Saturday, April 24, 2010

terBanGun Aku..


minggu ini merupakan minggu yang mendahsyatkan gelora hati ana..minggu ini memang membuatkan ana terfikir panjang...

pertamanya,ana terjumpa kembali sahabat ana ketika di matrik dahulu..
sahabat seperjuangan yang mengajak ana ke jalan yang ana pilih sekarang. sahabat yang banyak memberi inspirasi serta pengertian mendalam tentang jalan yang ana pilih ini..sahabat yang menunjukkan contoh yang memang ana akan menyusurinya..tapi semua ini dulu..dulu yang tak sampai setahun berlalunya masa..namun ketetapan Allah itu pasti.
Benar jalan dakwah ialah jalan yang penuh onak liku,jalan yang penuh duri-duri tajam,jalan yang memang penuh dugaan dan ujian....oleh itu,hanya orang yang terpilih sahaja yang layak menyusurinya..tapi jangan sangka,jika menyusuri jalan itu ketika ini,esok,bulan depan atau tahun depan,kita akan tetap menyusurinya..tidak,tidak dan memang tidak,tiada yang dapat memastikannya melainkan yang mengaturnya..

jika tidak percaya,sahabat ana telah membuktikannya..

jika dulu dia auratnya terjaga rapi
jika dulu batasan pergaulan di jaga dan di elakkan,
jika dulu dia pemberi semangat juga inspirasi
jika dulu dia orang bersemangat untuk berkorban
jika dulu keutamaannya adalah pandangan Allah semata

tapi kini segalanya berubah,namun ana tak tahu hatinya bagaimana..
kata orang rotate 180'

kini dia sudah berselendang
kini dia sudah bersosial dengan semua makhluk tanpa batasan
kini dia sudah melarikan diri dari jalannya
kini dia sudah menyenarai kan pelbagai alasan
kini dia sudah tidak mahu lagi halaqah,tarbiyah..
dia tidak mahu..dia yang menyatakan dia tidak mahu..
padahal dia dahulu orang yang faham tentang jalan ini.
kini dia sudah berbeza dengan dia ku kenali dahulu..

dia sudah pilih jalan yang dia suka..

ana terlalu sedih..sedih mengenangkan sahabat yang seorang ini..
bagaimana ini boleh terjadi..
apa silapnya ketika dia faham dahulu...

ana tak kisah jika dia mufaraqah tapi masih menjadi dia yang sama..
tapi bukan itu yang dia tunjukkan..bukan...
namun ana takkan tinggalkan dia begitu sahaja...
semoga hatinya dilembutkan semula..

yang keduanya..

ana di khabarkan bapa seorang akhwat yang ana kenali di matrik dahulu telah meghembuskan nafasnya yang terakhir..kemudian barusan tadi sepupu seorang akhwat di ukm ini juga menghembuskan nafas terakhirnya......"innalillahiwainnailaihirajiun"

bergoncang jantung ana ketika mendengar khabaran tersebut,meleleh air mata.. memang perit berita tersebut apabila kita menerimanya,terutamanya kita apa bila orang terseyang kita yang tak sempat kita nak berbakti kepadanya....mudah mulut mengatakan redha,tapi hati yang menanggung lara..namun ikhlaskan hati mu..dan yakin akan janjiNya

Ya Allah,rindunya aku pada dia..ampunilah dosa-dosanya,rahmatilah beliau dan tempatkan beliau bersama-sama orang yang solehah..

kasih seorang ibu tidak sama dengan kasih seorang ayah
kasih seorang tidak sama dengan kasih ibu tiri
kasih seorang ibu tidak sama dengan kasih 4 kakak dan 2 abang
kasih seorang ibu tidak sama,dan tidak ada apa yang dapat menggantinya..
kasih ibu membawa kesyurga..semoga aku dipertemukan dengannya di syurga nanti
ingin ku peluk dan dakapnya seerat mungkin,dan tak nak aku lepaskannya
aku tidak mahu kehilangannya kembali...

namun aku syukur,di saat aku kesedihan menanggung musibah Allah telah menakdirkan aku di jalan yang sekarang aku pilih...
ibarat kasih seorang ibu di ganti dengan jalan tarbiyah ini..
Allah sebaik-baik perancang..
sungguh ana takkan tinggalkan jalan ini semudah itu..

doakan ana..

1 comment:

  1. hargai lah tarbiah yang kita ada sekarang,jagalah ia seterusnya semailah ia menjadi pohon yang paling subur

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..