Tuesday, July 23, 2019

Surat Hati

Bismillah,

As the time passes, aku makin dah takde perkataan untuk di luahkan. Semuanya di telan diam-diam. Tak mampu nak luahkan pada manusia, tak sempat nak luahkan di keyboard.. hanya mampu terluah dengan Nya itu pun masih terkedu untuk menyusun kata-kata. Hanya hati mampu terluah menyakini Allah memahami.

Jalan cerita manusia tiapnya berbeza. Tak mungkin sama aku dengan kau. Lain... lorong jalanan yang kita pilih pun berbeza. Tujuan dan matlamat kita berbeza. Tak layak untuk di bandingkan, tak perlu di cemburukan sebab kita tak punya tanda aras yang sama. Kita tak lalui pengalaman yang sama kita tak tempuhi ujian yang sama dan yang plaing penting kita tak punyai cita-cita dan matlamat yang sama. Jauh! 

Semalam masa jumpa atey, aku cakap aku trauma dengan kegagalan. Hampir semua target tak tercapai. Aku makin lost. Perjalanan ape yang aku lalui ni. Aku dah tak eager macam dulu. Aku dah tak semangat. To many things i passes through. Seems the road not smooth for me maybe. 

But on top of that, 
Ya Allah aku masih belajar untuk bergantung dan berharap kepada Mu. 
Aku masih belajar untuk tetap mengutamakan Mu.
Aku masih belajar mendidik untuk manisnya bekorban di jalanMu

Aku tak sehebat Khadijah 
Aku tak sehebat Asma
Aku tak sesetia Aisyah
Aku tak sekuat Khaulah
Aku tak setanding dengan Fatimah.



Aku rendah, terlalu rendah dan terlampau jauh untuk mereka. Tapi Ya Allah aku cuba dengan pelbagai kelemahan yang aku ada, dengan kegagalan demi kegagalan aku lalui.. rasa tak layak tu menggunung di fikiran. Tapi rasa berdosa dan rasa takut akan azabMu.. lemah dna terlalu lemah.

Banyak aktiviti dan perbuatan harian ku merosakkan hati dan iman tanpa aku sedar. Kadang aku terlalu ikut ikutan manusia di luar sana sehingga aku lupa priority hidupku sendiri. 

Moga luahan ini yang mampu aku coretkan di baca oleh Allah dulu untuk mendidik supaya aku jujur dengan diriku. 

Allah, jangan biarkan aku kecewa dengan diriku. Jangan biarkan aku trauma dengan ujianMu. Yakinkan aku dengan janji-janjiMu. Cukupkan aku dengan kasih sayangMu. Didiklah aku supay cita-cita akhiratku yang menguasai kehidupan aku sehingga akhirnya.

Dekatkan aku dengan kalam suciMu.
Dekatkan aku dengan lmbatan sirah kekasihMu.

Surat cinta untuk Allah,
Dari hamba yang lemah.

Thursday, February 28, 2019

Hakikat Penciptaan Manusia

Bismillah.

It has been long time no more writing here. Now i try to set is as my commitment. 

“ Write it sharpen your brain” - Dr Beni

Alhamdulillah , selepas sebulan lebih hampir satu persatu ayat dalam surah Al Insan di bahaskan dalam usrah di bawah bimbingan murobbiah. Surah Al Insan adalah salah satu surah yang saya suka sangat bila membaca terjemahan ayatnya. Bila di bincangkan secara terperinci lagilah bertambah kefahaman mengenai surah ini. Kehebatan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.


Di awal surah menekankan tentang hakikat penciptaan manusia. Tapi sebelum itu ayat ini di mulakan dengan persoalan yang lembut supaya manusia ini berfikir.

                               Image result for hakikat manusia

“ Bukankah pernah datang kepada manusia waktu daripada masa, yang ketika itu merupakan sesuatu yang belum disebut? ” 
(Al Insan :1)

Ayat seterusnya Allah menjawab persoalan - persoalan tersebut. Hakikatnya manusia ini di ciptakan daripada air mani yang hina yang bercampur - campur yang akhirnya lahir pelbagai kaum, generasi, warisan dan juga keturunan. Semuanya berasal dari sesuatu yang hina. 

