan tiada apa pun yang akan menghalang mereka untuk meneruskan perjuangan mereka. Kerjaya mahupun dunia. Bahkan keluarga diajak bersama..

Beginilah kekuatan yang harus dibina..! Kecintaan mereka terhadap Allah, Rasul dan Jihad tak perlu diragui lagi..

Antunna kena kuat

In The Name of Allah


Selepas halaqah yang kecoh malam tu..

"Kak, saya serius tanya soalan tadi..."
Saya cuba ingatkan ustazah tentang perbincangan tadi.

"Aah la kak, " Nyampuk sorang kat belakang saya.

Tiada jawapan yang muncul. Mungkin ustazah sedang mencari jawapan dan ayat yang sesuai untuk kami.

"Mesti sorang-sorang adik beradik saya akan tanya. Sorang-sorang saya kena hadapi dengan jawapan..."
Kemungkinan cuba diluahkan. Kemungkinan bedasarkan pengalaman.

"Kalo saya ada 14 orang adik beradik, mesti yang 13 orang tu akan persoalkan jugak.."
Dia juga menghadapi kemungkinan yang serupa.

Untuk memahamkan keluarga tentang perancangan kita. Permasalahannya yang pokok bukan dari keluarga, tapi diri sendiri yang mungkin cair dengan godaan beserta persoalan dari kelaurga yang tak faham.

Masalah diri yang mungkin susah untuk berjauh dengan keluarga, jauh dengan ayah. Sedangkan masa 4 tahun belajar juga berjauhan.. kami kerisauan. Masalah pengorbana jiwa dan perasaan.

Masih tiada jawapan, mungkin sebab luahan demi luahan yang keluar.

"Hari tu kitorang ada bincang masa perjalanan balik dari follow up... solusinya kawin awal...haha" dia cuba mengungkit semula perbincangan kami pada ustazah.

Tapi itu bukan penyelesaian yang tepat;aku rasakan. Mungkin sekadar menutup.

Kami pandang wajah ustazah, dan jawapan yang keluar sangat simple.

"Jadi, antunna kena kuat!" simple dan mudah untuk menjawab luahan yang berpanjang lebar.

"Kuat macam mana ustazah?"

"Antunna kena kuat dengan persediaan iman yang mantap" Sama cuma ada tambahan sikit.

Saturday, January 26, 2013

Kisah hidorgel berakhir



In The Name of Allah

Setelah puas pusing-pusing tak jumpa jalan.

"Hai, aunty taw tak kat mana Sri Kembangan kecil ?  Saya nak cari kedai fotostat la.."

"Sini la Sri Kembangan, tapi kat sini tak ada kedai fotostat. Kalau nak fotostat cuba pegi 7-Eleven.. " Jawab makcik Hindu ni penuh ramah.

"Tapi saya nak cari kedai fotostat yang banyak-banyak."

"Oh, u pergi ke bulatan dan terus saja... Kat sana banyak kedai fotostat."


Aku terus melunjur laju menggunakan kenderaan dua tayar ni. Mudah dan cepat. Tapi bila sampai, aku macam pusing balik tempat yang sama. Aishhh!

Aku tanya lagi kedai demi kedai.... Aku pusing-pusing kolam dan akhirnya pukul 12:30 tengah hari, aku tiba di kedai yang di cari.! Alhamdulillah.

"Kak, tumpang tanya ni kedai wawasan komputer ker?"

"Aah, kenapa?  Ada apa dik?"

"Saya nak buat pembetulan jilid saya la.. Ada muka surat yang margin lari...obvious sangat."

"Nak bila?"

"Hari ni boleh tak?" jawab aku tanpa ragu.

"Hari ini kakak memang tak boleh nak tolong, kalau esok petang baru boleh. Banyak lagi yang nak di jilidkan. Semuanya nak hari ni. Hari ni hari jumaat. Rehat pukul 1 sampai pukul 3. Tak kan akak tak payah rehat."

"Ala..kak tolong la. Saya nak kena hantar sebelum pukul 5 kat pejabat hari ini." aku merayu dengan penuh rayuan."

Kakak Indonesia tu diam, tanda memang tak boleh nak tolong. Dia hulurkan kerusinya untuk aku duduk sementara menanti giliran untuk cetak semula muka surat yang bermasalah.

Selesai cetak aku merayu lagi. Macam -macam aku cakap. Akhirnya kakak tu cakap dia akan cuba. Pukul 4 nanti datang semula.

Alhamdulillah!!!!!!!!!!!

