Monday, May 14, 2018

TAUJIH 13052018

Bismillah,

Segala pahala untuk ibadah yang di fardukan kepada hambanya telah di tetapkan kecuali puasa.
So service our thought, heart and intention in ramadhan. Supaya pemikiran dan hati kita bersih daripada karat-karat dunia dan jahiliyah.

Di dunia, apakah perkara yang paling penting? yang di sepakati oleh orang bodoh, bijak, musyrik, beriman...

Tapi Allah ajar kepada hambaNya : Saum (tahan, puasa). Tahan semua perkara yang paling penting dalam hidup.

Allah sangat mencintai orang yang berpuasa.

2:165 - orang yang sangat besar kecintaannya kepada Allah swt.
Puasa adalah satu-satunya ibadah yang hanya Allah swt tahu.

9:24 - tahap kecintaan Allah, Rasul dan Jihad.

Belajar dan didik diri supaya mencintai Allah dengan sepenuh hati tanpa ragu.

Para shabat sangat-sangat menyedari dunia ini seperti apa. Khalid al Walid sekiranya wujud, peperangan mesti akan menang. Umar al Khatab menyanggah keyakinan dengan melucutkan jawatan Khalid al Walid. Namun, sikap Khalid terus bertanggungjawab dan meneruskan amanah beliau. Tanpa ada sedikit rasa sombong.

Dengar tentang neraka terus tetap menangis. Abu Bakar menangis ketika tahjud sehingga jiran sekitar mendengar esakan beliau.Yakin mereka adalah dengan Allah.

Gunakanlah kelebihan untuk mencintai Allah dan mencari keredhaan Allah.

Menyelematkan diri daripada bermaksiat daripada Allah swt

1. Perisai dengan melaksanakan dakwah dengan menyelamatkan aqidah
2. Perisai untuk diri sendiri daripada dunia, jawatan kekayaan harta benda
3. Perisai daripada syaitan (17:16 )

15: 39-40 - Hanya hamba-hamba Allah yang terpilih akan terselamat daripada godaan syaitan.


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!




No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..