Thursday, April 29, 2010

saya sayang kamu!!!



lagu ini ana tujukan kepada sahabat serta akhwat yang saya kenali dan sayangi...

terutamanya...

DINI,NISA,AIN,ZURA,ETON,NABILA..

SYAKINAH,SHAKIRAH,AMIRA...

FADZLIN,HIDAYAH,UMI,..

Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Iakan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula kepada penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki

Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Berkasih sayang perintah Allah
Diantara sifat Allah
Kasih kepada hamba-Nya
Allah sangat sayang kepada hamba yang berkasih sayang
Jalinkahlah kasih sayang untuk keredhaan-Nya

Hati sudah lama menderita kekosongan kasih sayang
Tanamkan semula jangan biarkan
Jangan biarkan berlama-lama
Sudah lama manusia hidup dalam derita lagi sensara
Ayuh kita suburkan semula
Kasihkan sesama sama manusia


[Lirik Kasih Sayang Inteam feat Ustaz Asri Rabbani]

jangan mengharap apa-apa dariku..
mungkin aku tak mampu tunaikan..
apa yang kau harapkan malah mengecewakan..
bersama-samalah kita menerima serta memberi..

hargailah persahabatan kita yang semanis sorbitol..
ku harap persahabatan ini membawa kearah kejayaan dunia dan akhirat..
ameen..

Saturday, April 24, 2010

terBanGun Aku..


minggu ini merupakan minggu yang mendahsyatkan gelora hati ana..minggu ini memang membuatkan ana terfikir panjang...

pertamanya,ana terjumpa kembali sahabat ana ketika di matrik dahulu..
sahabat seperjuangan yang mengajak ana ke jalan yang ana pilih sekarang. sahabat yang banyak memberi inspirasi serta pengertian mendalam tentang jalan yang ana pilih ini..sahabat yang menunjukkan contoh yang memang ana akan menyusurinya..tapi semua ini dulu..dulu yang tak sampai setahun berlalunya masa..namun ketetapan Allah itu pasti.
Benar jalan dakwah ialah jalan yang penuh onak liku,jalan yang penuh duri-duri tajam,jalan yang memang penuh dugaan dan ujian....oleh itu,hanya orang yang terpilih sahaja yang layak menyusurinya..tapi jangan sangka,jika menyusuri jalan itu ketika ini,esok,bulan depan atau tahun depan,kita akan tetap menyusurinya..tidak,tidak dan memang tidak,tiada yang dapat memastikannya melainkan yang mengaturnya..

jika tidak percaya,sahabat ana telah membuktikannya..

jika dulu dia auratnya terjaga rapi
jika dulu batasan pergaulan di jaga dan di elakkan,
jika dulu dia pemberi semangat juga inspirasi
jika dulu dia orang bersemangat untuk berkorban
jika dulu keutamaannya adalah pandangan Allah semata

tapi kini segalanya berubah,namun ana tak tahu hatinya bagaimana..
kata orang rotate 180'

kini dia sudah berselendang
kini dia sudah bersosial dengan semua makhluk tanpa batasan
kini dia sudah melarikan diri dari jalannya
kini dia sudah menyenarai kan pelbagai alasan
kini dia sudah tidak mahu lagi halaqah,tarbiyah..
dia tidak mahu..dia yang menyatakan dia tidak mahu..
padahal dia dahulu orang yang faham tentang jalan ini.
kini dia sudah berbeza dengan dia ku kenali dahulu..

dia sudah pilih jalan yang dia suka..

ana terlalu sedih..sedih mengenangkan sahabat yang seorang ini..
bagaimana ini boleh terjadi..
apa silapnya ketika dia faham dahulu...

ana tak kisah jika dia mufaraqah tapi masih menjadi dia yang sama..
tapi bukan itu yang dia tunjukkan..bukan...
namun ana takkan tinggalkan dia begitu sahaja...
semoga hatinya dilembutkan semula..

yang keduanya..

ana di khabarkan bapa seorang akhwat yang ana kenali di matrik dahulu telah meghembuskan nafasnya yang terakhir..kemudian barusan tadi sepupu seorang akhwat di ukm ini juga menghembuskan nafas terakhirnya......"innalillahiwainnailaihirajiun"

bergoncang jantung ana ketika mendengar khabaran tersebut,meleleh air mata.. memang perit berita tersebut apabila kita menerimanya,terutamanya kita apa bila orang terseyang kita yang tak sempat kita nak berbakti kepadanya....mudah mulut mengatakan redha,tapi hati yang menanggung lara..namun ikhlaskan hati mu..dan yakin akan janjiNya

