Friday, April 23, 2010

suRau >>A



mungkin ramai pengguna atau lebih sedap lagi di panggil jemaah surau A tahu. Surau kita banyak kelemahannya. Mungkin kelemahan ini hanya di pandang remah oleh segolongan kita,tapi bagi aku...melalui surau dan aktivitinya lah kita nak tarik mad'u baru. Tapi apa yang terjadi,surau A terlalu hambar. Ini mungkin juga salah jemaahnya termasuk juga aku.Kebanyakkan kami nakkan pengisian tersebut,tapi tiada siapa ambil inisiatif,termasuk juga aku..kebanyakkan kami ingin solat awal waktu..tapi tiada siapa mahu jadi imam. Masing-masing tolak kawan masing-masing....

"wei,jom solat..cepatla da azan da..aku nak study pas nie..cepat la wei"
"jom r,ko jadi imam..."
"asal plak aku..??? ko la"

**********************************************************
"siti,jadi imam..siti tak pernah jadi imam lagi..."
"tak boleh la..kite jenis yang gemuruh..."
"x pe la,pertama kali memang la..lama2 okey la"
"x boleh la...ko la.."
****************************************************************

"cepat nad..jadi imam"
"okeh,tapi ko bace doa..."
"boleh la..jom!!!"

******************************************************************

melihatkan keadaan surau A yang agak kritikal. Aku mula terfikir bila kejadian ini berlaku ketika waktu isyak dah masuk..

ada seorang hamba Allah,die nak study pas isyak..jadi dia pun dah malas nak suruh-suruh orang,terus dia ke saf dan iqamat. kemudian semua jemaah lain,turut memenuhi saf,tapi yang peliknya,tempat imam kosong..tiada siapa nak berdiri kat situ....

Ya Allah..jahil sangatkah kami untuk menjadi imam hanya kepada sahabat-sahabat seperjuangan kami..sehingga kami terpaksa melakukan aksi tolak menolak setiap waktu solat??

tiada siapa yang isi tempat imam,sehingga 10 minit,di biarkan kosong,setelah iqamat di laungkan...Astaghfirullahazim..kenapa keadaan ini boleh berlaku...???

mari kita renungkan kembali...

ana pernah tanya pada murabiyah ketika di matrik dulu...

"macam mana kita nak develop untuk jadi imam,ya akak?" soalan yang ringkas dari ana..
"owh,kalo kita nak bina keyakinan itu..pertama kita mestilah selalu solat berjemaah di mana sahaja,tak semestinya di surau.. kedua,mula kan dengan selalu iqamat..ketiga berdoa..tak semestinya siapa yang jadi imam,dia yang mesti membaca doa..peluang perlu di beri untuk mendidik orang lain dan yang terakhir jadi lah kamu imam.."

"owh"

"tapi semua peluang ini tidak disediakan,tapi kita sendiri perlu merebutnya,seperti mengoffer diri atau membuat perjanjian dengan sahabat yang boleh menjadi imam"

"bagusnye langkah-langkah itu...moga dipermudahkan untuk di amalkan"


"sebab apabila kita berjaya menjadi imam...=
kita akan selalu memperbaiki mutu bacaan kita
kita akan selalu menghafal surah-surah lazim bagi mengelakkan terlupa
kita juga akan selalu memperbaiki akhlak kita secara tidak langsung..
yang selebihnya anti fikirla sendiri,anti akan dapat merasainya bila melakukannya
ISLAM AGAMA YANG PRAKTIKAL,kita perlu lakukan untuk merasai kesannya"

"syukran ya ukhti..tapi sebelum itu,macam mana nak menghadirkan keinginan untuk menjadi imam??"

"jika seseorang itu mampu solat dengan sempurna lima waktu yang cukup,dia sebenarnya sudah layak untik menjadi imam.."

ana tambah lauknya lagi..

"aah kita nie kalo bab peluang perkara dunia contoh jadi fc ESZ,tak pandai cakap bi,terkontang kanting...pun nak gak cuba,"tak pe kita cari la pengalaman,bila lagi peluang tue nak datang,nak dapat nie pun susah.."....

"dunia nie penuh tipu daya dan godaan..hanya orang-orang yang berfikir sahaja dapat mengambil pelajaran...pernahkan dengar tanda-tanda akhir zaman....keadaan serupa juga akan berlaku ...ukhti,kekuatan perlu di bina bukan ditunggu.."

"fuh!!! lega dapat dengar nasihat ini.."
"jazakillah ukhti..."



ana meminta diri,sebab perut sudah berkeroncong dengan bunyi seksofon

3 comments:

  1. sedikit coretan pengalaman..manusia tak akan sempurna tapi bergerak lah kearah kesempurnaan..

    ReplyDelete
  2. oit...sgt mmbantu r...huhu......
    ana pn sama r.....susah sgt nk jd imam.tp kna blajar....nnt kna didik junior..huhu

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..