Alhamdulillah..syukur kepada Allah Tuhan sekelian alam. Yang menciptakan segala isi bumi untuk dimanfaatkan oleh hamba-hambaNya. Seminggu sudah berlalu sebagai pelajar tahun dua,senior kepada adik-adik tahun satu. heee... Alhamdulillah,dah jumpa pun adik buddy dan dia pun dah datang bilik untuk amek buku-buku tahun satu saya. Untungnya,dapat kenal rapat dengan orang yang akan menggangap kita sebagai kakak,sebab dia tak ada kakak dan saya tak ada adik. We are complementary to each other,insyaAllah untuk dunia dan akhirat.
Barusan je,meronda-ronda untuk menjual barang-barangan.walaupun banyak yang tak terjual pun,tapi ada kepuasan disitu..insyaAllah,ikhlas kerana Allah Taala. Menceritakan azam baru,selama 2 bulan meningkatkan tsaqafah diri dan harapnya sedikit sebanyak membantu diri yang lemah ini untuk maju selangkah dari tahun lepas.
Kalau ditengok kepada subjek yang saya amek sem nie,pening rasanya,sebab macam semua subjek belajar benda yang sama..balik2 definition of drug,how the drug are absorb,the dose of drug..untuk 4 subjek semua macam very closely related..huhu. Pening.... Yang penting abes je sem dapat result harapnya target2 yang disasarkan mengena.
Kadang-kadang saya terfikir...
Study yang memeningkan jiwa,sebab setiap kali lecture kat BSH3,rasa tak sabar untuk lecture tue habis,asyik tengok jam je. Teruk betul..aduh,macam perasaan nak tahu tue dah tak ada. Dalam kelas terima je..balik bilik nak study pulak x faham.. Mungkin tak pasang niat sebelum belajar..
Rasanya tahun depan nak duduk plazarah sebab tak nak duduk sorang-sorang macam sekarang. Saya tak nak ada perasaan yang saya ada sekarang,kekekokan berada di surau. Kenapa perasaan ini hadir,padahal surau tue untuk semua yang mentauhidkan Allah.. Mungkin yang penting ikhlas..
Pengorbanan jiwa dan raga serta harta untuk mengajak diri sendiri dan juga saudara lain untuk mendekati Islam. Pengorbanan yang mungkin berfesyen baru bagi saya.. Ibarat ada persaingan dari dalam secara tersirat yang saya pun tak faham macam mana nak menghadapinya. Ya Allah bagilah aku kekuatan,kurniakan aku kefahaman untuk meneruskan perjalanan...
Mantapkan yang ibadah wajib dan kemaskan ibadah sunat....
SALAM ukhti, banyak manfaatnya dok K1 :). Kalau bosan, kami dtg yeeee!!!
ReplyDelete