Ya Allah,rindunya aku pada dia..ampunilah dosa-dosanya,rahmatilah beliau dan tempatkan beliau bersama-sama orang yang solehah..

kasih seorang ibu tidak sama dengan kasih seorang ayah
kasih seorang tidak sama dengan kasih ibu tiri
kasih seorang ibu tidak sama dengan kasih 4 kakak dan 2 abang
kasih seorang ibu tidak sama,dan tidak ada apa yang dapat menggantinya..
kasih ibu membawa kesyurga..semoga aku dipertemukan dengannya di syurga nanti
ingin ku peluk dan dakapnya seerat mungkin,dan tak nak aku lepaskannya
aku tidak mahu kehilangannya kembali...

namun aku syukur,di saat aku kesedihan menanggung musibah Allah telah menakdirkan aku di jalan yang sekarang aku pilih...
ibarat kasih seorang ibu di ganti dengan jalan tarbiyah ini..
Allah sebaik-baik perancang..
sungguh ana takkan tinggalkan jalan ini semudah itu..

doakan ana..

Friday, April 23, 2010

suRau >>A



mungkin ramai pengguna atau lebih sedap lagi di panggil jemaah surau A tahu. Surau kita banyak kelemahannya. Mungkin kelemahan ini hanya di pandang remah oleh segolongan kita,tapi bagi aku...melalui surau dan aktivitinya lah kita nak tarik mad'u baru. Tapi apa yang terjadi,surau A terlalu hambar. Ini mungkin juga salah jemaahnya termasuk juga aku.Kebanyakkan kami nakkan pengisian tersebut,tapi tiada siapa ambil inisiatif,termasuk juga aku..kebanyakkan kami ingin solat awal waktu..tapi tiada siapa mahu jadi imam. Masing-masing tolak kawan masing-masing....

"wei,jom solat..cepatla da azan da..aku nak study pas nie..cepat la wei"
"jom r,ko jadi imam..."
"asal plak aku..??? ko la"

**********************************************************
"siti,jadi imam..siti tak pernah jadi imam lagi..."
"tak boleh la..kite jenis yang gemuruh..."
"x pe la,pertama kali memang la..lama2 okey la"
"x boleh la...ko la.."
****************************************************************

"cepat nad..jadi imam"
"okeh,tapi ko bace doa..."
"boleh la..jom!!!"

******************************************************************

melihatkan keadaan surau A yang agak kritikal. Aku mula terfikir bila kejadian ini berlaku ketika waktu isyak dah masuk..

ada seorang hamba Allah,die nak study pas isyak..jadi dia pun dah malas nak suruh-suruh orang,terus dia ke saf dan iqamat. kemudian semua jemaah lain,turut memenuhi saf,tapi yang peliknya,tempat imam kosong..tiada siapa nak berdiri kat situ....

Ya Allah..jahil sangatkah kami untuk menjadi imam hanya kepada sahabat-sahabat seperjuangan kami..sehingga kami terpaksa melakukan aksi tolak menolak setiap waktu solat??

tiada siapa yang isi tempat imam,sehingga 10 minit,di biarkan kosong,setelah iqamat di laungkan...Astaghfirullahazim..kenapa keadaan ini boleh berlaku...???

mari kita renungkan kembali...

ana pernah tanya pada murabiyah ketika di matrik dulu...

"macam mana kita nak develop untuk jadi imam,ya akak?" soalan yang ringkas dari ana..
"owh,kalo kita nak bina keyakinan itu..pertama kita mestilah selalu solat berjemaah di mana sahaja,tak semestinya di surau.. kedua,mula kan dengan selalu iqamat..ketiga berdoa..tak semestinya siapa yang jadi imam,dia yang mesti membaca doa..peluang perlu di beri untuk mendidik orang lain dan yang terakhir jadi lah kamu imam.."

"owh"

"tapi semua peluang ini tidak disediakan,tapi kita sendiri perlu merebutnya,seperti mengoffer diri atau membuat perjanjian dengan sahabat yang boleh menjadi imam"

"bagusnye langkah-langkah itu...moga dipermudahkan untuk di amalkan"


"sebab apabila kita berjaya menjadi imam...=
kita akan selalu memperbaiki mutu bacaan kita
kita akan selalu menghafal surah-surah lazim bagi mengelakkan terlupa
kita juga akan selalu memperbaiki akhlak kita secara tidak langsung..
yang selebihnya anti fikirla sendiri,anti akan dapat merasainya bila melakukannya
ISLAM AGAMA YANG PRAKTIKAL,kita perlu lakukan untuk merasai kesannya"

"syukran ya ukhti..tapi sebelum itu,macam mana nak menghadirkan keinginan untuk menjadi imam??"

