Wednesday, April 14, 2010

geRam KAH??

GERAMNYA..KECEWA..SEDIH..KESAL....

Ya Allah..
inikah perasaannya?
apabila kami dah berusaha dan meletakkan semua keputusan atas diri kami sendiri sahaja?

inikah perasaanya?
apabila kami tak memahami konsep tawakal kepadaMu

inikah perasaanya
apabila kami tidak meletakkan pengharapan yang tinggi kepadaMu

inikah perasaanya
apabila kami hanya pandai berkata-kata,tapi tidak mempraktikkanya?

Ya Allah,jika ini yang cara ENGKAU untuk menegur hambamu yang lemah ini,kuatkan hatiku ini dengan tarbiyah dariMu. sabarkan hati ku ini untuk menghadapinya cubaan dariMu...



kisahnya:

hari ini,14 april 2010..ana menghadapi satu satu ujian perasaan. hari ini kami menduduki peperiksaan akhir untuk sujek kimia organik farmaseutikal. ana membuat persediaan ini dari awal lagi sebab target ana untuk subjek ini amat tinggi bagi memperbetulkan balik pointer yang terlalu rendah itu. walaupun ana sudah berusaha semampu mungkin dan telah mengorbankan apa yang patut,ana teruji pada hari ini. soalan yang keluar memang membuatkan ana sesak nafas,pening kepala dan jika di layan ana mungkin give up!! susah yang memang ana tak tahu nak cakap apa..namun ana tetap bersabar terus menjawab 6 soalan tersebut selama 3 jam...

keluar dewan,benda pertama yang ana nampak ialah sin nnie(seorang pelajar cina) menangis..ditenangkan oleh rakannya. ana tahu soalan itu memang susah..namun berat dalam hati tetap rasa sedih,kecewa...ana tanya kepada kawan lain..

safiah:zu...x taw la..orang harap lulus j,lulus j..

asma: x taw la..aku memang cuba banyak cara untuk jawab tapi aku memang nak give up..setengah jam aku cuba tenangkan diri..


rasa nak menjerit,menangis,mengadu pun ada....namun ana tabahkan hati..mungkin Allah nak ana letakkan pergantungan yang tinggi kepadaNya..mungkin jika ana dapat jawab dengan baik,ana akan kurang bertawakal tapi overconfident...

jangan kalah dengan ujian sebab kita ada
ALLAH....!!

teruskan bersemangat menghadapi 5 subjek lagi...........


AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..