As the time passes, aku makin dah takde perkataan untuk di luahkan. Semuanya di telan diam-diam. Tak mampu nak luahkan pada manusia, tak sempat nak luahkan di keyboard.. hanya mampu terluah dengan Nya itu pun masih terkedu untuk menyusun kata-kata. Hanya hati mampu terluah menyakini Allah memahami.
Jalan cerita manusia tiapnya berbeza. Tak mungkin sama aku dengan kau. Lain... lorong jalanan yang kita pilih pun berbeza. Tujuan dan matlamat kita berbeza. Tak layak untuk di bandingkan, tak perlu di cemburukan sebab kita tak punya tanda aras yang sama. Kita tak lalui pengalaman yang sama kita tak tempuhi ujian yang sama dan yang plaing penting kita tak punyai cita-cita dan matlamat yang sama. Jauh!
Semalam masa jumpa atey, aku cakap aku trauma dengan kegagalan. Hampir semua target tak tercapai. Aku makin lost. Perjalanan ape yang aku lalui ni. Aku dah tak eager macam dulu. Aku dah tak semangat. To many things i passed through. Seems the road not smooth for me maybe.
But on top of that,
Ya Allah aku masih belajar untuk bergantung dan berharap kepada Mu.
Aku masih belajar untuk tetap mengutamakan Mu.
Aku masih belajar mendidik untuk manisnya bekorban di jalanMu
Aku tak sehebat Khadijah
Aku tak sehebat Asma
Aku tak sesetia Aisyah
Aku tak sekuat Khaulah
Aku tak setanding dengan Fatimah.
Aku rendah, terlalu rendah dan terlampau jauh untuk mereka. Tapi Ya Allah aku cuba dengan pelbagai kelemahan yang aku ada, dengan kegagalan demi kegagalan aku lalui.. rasa tak layak tu menggunung di fikiran. Tapi rasa berdosa dan rasa takut akan azabMu.. lemah dna terlalu lemah.
Banyak aktiviti dan perbuatan harian ku merosakkan hati dan iman tanpa aku sedar. Kadang aku terlalu ikut ikutan manusia di luar sana sehingga aku lupa priority hidupku sendiri.
Moga luahan ini yang mampu aku coretkan di baca oleh Allah dulu untuk mendidik supaya aku jujur dengan diriku.
Allah, jangan biarkan aku kecewa dengan diriku. Jangan biarkan aku trauma dengan ujianMu. Yakinkan aku dengan janji-janjiMu. Cukupkan aku dengan kasih sayangMu. Didiklah aku supay cita-cita akhiratku yang menguasai kehidupan aku sehingga akhirnya.
Dekatkan aku dengan kalam suciMu.
Dekatkan aku dengan lmbatan sirah kekasihMu.
Surat cinta untuk Allah,
Dari hamba yang lemah.
No comments:
Post a Comment