"jika seseorang itu mampu solat dengan sempurna lima waktu yang cukup,dia sebenarnya sudah layak untik menjadi imam.."

ana tambah lauknya lagi..

"aah kita nie kalo bab peluang perkara dunia contoh jadi fc ESZ,tak pandai cakap bi,terkontang kanting...pun nak gak cuba,"tak pe kita cari la pengalaman,bila lagi peluang tue nak datang,nak dapat nie pun susah.."....

"dunia nie penuh tipu daya dan godaan..hanya orang-orang yang berfikir sahaja dapat mengambil pelajaran...pernahkan dengar tanda-tanda akhir zaman....keadaan serupa juga akan berlaku ...ukhti,kekuatan perlu di bina bukan ditunggu.."

"fuh!!! lega dapat dengar nasihat ini.."
"jazakillah ukhti..."



ana meminta diri,sebab perut sudah berkeroncong dengan bunyi seksofon

Sunday, April 18, 2010

::kanToI::

Alhamdulillah syukur kehadrat ILLAHI kerana masih layak untuk aku meminjam kurnianya untuk aku meneruskan perjalanan hidup di dunia ini. semoga aku dikalangan hambanya yang menggunakan pinjaman untuk beroleh redanya..amin.
Pagi tadi..setelah melaksanakan rutin harian di waktu pagi..ana terus study kat surau A , tak nak balik bilik sebab nanti mesti ana akan online memanjang,padahal TITAS, sebuku lagi nak kena baca..huh! semangat..!!

tiba-tiba terlintas dihati,pesanan cikgu di KMPP,
"kalo nak minta jadi fc tulis nama kat facebook HEP KMPP"

Ya Allah aku terlupa la..so jam 7.15 minit naik atas dengan azam pukul 8.00 turun balik sambung baca TITAS. jadi ana naik la kat atas dan mula online,untuk melaksanakan niat itu..sedang ana menghantar mesej ke HEP KMPP,..
ada sahabat tegur di YM..

"zu,ada citer best punya..aku nak g bilik ko nie..jap tengah bersiap"
"ha? owh,okep mai la...siap lawa2 sket.. hahha"
..tuok..tuok..(pintu bilik ku di ketuk dan sahabat ana[ana namakan ida]pun masuk)

"ha? apa citanya? cam gempak j"
"zu,ko ingat x kawan aku yang pharm D tue.."
"owh ingat2...yang ko kenal kat frienster 2..die kawan kepada kawan ko kan???"



"haaah..betoi3!! ko taw x semalam die bukak freinster aku,die tengok gambar-gambar aku..sedihnye la. Pastu, leh pulak die kate gambar aku comey2...banyak la jugak gambar2 aku tue kat frienster"

"hah????"aku dengan nada pelik..

"zu,tambah lagi..kawan die pun tengok gak..die kate kawan die nak kawan ngan aku,cos aku comey.."
"Ya Allah,wei..peliknya"

"die ciap tanya lagi aku nie available lagi k?..aku cakap r aku nie bercinta dengan buku j,and not interested in relatioship..pastu die bagi no tel,ym...supaya nanti leh la study sesama..."



"zu...teringat aku ada seorang pak cik nie cakap aku nie mesti kawen awal..
mak aku pun baru-baru nie,aku skype ngan kakak aku,kate aku nampak comey la..."

"Ya Allah...mesti hati ko bebunga-bungakan??? ida memang jodoh ko x lama je lagi tue..hkahaha" gurau aku..
"mana ada bunga-bunga!!!!x nak aku,aku x pk pun pasal kawen..huh. Alhamdulillah aku da delete da sume gambar aku"

"huh!????? xsempat aku nak tengok kecomelan ko..asal aku xperasan pun yang ko nie comey..hakahaa"

"zuuuuu!!!"



akhirnya pukul 9.30 pagi aku turun semula..demi sahabat..

itulah sedikit yang ana nak kongsikan..
bahana meletakkan gambar terutama dan utamanya buat muslimah..
hati sang teruna sangat mudah terpaut..
padahal ikhtilat perlu di jaga..
ya mungkin sesetengah akan mengatakan,
aku letak gambar supaya kawan-kawan boleh kenal aku,boleh tahu perkembangan aku
tapi ukhti,hati ini terlalu abstrak untuk kita nilai..


Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Saturday, April 17, 2010

::kosong::



nadiah ramlan: zu cmne
amanina_1303: camne p
amanina_1303: kami insyaAllah
amanina_1303: ok kot..
nadiah ramlan: single n available??
amanina_1303: tapi apa maksud tersiratnye?
amanina_1303: im still as before
amanina_1303: cume kkfhmn agama tue insyaAllah nertambah sket..
amanina_1303: ada join usrah..
amanina_1303: hehe
amanina_1303: tapi nad mesti okep?
amanina_1303: single and available????
amanina_1303: hehhe\
nadiah ramlan: ap maksud hehhe..
nadiah ramlan: dah ad ye
amanina_1303: nad??
amanina_1303: x de la..
amanina_1303: x eprnah ada
amanina_1303: pernah ada
amanina_1303: nadiah mesti ada...
amanina_1303: tanya2 org nie..
amanina_1303: aik???
amanina_1303: lambat j reply?
nadiah ramlan: x de la
amanina_1303: hmmmmm
nadiah ramlan: single!!
nadiah ramlan: cume akak rumah kte ni bru bertunang
nadiah ramlan: bulan 6 nk kwen
nadiah ramlan: rse cm best je
amanina_1303:
amanina_1303: hihi..
amanina_1303: mmg best
amanina_1303: kami pun kalo leh nak kwen j,x yah pk da satu msalh
amanina_1303: dulu skola kita wat p y untuk sambutan hari guru?
nadiah ramlan: eh ye ke
nadiah ramlan is typing...
nadiah ramlan: dah kwen lg kne pk mcm2
amanina_1303:
amanina_1303: heeeeee
amanina_1303: x pe ada peneman nak pk same2..


satu perbualan yang mungkin mengarut buat masa ini...tapi sebenarnye sudah relevan bagi kita untuk mula berfikir...
waktu kat sekolah dulu.kalo tak silap ana form 2,cikgu Rozita dah ajar doanye
ana tulis bahasa melayu je la..

Ya Allah,kurniakanlah kami zauj yang soleh dan menjadi teman kami di dunia dan di syurga nanti"

selamat beramal..moga dapat memberi input tambahan..ana tak ada ilmu yang berkaitan sangat..

Friday, April 16, 2010

PEngalaMAN



Alhamdulillah,masih lagi di beri nikmat oksigen untuk bernafas bagi meneruskan perjuangan hidup yang terus menerus mencabar keimanan dari hari ke hari.. setelah selesi menunaikan solat suboh berjemaah beserta sujud sejadah di ikuti bacaan ma'thurat dan baca hm sedikit..dan moga hari esok lebih baik dari hari ini..
ana ingin berkongsi satu cerita..

bermulanya,terlihat satu nama yang aku pernah taip dan send kepada setiausaha jelajah minda..huh,die nie..nama peserta yang minit terakhir join program tersebut.. jadi untuk menghilangkan mengantuk yang sudah mula menguasai mata,jiwa dan badan sehingga ingin baring padahal surfactant tak faham-faham lagi...godaan!

aku pun tanya :

"macam mana program hari tue? seronok k? apa yang ira dapat?"
"best..best sangat!! memang sangat best..terasa macam nak bawa parents pulak datang "

"hah??" aku dengan muka terkejut,tak sangka itu jawapan yang di beri...
"apa yang best?"

"banyak yang best,mula-mula pergi tempat pemuliharaan artifak,tue macam biasa-biasa je..pastu tengok seni bina Islam..tengok la binaan masjidil aqsa,masjidil haram..memang kagum la..ada penerangan kat situ,berkaitan dengan kekeliruan yang di reka-reka.."




"hah?..betul k? asal waktu kami p pre visit tue tak tengok pun...x de pun..sedihnya..

dalam hatiku merintih..

[Ya Allah,rasa macam nak nangis pun ada,aku teringin nak tengok semua tue,masjidil aqsa yang mungkin di robohkan oleh israel laknatullah namun KUASA ALLAH menentukan segalanya..sebelum ini hanya gambar sahaja mampu aku tatap,menunggu pergi sana,duit tak pernah cukup tambah lagi peperangan yang tak pernah berhenti.. Ya Allah,permudahkanlah urusan saudara-saudaraku disana...]



ira menyambung lagi pengalamannya

"kat situ pun tunjuk kat mana tempat nabi di maqamkan sebenarnya,dekat dengan masjidil haram bersebelahan Abu Bakar serta Umar. Juga ada penerangan berkaitan hal tersebut"


aku merintih lagi..
[Ya Allah,Rasullulah yang aku rindu..]

