Saturday, July 24, 2010

I'm Proud Of You...





Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatjan kepada Allah atas segala nikmat yang sentiasa mengiringi disaat kami menarik dan menghembus nafas. Syukur atas kelapangan dan kemudahan yang diberiNya kepada kami,fakulti farmasi tahun dua untuk menguruskan hari interaksi farmasi. Boleh dikatakan banyak juga pengorbanan yang telah mereka korbankan.


Exco dan ajk,persembahan yang tinggalnya di Plazarah terpaksa berulang alik datang ke K1 selepas kelas. Ditambahkan lagi dengan jadual kelas yang padat...tahniah kepada mereka! Yang membuat persembahan adalah mereka dari kalangan tahun 1. Walaubagaimanapun akhirnya mereka  dapat menghasilkan persembahan menghiburkan seluruh warga fakulti farmasi. Sekali lagi tahniah.


                      
Untuk melaksanakan persedian pada malam Jumaat,boleh dikatakan hampir semua sahabat-sahabat yang tinggal di Plazarah,datang menginap di k1 untuk satu malam. Masing-masing menumpang bilik coursemate.
Ini menunjukkan kami di fakulti farmasi tahun dua,sentiasa saling bekerjasama dan prihatin terhadap kawan-kawan meraka. Malah ada yang berebut-rebut supaya tidur di bilik mereka...huh!

kami ketika di tahun satu


Malam semalam ,maka bermula lah persediaan untuk menghadapi hari interaksi pada esok hari. Banyak yang perlu dilakukan,hiasan pentas, kesediaan PA sistem yang banyak membuat hal,pemantapan persembahan dan juga rehearsal,raptai dari awl hingga habis. Namun,raptai ditengah jalan,sebab ada masalah PA sistem. Maka yang lainnya,sibuk menyusun untuk protokol dan juga teks ucapan. Kebanyakkannya pertama kali menjadi mc,namun atas kerjasama mereka yang terlibat memberi idea dan cadangan maka cabaran tetap disambut!
Dalam pukul 1 pagi,barulah kami beransur pulang. Kalau di ikutkan hati,nak je saya pulang awal,tapi takut rasa bersalah dan tak sedap hati seterusnya tak boleh tidur dengan tenang...chewwah!



Esoknya,jam 7.00 pagi tapak progran dah dipenuhi oleh ajk2. Memang bersemangat. Ada yang kata tak dapat tidur dengan lena sebab risau tentang pejalanan program hari nie. Dalam pukul 8.15,acara perasmian dimulakan oleh Prof.Ibrahim bin Jantan,Dekan Fakulti Farmasi dengan acara gimik. Kemudian di teruskan dengan persembahan oleh tahun satu dan sarapan pagi. Selepas tue,acara sukaneka di mulakan...agak menarik la permainannya..bagi saya ada sukaneka yang sangat kreatif. Tapi yang paling saya suka semestinya tarik tali. Memang menarik!!! walaupun saya tak join,tapi sokongan tetap di berikan..hakhaaaaaa. Walaupun tartrazine kalah. Tapi semangat tartrazine kuat!! samada student maupun pensyarahnya.. huhu.... Satu lagi acara ialah futsal..tartrazine dapat no 1!!! wah!!!!...namun,secara keseluruhan tetap no 4..sob3.

Dr. Malina yang sempoi!




Dr. Shariza dan Dr. Azrina yang gila sporting...huhu
serta staff sokongan
go tatrazine!!


Dean dan prof Thomas turut turun padang,memberi semangat..


padan muka kena simbah air oleh noor.
(class rep)

chlorophyll bawa bendera sebagai tanda memberi sokongan..
namun,tempat ketiga gak..huhu

lecturer dan staff  wakil dari tatrazine
membincangakn strategi selepas kalah round 1 tarik tali..
memang mantap dan semangat!


 
walau panas,sokongan tetap kena bagi..

Tatrazine yang keletihan....,sebab tue kalah kot..huhu
kena kepit bola pulak nak pi isi air...cabaran yang bertambah..
Fill in the bottle yang unik...aish! x semudah dulu..
congrate to amaranth!
good try tatrazine.....hahahhaha.janji enjoy!


makanan bungkus kami...

Habis semua atucara program selepas semua pensyarah dan senior2 balik,maka pelajar tahun 1 ,kami tahan untuk tolong kami membersihkan kawasan...walaupun penat,kerjasama tetap di berikan. Ada je yang cuba melarikan diri,balik bilik mungkin penat,tapi kesian...hahahaah. Tak sempat sampai bilik,dipanggil oleh kami untuk angkat kerusi ke DSG. Tapi tahun 2,meneruskan urusan sehingga selesai,kutip sampah,sapu sampah,bersihkan bekas air dan juga menghabiskan makanan VIP...

Selepas itu maka selesailah atucara dengan jayanya...amin.

 Yang penting selalulah ikhlas,insyaAllah kerja yang mudah akan menjadi senang...

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..