Kemudiannya Allah menjelaskan bahawa:

1.  Di tunjukkan kepada kita jalan lurus namun ada yang bersyukur dan jalan kufur
2.  Bagi yang kufur Allah sediakan rantai belengu dan neraka
3. Yang bersyukur/ berbuat kebajikan ( golongan abrar) dapat minum air kafur yang sedap lagi nikmat di syurga nanti.

Daripada 5 ayat awal surah Al Insan sudah cukup mengetuk hati dan fikiran kita tentang apakah tujuan hidup kita. Apakah pilihan hidup kita? Sedangkan Allah sudah cukup baik dan Maha baik menunjukkan kepada kita jalan yang lurus tapi manusia tetap dalam jahiliyah kerana sombong dan ego.

Justeru jadikanlah sifat bersyukur sebagai response atau tindak balas kita yang pertama. Response yang kemudiannay menjadikan pandangan, perasaan dan sikap kita berubah mengikut celupan yang Allah mahukan.

                               Image result for surah al insan


Ayat seterusnya Allah menceritakan maksud celupan Allah iaitu ciri-ciri Abrar yang dimaksudkanNya. 

1. Orang yang memenuhi nazar dan janjinya dengan Allah
2. Orang yang takut azab Allah
3. Orang memberi harta ( makanan, pakaian, masa, duit, etc )yang di cintainya kepada yang lebih memerlukan.

Betapa baiknya Allah menunjukkan kepada kita sesuatu yang kita perlukan. Tinggal hanya kita untuk memenuhi keperluan itu melalui mujahadah diri kita sendiri.

                              Image result for syurga

Golongan Abrar tersebuta akan di beri balasan yang sangat - sangat lumayan dari Allah swt berupa

1. Diberi pakaian daripada sutera
2. Duduk di pelamin ( bagi yang dah merasa boleh bayang perasaan bahagianya duduk di pelamin)
3. Petik buah buahan sambil duduk di pangkin ( subhanallah betapa relax nye )
4. Datang bidadari edarkan air dari gelas - gelas kristal yang ‘custome made’ ikut kemahuan kita 
5. Di kelilingi oleh pemuda yang tetap muda.

Nikmat mana yang kamu dustakan. Boleh bayangkan syurga atau dunia yang lebih nikmat ? Tak terbayangkan sebab tu kenapa ramai manusia gagal bermujahadah di dunia. Kita lupa tentang kehebatan nikmat mahal yang menanti kita di syurgaNya.

“Kenikmatan di dunia untuk di tepis dan di halangi kerana ianya hanya sementara. Sedangkan kenikamatan yang di sediakan untuk di nikmati sepuas-puasnya adalah di syurga. Ia sedang menanti..”

Sebagaimana Rasulullah s.a.w menolak segala tawaran wanita harta dan pangkat daripada orang-orang musyrikin Mekah. Satu je alasannya,

“ Maaf, Tawaran di syurga lebih lumayan.”

Cukuplah syurga menjadi motivasi untuk kita terus beramal dan berbuat kebajikan. Yakinlah Allah tahu di mana titik untuk menggembirakan hati hamba-hambaNya. Pasti yang kekal lebih baik daripada yang sementara.


thedofi
hambakerdil
280219
Sgpetani

Tuesday, January 22, 2019

Real Home


Bismillah.

" Home is where the heart belongs to "

Masih ingat seorang wanita bernama Asiah yang tinggal dengan Firaun?

Perkahwinan atas paksaan dan kehidupan beliau bersama Firaun bukanlah satu perkara yang mudah. Beliau sebagai wanita yang beriman tetapi tinggal bersama manusia yang mengaku dirinya sebagai tuhan.Walaupun dalam keadaan sebegitu Asiah mampu untuk terus mempertahankan imannya. Bahkan beliau begitu berani untuk menentang Firaun yang begitu zalim. Sehingga suatu saat, Firaun mengarahkan Asiah di ikat tangan dan kakinya kerana tetap enggan mengaku Firaun sebagai tuhan. Namun, apa yang tetap d doakan oleh Asiah adalah..

"Ya Allah, hadiahkan aku rumah di syurgaMu.."

