Tuesday, February 21, 2017

Kita Ansar 2.0


Bismillah,

Alhamdulillah, selesai amanah untuk Usrah Inspirasi Khadijah pada minggu nie. Terjual satu magic set kepada salah seorang ahli usrah juga. Moga bermanfaat magic set tersebut untuk diri si pembeli.
Berkesempatan juga, setelah selesai semuanya, dr nisa, sn eida dan saya menikmati juadah berbuka kami di kedai. (bujanglah katakan, tak sempat nak beli sebelum maghrib, kami berbuka makanan berat selepas isyak).

Sembang-sembang kami di meja semua berkaitan pesakit, ubat, rawatan, humanity to refugees yang datang ke hospital dan sebagainya. Meraikan titik persamaan antara kami. Ala-ala sweet camtu.

Nak menyambung cerita Kita Ansar,

"I was being ask by the people surrounding. Why are u come here (Malaysia). Why not u stay in Aleppo dan protect your country? "

Hassan memulakan cerita. Persoalan yang sama juga dia utarakan kepada ayahnya seorang petani. Namun, respon ayahnya kepada dia yang ketika itu hanya berumur 12 tahun.

"You have nothing to protect Aleppo. You stay here, and study " simple.

Ya, betul apa yang ayahnya beritahu.

"Only youth can change the world.If youth are in Aleppo, who will replace them if they are killed? "
Nobody, then how can they rebuild the country again.

Hassan hanay berumur 17 tahun. Pertama kali nampak macam late 20. Die sedang menyambung pelajaran IGSE di Cranberry College di Ampang.

Perkongsian tentang Kitchen in Calais dan pengalaman Hassan

Beliau merupakan salah satu warga pelarian Syiria pada 2012 dahulu. Sekarang beliau bergiat aktif dalam pengurusan sekolah bagi anak-anak pelarian Syiria. Jika tidak, kanak-kanak hanya punya pilihan bersekolah di international school atau sekolah swasta atas asbab ketidaksahan taraf.

Hassan memulakan kehidupan di Malaysia sebagai pencuci pinggan sehinga beliau fasih berbahasa melayu. Sekarang beliau merupakan salah satu tenaga pengajar bahasa melayu. Pelbagai lagi usaha-usaha Hassan bersama team nya untuk membantu pelarian Syiria di Malaysia.

Mereka punya cita-cita untuk membina semula Syiria. Kebanyakkan mereka apabila di tanya,

"Do you miss your country?" Mereka akan menjawab "Yes"

Mereka berazam untuk kembali semula ke negara mereka. Itu cita-cita mereka ketika di sini..
Betapa kesusahan hidup sangat menguji mereka untuk meneruskan kehidupan. Tapi mereka tidak punya pilihan melainkan berusaha walaupun tidak di beri peluang. Susahnya hidup pelarian di negara ornag telah menyatukan hati mereka.

Persembahan dari kanak-kanak Syiria


Kita tidak perlukan kewarga negaraan yang serupa untuk merasa kesatuan,
Cukuplah hati yang beriman menjadi penyatu di antara kita.

Mereka muhajirin, kita ansar.

To be continue

Sunday, February 19, 2017

Kita Ansar 1.0


Bismillah,

"Charity begin at home" is a nice quote engrave in my heart until now.

Usai urusan kerja di Shah Alam, aku dan huda terus bersiap-siap ke Bangi. Bersiap pakai baju Yosh. Baju paling comot. Baju yang tergolek ketika mendaki, baju yang ada titisan cat ketika projek mengecat perpustakaan di Ranau. Tapi pakai jugak. Hehe



Teruskan perjalanan ke seksyen 16, Pusat Pendidikan Islam Bangi. Suasana yang meriah dalam bangunan yang bewarna putih dan beratap hijau. Terus mencari golongan Yosh untuk tahu apa yang boleh di bantu. Kena proaktif. Jumpa checkpoint2 kecil untuk kanak-kanak bermain game dan kumpul cop untuk membolehkan mereka menuntut hadiah nanti.

Kanak- kanak Syiria sangat comel dan bahasa inggeris adalah medium untuk berbual dengan mereka.

"What is your name? "
"Abdul Rahman"
"How old are u? "
"Six years old" sambil menunjuk jari 6
"U miss your country?"
"Yes, i miss my house is Syiria"
" Can i take picture with you? "
" Cannot "
" Why? "
" My mother do not let me to "  
" Owh, its Okay "

ini bukan gambar Abdul Rahman :p


Dan pelbagai lagi perbualan dengan masyarakat Syiria. Setelah bermain dengan kanak-kanak saya masuk ke dewan mendengar pekongsian daripada Puan Sofinee mengenai Kitchen in Calais. Sesuatu yang saya pernah dengar dari seorang kawan pada tahun lepas. Dengar macam tu je la.

Puan Sofinee sangat menekan kan. She and her husband is nobody. Bukan menteri dan tiada kuasa. But what they did in Calais is something incredible.They set up a camp in a jungle for Syirian Refugee. 