"lepas tue kami pergi tempat lain pulak,kat situ ada original punya kain kiswa(kalo tak salah) kain yang menutupi kaabah,bertatahkan benang emas dan tulisan jawi yang bermakna..setiap tulisan tersebut di beri penerangan.."



"subhanAllah,Ya Allah,aku hampir menangis,geram tak punya kesempatan untuk ikut dan aku ingat program ini membosankan,ye la,melawat muzuim kan??"

kesemua binaan itu adalah target aku untuk pergi menziarah setelah punya ijazah nanti..namun aku terfikir lagi ..

"alangkah menyesalnya aku jika umurku tak panjang dan tidak punya kesempatan untuk itu... Ya Allah,kurniakanlah aku kesempatan untuk itu supaya aku semakin yakin dan imanku semakin kental menghadapi godaan dunia serta dapat aku mengambil pengajaran..ameen"

Wednesday, April 14, 2010

geRam KAH??

GERAMNYA..KECEWA..SEDIH..KESAL....

Ya Allah..
inikah perasaannya?
apabila kami dah berusaha dan meletakkan semua keputusan atas diri kami sendiri sahaja?

inikah perasaanya?
apabila kami tak memahami konsep tawakal kepadaMu

inikah perasaanya
apabila kami tidak meletakkan pengharapan yang tinggi kepadaMu

inikah perasaanya
apabila kami hanya pandai berkata-kata,tapi tidak mempraktikkanya?

Ya Allah,jika ini yang cara ENGKAU untuk menegur hambamu yang lemah ini,kuatkan hatiku ini dengan tarbiyah dariMu. sabarkan hati ku ini untuk menghadapinya cubaan dariMu...



kisahnya:

hari ini,14 april 2010..ana menghadapi satu satu ujian perasaan. hari ini kami menduduki peperiksaan akhir untuk sujek kimia organik farmaseutikal. ana membuat persediaan ini dari awal lagi sebab target ana untuk subjek ini amat tinggi bagi memperbetulkan balik pointer yang terlalu rendah itu. walaupun ana sudah berusaha semampu mungkin dan telah mengorbankan apa yang patut,ana teruji pada hari ini. soalan yang keluar memang membuatkan ana sesak nafas,pening kepala dan jika di layan ana mungkin give up!! susah yang memang ana tak tahu nak cakap apa..namun ana tetap bersabar terus menjawab 6 soalan tersebut selama 3 jam...

keluar dewan,benda pertama yang ana nampak ialah sin nnie(seorang pelajar cina) menangis..ditenangkan oleh rakannya. ana tahu soalan itu memang susah..namun berat dalam hati tetap rasa sedih,kecewa...ana tanya kepada kawan lain..

safiah:zu...x taw la..orang harap lulus j,lulus j..

asma: x taw la..aku memang cuba banyak cara untuk jawab tapi aku memang nak give up..setengah jam aku cuba tenangkan diri..


rasa nak menjerit,menangis,mengadu pun ada....namun ana tabahkan hati..mungkin Allah nak ana letakkan pergantungan yang tinggi kepadaNya..mungkin jika ana dapat jawab dengan baik,ana akan kurang bertawakal tapi overconfident...

jangan kalah dengan ujian sebab kita ada
ALLAH....!!

teruskan bersemangat menghadapi 5 subjek lagi...........


Tuesday, April 13, 2010

PeRsauDaRaaN

salam imtihan kepada sahabat sekalian....
hari ini segalanya bermula..peperangan sedang dalam perjuangan. hari ini,hari pertama bagi kami pelajar fakulti farmasi tahun satu. memang hari yang mendebarkan bagi ana. pertama kali berhadapan dengan peperiksaan dalam makmal. dan kami semua perlu mengahasikan dua produk ubat yang berkualiti dan terjamin. dengan menggunakan bahan-bahan dan bekas yang sesuai. masalah besar bagi ana ialah mencetak label...memang bermasalah..prosesnya ibarat memasak di dalam dapur...



betapa berdebarnya di dalam hati ana menanti sat masuk ke makmal tersebut.rasa nak pengsankan diri pun ada..tapi...alhamdulillah,dala mengahdapi perasaan yang berdebar ini ada mesej diterima

MESEJ 1:
"kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah,Allah mencintai orang yang bertawakal" [2:159]- bersemangat y..