Sejauh mana kita mampu untuk terus istiqamah menjaga iman, meningkatkan keyakinan kita kepada Allah tanpa ada sedikit cebisan keraguan dalam setiap takdir dalam kehidupan. Ada masa kita gembira dan ada masa kita sedih ada masa kita kecewa dan ada kita bahagia. Begitulah rencah masakan, adanya manis adanya masam ada juga tambah sedikit garam. Kombinasi perasaan dalam kehidupan menyedarkan kita bahawa kita hanya hamba. Hamba yang harus patuh pada setiap ketentuan Allah dengan redha.

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhannya dengan hati yang redha dan diredhaiNya..”
 (Al Fajr : 27&28)

Moga Allah juga menghadiahkan rumah di syurgaNya.

22012019

Tuesday, October 16, 2018

Bismillah,

Sebab we have the new PM and new TPM, then i have to restart writing back. Moga hobi ni berpenjangan sehingga akhir hayat.

Selepas keputusan PRU baru-baru ni, rasa macam tak tenang tak tahu the current update tentang negara Malaysia tercinta. Sehari tu berkali-kali phone mati sebab asyik on awani live, youtube, click and click to know each of the new menteri in detail contoh azmin ali, mat sabu, izzah dan dr wan azizah.Ahha.Facebook, youtube, twitter, instagram and termasuklah instastory dan google..hehe.

Kalau tak kawal memang boleh jadi addicted, kerja yang lebih aula akan terabai. So self control is much needed. Jadi bila asyik baca je tapi tak muntahkan pun tak best. So mesti ada sikit simpulan pandangan orang yang membaca benda sikit-sikit nie (sebab tak membaca smeua lagi- self controlled).

First of all, nampak politik Malaysia semakin membuka mata, rentak semakin serious. Sebelum ni, terlalu banyak penerangan-penerangan yang memang tak matang terutama isu gst, 1MDB and sebagainya. Menteri-menteri selalu di permainkan bukan untuk di hormati bahkan diragui. So sekarang ni, nak sangat follow perkembangan ekonomi Malaysia. Pada 2018 telah menunjukkan rakyat Malaysia berfikir dan membuat pilihan. Good job Malaysian!

Moga pimpinan yang baru Tun Mahathir Mohamad dan Datin Seri Wan Azizah akan memperbaiki Malaysia. Janji 100 hari sangat di nanti-nantikan. Seorang tokoh 93 tahun perlu bekerja keras untuk 100 hari ini. Bukan mudah untuk memperbaiki Malaysia dengan lebih 800 billion hutang dunia. Pastinya selepas ini lagi banyak perkara-perkara lain yang akan terbongkar dan perlu di selesaikan.

Sebagai rakyat marhean, hanya mampu memerhati dan belajar dari jauh.

Antara banyak-banyak update dan progress satu tokoh yang sangat-sangat di kagumi DSWA. Seorang isteri yang sangat setia dan ibu yang berjaya. She is the women beauty with the brain. She really walk the talk. Bak kata beliau "when there is life there is a way". Its was to many thing about her that amazed me.

                                        Image result for datin seri wan azizah timbalan perdana menteri

Beliau bangkit menuntut keadilan bagi pihak keluarga terutamanya suaminya sendiri yang telah di fitnah. Kegigihan dan kesungguhan beliau di ikuti oleh Nurul Izzah yang setia bersama berganding dengan beliau menggerakkan reformasi untuk Malaysia. Ternyata 10 Mei 2018, kemenangan di pihak beliau. Disaat hampir satu dunia meragui kebenaran di pihak Anuar, tapi dia tetap setia.

Bahkan lebih daripada itu, beliau berjuang membuktikan kebenaran dengan mewujudkan parti bagi menuntut keadilan. Rasa macam tertanya-tanya apakah KEKUATAN YANG BELIAU MILIKI DI SAAT ITU?

Sepanjang 1998 sehingga 2018 hampir 20 tahun tempoh perjuangan beliau. She really did that!











Monday, May 14, 2018

TAUJIH 13052018

Bismillah,

Segala pahala untuk ibadah yang di fardukan kepada hambanya telah di tetapkan kecuali puasa.
So service our thought, heart and intention in ramadhan. Supaya pemikiran dan hati kita bersih daripada karat-karat dunia dan jahiliyah.