**************

Khamis- 24 Januari 2013 jam 2:30 petang.

Aku terima semula tesis yang sudah di jilidkan selepas 4 hari. Setiap muka surat di selak dan di selak. Tapi. ada beberapa helai yang marginnya lari dengan sangat ketara. Aku balik, semak semula salinan dalam pendrive... tapi tiada masalah, Mungkin lari ketika di cetak! Terasa diri ini cuai sebab tak semak setiap helaian setelah di cetak.

Kedua- dua salinan jilidku bermasalah. Malam ni ada liqa' di Perak.. esok pula ada liqa' di KMS. Bila aku nak betulkan nih!??? Esok juga nak kena hantar ke pejabat! Sabtu dah kena balik Kedah.

Aku terus meronda di temani kak Wahida. Kami mencari kedai-kedai sekitar Chow Kit yang boleh bantu. Malang sekali, kebanyakkan kedai tutup sebab cuti umum. Frust, geram dan kecewa dengan diri sendiri. Namun, tak di nafikan ada sekelumit rasa kecewa sebab Allah uji sebegini. Langsung aku tepis dan fikiran optimis cuba di bina. Inilah tarbiyah dari Allah.

Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dengan memberinya kesenangan, maka dia berkata “Tuhanku telah memuliakanku” (89:15)

Namun, apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata “Tuhanku telah menghinaku” (89:16)


Macam macam aku fikir. Tak payah pergi Perak? Esok pulak macam mana? Burn je tiket Kedah ? Atau datang semula KL hari selasa untuk hantar tesis ? Atau yang paling senang hantar je yang nih ?

Tapi aku memang tak akan hantar yang nih. Ini hasil kerja kita, tak kan nak hantar yang semberono. Lebih rela hantar lambat. Lebih sedih bila fikir kawan-kawan lain dah balik kampung masing-masing, dah ambil gambar jilid masing-masing. Tapi aku nih... adui! Tak yah fikir orang lain...

Malam tu, kaki tetap melangkah ke Liqa' dengan yakin. Aku cuba untuk tetap tenang. InsyaAllah, bantuan Allah sentiasa bersama kita.

Sesampai di KL pagi jumaat tu, aku terus bersiap ke kedai penjilidan sekitar Chow Kit. Ada, tapi mahal sangat. Aku terus ke UPM di mana tesis pertamaku di jilidkan. Ini kali pertama aku ke UPM dengan motor. Asbab terdesak dan terpaksa aku teruskan perjalanan berpandukan papan tanda semata-mata.



********
Lepas solat Zohor, aku terus menunggu di tepi kedai bukan sebab tak sabar, tapi tak tahu nak kemana lagi. Tak lama lepas tu, aku dipanggil. Eh, terkejut! Dia da jilidkan!! Belum pukul 4 lagi.. baru pukul 3! Bila dia buat neh?

Sekali lagi, aku rasa pertolongan Allah itu dekat!

Berhujan dalam perjalanan. Aku gagahi jugak. Banyak motor-motor yang berhenti di bawah pokok, di bawah jambatan.. Tapi aku tak boleh, aku kena jugak teruskan perjalanan walaupun pandangan sedikit kabur dalam hujan yang lebat. Ada juga 1-2 motor yang sama macam aku. Dalam kekaburan dan kekalutan kejar masa, aku sesat! Hahaaha.. sekali lagi ujian.

Jam 4.00 petang tiba di sentul ganti baju yang basah, naik LRT dan monorel menuju ke pejabat Fakulti Farmasi.


Jam 4:35 petang, ternyata memang aku orang terakhir yang tandatangan borang penghantaran tesis. Tapi alhamdulillah.

Inilah hasilnya..

terima kasih tak terhingga kepada yang membantu
esp. Manisha


Maka tamatlah kisah bersama hidrogel setelah setahun!!! Sungguh ia telah banyak mengajar aku........

Jom melompat lebih tingggiiiiiii!!!!


mencapai cita- cita dan peracangan yang lebih matang selepas nih!


Monday, January 7, 2013

Doa mereka

In The Name of Allah


"Bila exam final...? kabo-kabo la... Nak doakan jugak"

statement yang sangat sweet dari seorang kakak saya

Kak zu,akak da stat exam ke? Kitaorang nak doakan..

Ucapan jauh dari Banting..

Dan ucapan-ucapan lain..

Mereka memang sweeet..,hadiah dari Allah.
Menggantikan rasa kesedihan menjawab farmakokinetik...
Allah,permudahkan segalanya..

tak sabar nak grade~!

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..