Sunday, July 18, 2010

Kucing K1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari minggu nie merupakan hari minggu yang pertama dalam sem nie,yang paling relax.. tak ada assignment,tak ada nota prof  walaupun dah belajar bab 1&2 untuk semua subjek. Boleh di katakn honey week lagi la. Alhamdulillah..dalam pada masa yang sama boleh la aku nak cuba menyelesakan dengan keadaan sekeliling dan mempunyai perancangan untuk sem nie.


Tapi yang paling tak best nye kat cini adalah di sebabkan kehariran perlbagai warna jenis kucing yang selalu mengiau di depan pintu. Pantang je ada orang pergi buang sisa makanan, depa akan mengiau dan ikut kita balik bilik. Yang tak boleh tahan tue kesian la kat depa,kita mana ada makanan kucing,susu tepung pun tak de nak bancuh bagi depa minum..Yang paling selalu ikut aku ialah claudia. Claudia nie dulu adalah kucing yang selalu dibagi makan oleh seorang pelajar,tapi tahun nie pelajar tue duduk kat luar,plazarah. Claudia nie siap pakai loceng kat leher lagi warna merah,manja pulak tue..



Teringat kat kucing yang aku bela sebelum nie selama 13 tahun,noni. Boleh di katakan kami membesar bersama-sama. Mak aku pun kadang-kadang,melawak yang noni nie adik aku. Tapi awal tahun nie die dah mati sebab sakit tua. Kalo kat rumah dialah kawan aku..kalo aku study kat meja,dia mesti lepak kat kaki aku..aku pun kadang-kadang jadikan badannya sebagai karpet alas kaki....hahahha. Semua kenangan itu lelah berlalu.

Lepas noni mati,aku tak cari pengganti pun sebab takut untuk kehilangan buat kali kedua. Tapi kita harus tahu bahawa semuanya adalah milik Allah. Allah sentiasa menetapkan sesuatu yang baik untuk hambanya sedangkan hambanya tidak tahu.

"boleh jadi apa yang kamu suka itu adalah tidak baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu benci itu adalah baik bagi kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui (2:216)"

Jadi selalu lah berdoa supaya Alllah memberi apa yang terbaik untuk kita samada result ataupun ketetapan yang lain..

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..