Muslim Refugees was like the Muhajirin from Mecca, we as a Malaysian do we accepting them as what Ansar did?

This word really touch me. 

En Jamal dan Puan Sofinee said, what they did and doing right now is not solving the problem but just helping what they can do. Untuk menyelesaikan isu pelarian ini cukup sebenarnya smeua orang memberi peranan untuk bantu. Bilangan mereka tidak seramai bilangan kita di sini.

 "Its about 20,000 refugees in Malaysia. Thus enough if 20,000 malaysians take part. Its a simple calculation.But we, malaysian is lack of awareness regarding the refugees"

Betul. Masyarakat Malaysia hanya tahu tentang pelarian dan kurang kesedaran. Sama macam saya pada mulanya.

Masa saya mula-mula sampai, jujurnya saya tak nampak anak-anak syiria ni macam pelarian. Pakaian mereka masih lagi kemas dan cantik. Sebenarnya, mereka adalah orang-orang yang boleh di katakan kaya ketika di Syiria. Mereka miliki rumah dan kereta. Hidup mereka cukup. Tapi di sebabkan peperangan yang berlaku, mereka golongan yang mampu telah berhijrah ke Malaysia menggunakan passport. Meninggalkan segala harta benda yang mereka miliki. Sehelai sepinggang, membawa apa yang mereka mampu. Sama seperti apa yang Puan Sofinee cerita. Mereka memang persis golongan Muhajirin.


Dengan berbekalkan Visa 3 bulan kemudian perlu di perbaharui atau kemudiannya di beri kad UNHCR. Mereka tidak di benarkan bekerja di Malaysia dan anak-anak mereka hanya boleh di sekolahkan di sekolah swasta. Ini betul-betul mencabar mereka untuk meneruskan hidup berstatuskan pelarian di Malaysia. Mereka tiada pilihan, mereka tiada status yang sah melainkan pelarian. 

Berbeza dengan golongan imigrant yang berbekalkan visa yang sah apatah lagi masayarkat Malaysia yang memang di bekalkan pelbagai keutamaan. Datang ke klinik pun bayar RM1 tapi balik dengan ubat-ubatan yang mencecah ratusan ringgit. Kita selesa mereka tidak. Kehidupan kita serba cukup mereka tidak. Kita kalau usaha lebih akan dapat lebih (tapi kebanyakkan kita manja dan malas), mereka nak berusaha pun tiada peluang.

Ketika forum, Hassan menceritakan,
Seorang doktor di Syiria tapi datang ke Malaysia bekerja sebagai pelayan restoran.
Seorang enginerr di Syiria, tapi apabila sampai di Malaysia bekerja sebagai buruh

"Sijil kita tiada membawa apa-apa erti, boleh hilang bila-bila masa yang penting adalah akhirah kita."

Sentap.
In a simple word 

"Harta pangkat status dunia tak beerti apa-apa, kalau Allah nak tarik bila-bila masa pun boleh. Dengan pelbagai cara.."

Masih ada beberapa golongan mereka yang masih trauma bila bunyi percikan bunga api apatah lagi bunyi dentuman. Masih teriang-iang. terbayang jasad-jasad yang berlumuran darah di sekeliling mereka suatu ketika dahulu. Allahu.


To be continue in next post.



Wednesday, January 11, 2017

2017



Bismillah,

Ketika liqa' seorang sifu datang menemani kami meneruskan perbincangan. Aku masih ingat akan kata-katanya.

"Banyakkanlah bergaul, banyakkanlah merantau, banyakkanlah membuat sesuatu yang baru. Barulah kita akan nampak, apa yang sedang kita buat ini masih sedikit terlalu sedikit. Baru kita nampak apa yang kita rancang ini masih lagi kecil. Bahkan sekiranya kita hadapai masalah dan tekanan, apa yang kita hadapi itu hanya urusan yang kecil."

Ketika itu, kami tersenyum bersetuju. Sebab ketika itu kami mungkin sedikit buntu dengan apa yang boleh di kembangkan lagi.

Melihat kepada permasalahan umat zaman ini, saat ini. Tidak sepatutnya seorang daie yang berkommitmen dengan Tuhannya buntu. Kemaksiatan bermaharajalela, si daie senyap melayaan tekanan dirinya.

Permasalahannya cuma satu, kita tidak berani dan mungkin tidak berfikir untuk membuat sesuatu yang tidak pernah kita buat. 

Jika berfikir mungkin tidak berani untuk berbuat.

Its me.
Its my self.
I cant bear with adjustment
Im slow adapter

Im prefer routine rather than changing.
Its the lazy me.
Change is something very challenging for myself.

Think big and act locally. 



2017

A big changes should happen
Never think about age (it makes me thinks im already late for this)

Take the challenges
The better person will coming
A good management
A good interaction
A good communication
A better slave of Allah.

Be mature
Be knowledgable
Do concern

Do pray for each other.
Sorry for the small mind setting.
^Still trying to think big^

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..