MESEJ 2:
gud luck exam..




ana memang rasa sangat gembira bertambah terharu mendapat mesej ini. terutama dari orang yang ana sendiri tak sangka..disini ana terfikir inilah nikmat berukhuwah..tatkala kita sendiri tak mampu menenangkan hati serta fikiran disini lah nikamat ukhuwah itu akan bertindak dan memberi kita ketenangan yang diharapkan. ukhuwah akan bertambah nikmat jika kita sendiri hargai..

kadang-kadang

kita ingin dihormati tapi kita sendiri tidak menghormati..
kita ingin di jaga perasaan tapi mulut kita selalu melulu
kita ingin di sayangai tapi tidak menyayangi yang lain
kita ingin nikmat itu tapi kita tak melahirkan nikamt itu..

hargai lah nikmat bersaudara...

Saturday, April 10, 2010

mazhab??

ADAKAH WAJIB BERPEGANG DENGAN MAZHAB DAN BOLEHKAH KITA BERPINDAH-PINDAH MAZHAB?
Dimasukkan oleh Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari
Label: Faham Tentang Mazhab
Terima kasih kepada saudara yang bertanya tentang perkara ini. Ini juga di antara perkara yang sering dibincangkan oleh masyarakat sekarang. Pada zaman wujudnya ulama terdahulu, perkara sebegini tidaklah menjadi masalah. Malah para sahabat baginda sallallahu alaihi wasallam yang tidak sampai ilmunya ke tahap ijtihad maka mereka juga mengikut para sahabat yang lain yang sampai ke tahap tersebut tanpa berlaku perbalahan. Tetapi yang menjadi keajaiban bagi kita pada zaman yang penuh dengan kekurangan ilmu pengetahuan walaupun hebat dan canggih dalam teknologi, boleh timbul permasalahan sebegini. Mengapa boleh berlaku sebegini? Jawapannya mudah, kerana sudah tidak yakin dengan para ulama terdahulu dan merasakan diri sudah layak sebaris dengan para ulama mujtahid.Malah dipandang rendah kepada golongan yang bertaqlid kepada sesuatu mazhab.

Sebelum melangkah lebih jauh, sebaiknya kita terangkan apakah yang dimaksudkan dengan taqlid. Taqlid menurut ahli bahasa ialah ikatan yang diikat pada tengkuk. Manakala menurut istilah para ulama Usul Fiqh , terdapat dua maksud padanya:

Pertama: Taqlid ialah beramal dengan pendapat seseorang dengan keadaan pendapat tersebut tidak dibinakan di atas hujah-hujah yang diletakkan oleh syarak. Ini tidaklah dibenarkan oleh syarak untuk mengikutinya.

Kedua: Taqlid ialah beramal dengan pendapat ulama mujtahid tanpa kita mengetahui sumber pengambilan dalilnya secara lengkap dan terperinci. Ini sangat-sangat dituntut oleh syarak malah diwajibkan kepada sesiapa yang tidak mampu untuk mencari semua dalil.

Menurut Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah di dalam kitabnya البيان : Apa yang kita maksudkan dengan ((tanpa mengetahui sumber pengambilan secara lengkap dan terperinci)) ialah mengetahui cara-cara untuk mengeluarkan (mengistinbatkan) secara jelas hukum-hakam tersebut seperti yang dilakukan oleh mujtahid.

Siapakah mujtahid?Apakah syarat-syarat untuk meletakkan seseorang tersebut sebagai mujtahid. Di antara syarat-syarat mujtahid ialah:

1. Mengetahui secara terperinci hukum-hakam fiqhiyyah sama ada hukum-hakam yang telah diterangkan di dalam kitab-kitab fiqh, mengetahui dalil-dalilnya seperti yang diterangkan di dalam kitab usul fiqh, mengetahui juga tentang khilaf(perbezaan pendapat) yang berlaku di dalam masalah furu’(cabang ilmu) di antara para sahabat atau tabi’en dan mengetahui juga berkenaan dengan pendapat yang dipegang di dalam mazhab.

2. Seorang mujtahid perlu menguasai dan memiliki perkara-perkara yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum. Al-Imam Ibn Qawan al-Syafie rahimahullah (889H) menyebutkan di dalam kitabnya التحقيقات في شرح الورقات : Antara perkara yang perlu dikuasai oleh seorang mujtahid ialah ilmu nahu(tatabahasa arab),ilmu bahasa arab(makna bagi sesuatu bahasa) , termasuk ilmu balaghah (bayan, badi’e dan ma’ani). Al-Imam al-Syatibi rahimahullah lebih berat di dalam meletakkan syarat-syarat sebegini.Menurutnya, seseorang mujtahid tersebut perlulah menguasai ilmu nahu seumpama Sibawaih (ulama yang pakar dalam ilmu nahu suatu ketika dahulu) dan mengetahui tentang khilaf ulama seumpama al-Imam Syafie radhiyallahu anhu. Jika kita ingin mengikut pendapat yang disebutkan oleh al-Imam Syatibi rahimahullah maka sudah tentu amat sukar untuk kita temui mujtahid pada masa sekarang.

