Tuesday, January 22, 2019

Real Home


Bismillah.

" Home is where the heart belongs to "

Masih ingat seorang wanita bernama Asiah yang tinggal dengan Firaun?

Perkahwinan atas paksaan dan kehidupan beliau bersama Firaun bukanlah satu perkara yang mudah. Beliau sebagai wanita yang beriman tetapi tinggal bersama manusia yang mengaku dirinya sebagai tuhan.Walaupun dalam keadaan sebegitu Asiah mampu untuk terus mempertahankan imannya. Bahkan beliau begitu berani untuk menentang Firaun yang begitu zalim. Sehingga suatu saat, Firaun mengarahkan Asiah di ikat tangan dan kakinya kerana tetap enggan mengaku Firaun sebagai tuhan. Namun, apa yang tetap d doakan oleh Asiah adalah..

"Ya Allah, hadiahkan aku rumah di syurgaMu.."

Sejauh mana kita mampu untuk terus istiqamah menjaga iman, meningkatkan keyakinan kita kepada Allah tanpa ada sedikit cebisan keraguan dalam setiap takdir dalam kehidupan. Ada masa kita gembira dan ada masa kita sedih ada masa kita kecewa dan ada kita bahagia. Begitulah rencah masakan, adanya manis adanya masam ada juga tambah sedikit garam. Kombinasi perasaan dalam kehidupan menyedarkan kita bahawa kita hanya hamba. Hamba yang harus patuh pada setiap ketentuan Allah dengan redha.

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhannya dengan hati yang redha dan diredhaiNya..”
 (Al Fajr : 27&28)

Moga Allah juga menghadiahkan rumah di syurgaNya.

22012019

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..