Di dunia, apakah perkara yang paling penting? yang di sepakati oleh orang bodoh, bijak, musyrik, beriman...

Tapi Allah ajar kepada hambaNya : Saum (tahan, puasa). Tahan semua perkara yang paling penting dalam hidup.

Allah sangat mencintai orang yang berpuasa.

2:165 - orang yang sangat besar kecintaannya kepada Allah swt.
Puasa adalah satu-satunya ibadah yang hanya Allah swt tahu.

9:24 - tahap kecintaan Allah, Rasul dan Jihad.

Belajar dan didik diri supaya mencintai Allah dengan sepenuh hati tanpa ragu.

Para shabat sangat-sangat menyedari dunia ini seperti apa. Khalid al Walid sekiranya wujud, peperangan mesti akan menang. Umar al Khatab menyanggah keyakinan dengan melucutkan jawatan Khalid al Walid. Namun, sikap Khalid terus bertanggungjawab dan meneruskan amanah beliau. Tanpa ada sedikit rasa sombong.

Dengar tentang neraka terus tetap menangis. Abu Bakar menangis ketika tahjud sehingga jiran sekitar mendengar esakan beliau.Yakin mereka adalah dengan Allah.

Gunakanlah kelebihan untuk mencintai Allah dan mencari keredhaan Allah.

Menyelematkan diri daripada bermaksiat daripada Allah swt

1. Perisai dengan melaksanakan dakwah dengan menyelamatkan aqidah
2. Perisai untuk diri sendiri daripada dunia, jawatan kekayaan harta benda
3. Perisai daripada syaitan (17:16 )

15: 39-40 - Hanya hamba-hamba Allah yang terpilih akan terselamat daripada godaan syaitan.


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!




Tuesday, January 23, 2018

Optimis

Bismillah,

Setiap keikhlasan pasti akan diuji dengan ujian demi ujian untuk betul-betul menapishati hati dari sebarang kerosakan niat. Jadi jangan mengeluh saat di timpa ujian. Ujian adalah perhatian daripada Allah. Jangan mengeluh atau mengungkit. Bersyukur dan terus berdoa.

Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : 

"Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Allah telah berfirman: 

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" 

(QS Al-Ankabut:2-3).

Sesungguhnya Allah Maha Mendegar.

Moga terus optimis dan yakin!



zuraidahidris
23012018
rumahsb

Thursday, July 20, 2017

Tsunami Farmasi

Bismillah,

Farmasi di landa tsunami yang tidak surut-surut lagi. Sudah hampir 3 minggu.

Pesakit beratur panjang untuk mengambil nombor giliran dan untuk melepaskan preskripsi saringan. Ditambah bakul ubat pesakit bertimbun menanti giliran untuk di dispense. Keadaan bertambah 'havoc' apabila bekalan stok ubat tidak mencukupi. Mula-mula amlodipine, lepas tu perindopril disambung pula dengan simvastatin.

Satu per satu stok ubat terpaksa di bekalkan 2 minggu. Apatah lagi tiba-tiba pesakit yang menjerit

"Cepatlah sikit buat kerja! Orang sakit nie.." jerit pesakit asbab tak larat menunggu lama.

"Sabar, orang ramai, bakul banyak. Tunggu giliran. Semua orang pun sakit di sini..!" jeritan bersahut. Tertekan. Aku jeling je pesakit tu, Biar die rasa bersalah dan tahu malu.

Muncul satu dua tiga kemudiannya tak terkira pesakit yang mengeluh untuk datang mengambil bekalan ubat lebih kerap. Ada yang mengamuk, kami hampir di lempang asbab emosi mereka.

Ini baru sikit. Risiko.
Dalam keadaan ini kadang-kadang sangat mencabar untuk kami bekerja dan terus tersenyum dengan karenah pesakit.

Realiti keadaan ini akan terus berlanjutan sehingga bekalan ubat kembali normal.

Kepada hati moga terus sabar dan ikhlas. Tekanan kerja melatih diri dan akhlak.

Indahnya orang berman dalam keadaan tertekan masih lagi mampu untuk tersenyum.


senyuman ketika rehat

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..