3. Seorang mujtahid juga perlu menguasai ilmu Rijal(ilmu tentang perawi hadis). Maksudnya mengetahui martabat seorang perawi tersebut sama ada boleh digunakan untuk berhujah atau tidak. Menurut Imam Ibn Qawan rahimahullah, jika seseorang tersebut hanya berpandukan tentang sahih atau tidak sesebuah hadis tersebut berdasarkan apa yang ditetapkan oleh al-Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain ulama hadis maka ia juga dikira bertaqlid kepada para imam tersebut. Sedangkan para mujtahid dilarang mengikut pendapat orang lain di dalam masalah ini. Jadi perlulah mereka juga untuk menguasai ilmu ini dengan mengkaji sendiri masalah tersebut.

4. Mestilah seorang mujtahid tersebut menguasai ilmu berkenaan tafsir al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Seperti mengetahui tentang Nasikh dan Mansukh, Mantuq dan Mafhum, Khas dan Am , Mubayyan dan Mujmal, Muqayyad dan Mutlaq. Mereka juga perlu menguasai ilmu asbab nuzul (sebab penurunan ayat) dan asbab wurud (sebab dilafazkan hadis).
Jika kita perhatikan syarat-syarat mujtahid yang diletakkan oleh para ulama, maka tentu kita boleh berfikir dengan waras dan menilai kemampuan diri kita sendiri. Menurut Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah, jika seseorang tersebut mampu untuk mencari dan mengeluarkan dalil dengan sendiri (berdasarkan syarat yang telah diletakkan) maka tidak perlulah baginya untuk mengikut mana-mana mazhab. Malah haram baginya mengikut mazhab yang lain.

Persoalannya, adakah kita telah sampai tahap tersebut? Jika telah sampai seperti yang diperolehi oleh al-Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal , Abu Thaur, Sufyan al-Thauri, Sufyan bin Uyaynah, Daud al-Zhohiri, al-Auza’ie dan lain-lain maka silakan untuk berijtihad. Saya bukan mencabar, cuma mohon untuk menilai kemampuan diri kita. Ini kerana terlalu banyak orang yang mengaku tidak perlu untuk mengikut mazhab hanya kerana mendengar perkataan sebahagian guru-guru mereka yang belajar tanpa manhaj supaya tidak perlu mengikut mazhab dan boleh untuk berijtihad dengan hanya mempelajari kitab Subulussalam.Pelik kan? Tapi inilah hakikatnya sekarang bilamana seorang tersebut merasakan dirinya sudah sampai ke peringkat yang tertinggi.

Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah ada menyebutkan beberapa tohmahan yang diberikan oleh golongan yang tidak mahu bermazhab.Antaranya ialah:

BOSAN ???

"aku bosan da dengan dunia ini..bosan dan terlalu bosan. penuh penipuan semata-mata." manusia hidup untuk dirinya sendiri. sibuk memenuhi kepuasan nafsu sendiri semata-mata. TIDAK PERNAHKAH MEREKA MEMIKIRKAN BETUL-BETUL AKAN MASA HADAPAN MEREKA??? maksud ana bukan tahun depan atau 10 tahun akan datang..tapi masa hadapan mereka,iaitu nasib mereka di dalam kubur,penantian di padang mahsyar serta azab nereka atau nikmat syurga. fikirlah jauh lagi kehadapan.... bukannya kita tidak ada sumber atau penunjuk arah kearah kemenangan yang hakiki itu, tapi kebanyakkan kita mengabaikannya...
teringat akan ana sebuuah buku yang di bentangkan isinya oleh seorang akhwat.."orang muslim tidak punya masalah"... hidupnya tenang ibarat ketenangan warna hijau..

bagaimana seorang muslim tidak punya masalah? tertanya-tanya bukan... seorang muslim tidak akan punya masalah jika dia betul-betul berpegang kepada AL-quran dan sunnah. Al-quran memberi panduan bukan hanya berkaitan tentang dunia akhirat tetapi berkaitan juga tentang adab dengan tetamu,adab dengan kedua ibu bapa juga berkaitan dengan putaran bumi dan pelbagai ilmu sains. dan setakat ini tidak ada ilmu sains yang bercanggah dengan apa yang da dalam Al-quran...

Sebagai perkongsian.baru hari ini ana ditegur oleh seorang akhwat..
"ukht,teringat ana akan pesanan luqman kepada anaknya dalam surah luqman bila ana lihat cara anti berjalan"katanya sebagai permulaan teguran kepada ana.
ana agak terkesima,tapi ana tahu cara ana berjalan,memang cepat dan menggelabah k?? hmmm...
lantas,akhwat ini menbuka tafsirnya dan menunjukkan kepada ana..[31:19]...berjalanlah secara sederhana... iaitu tidak terlalu laju dan terlalu lambat..maksudnya sederhana sahaja kerna kita perlu peduli orang di sekeliling kita. jazakillah khairan kathira ukhti..insyaAllah ana akan memperbaiki..



disitu,ana berikan satu contoh sebenarnya Al-quran ini menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan. jangan sempitkan fikiran kita denagn terikut-ikut kefahaman sekularisme yang di bawa barat. jangan pisahkan agama dengan urusan dunia. sahabat ana pernah cakap,dunia atau Malaysia>tanah airku tercinta ini tidak akan pernah aman selagi pemimpin kita tidak ditarbiyah ("_"). maksudnya Malaysi perlu berperinsipkan undang-undang Islam. dari luar kita nampak aman dan damai sahaja,tapi kalo difikir-fikir,kalo tiba-tiba Amerika laknatullah nak serang kita,sekelip mata sahaja musnah segala-galanya.Malaysia nie pun bukannya besar mana pun..



jadi fikir-fikirlah balik apa yang patut kita lakukan,sebab ALLAH melaknat satu negara bukan individu,jadi kita umat yang sedar ini perlu bangkit dan bangaun serta bergerak!!!! jangan hanya berdiam diri,sebab kita umat terbaik untuk melakukan tang makruf dan mencegah yang mungkar.... sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang beriman.. tegakkan ISLAM dalam diri kamu dan perbaikilah umat ini..semoga kamu bersama-sama ornag yang memperolehi keuntungan.

bila terfikirkan hal-hal sebegini,ana rindukan Rasulullah..pada zaman baginda hidup umat amat terjaga,walaupun miskin mereka bahagia. ketika itu umat hanya memikirkan masalh pernag semata-mata. tiada masalh sosial,masalah akhlak masalah ekonomi..sebab prinsip Islam utuh dalam diri umat ketika itu...

WALLAHUALAM

Wednesday, April 7, 2010

exam...

Alhamdulillah..syukur ku panjatkan kehadrat ILLAhi dengan kasih dan sayangnya mampu lagi dan layak lagi aku menerima nikmat iman dan islam.. tanpa dua nikmat terbesar itu,nescaya aku termasuk orang-orang yang rugi di dunia mahupun akhirat nanti..alangkah binasanya hidupku,tanpa apa-apa makna...

sekarang ini ana yakin semua orang sedang berhempas pulas habis-habisan untuk final exam yang akan di hadapi beberapa hari sahaja lagi ini.. berhempas pulas supaya sejarah tidak beulang lagi.. teringat ana pada kata-kata kawan ana
"kat matrik dulu pointer 3.9 tapi kat sini nak lepas 2.5 pun tak dapat"
walau apa pun, ayat nie sebenarnya terkena juga pada ana..tapi sahabat ku sekalian hidup di matrik exactly is not as same as matrik. kita kena mengubah cara kita..kita perlu lebih bijak mengatur dan meletakkan prientasi hidup yang tepat.. nanti tanpa kita sedar kita sendiri tercicir di persimpangan..

sahabat sekalian serta diriku ini..memang matlamat kita untuk final nie adalah sama tidak kira lah walaupun course kita berbeza,kita di tahun pengajian yang berbeza bahkan jantina yang jiga berbeza..ana yakin matlamat kita ada lah lulus dan cemerlang dan mengharapkan yang terbaik menyusuli kita..



sedarkah kita keberkatan ilmu yang kita pelajari itu yang utama..yang menentukan kemudahan urusan kita..tanpa keredhaan dari ALLAH..adalah sia-sia sahaja usaha mu..
jadi ketika antunna sibuk menelaah pelajaran..perbaharuilah niat antunna,jagalah hubungan antunna dengan Allah..janganlah antunna jadi hamba kepada exam..!! tapi jadilah hamba ALLAH seumur hidupmu...


"sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepada umatku ialah menyekutukan ALLAH.aku tidak menyatakan yang mereka menyembah berhala,matahari dan bulan tetapi mereka membuat-buat amalan bukan untuk ALLAH tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi" [ibnu majah]

ada jua kemungkinan kita yang sibuk berusaha bermati-matian ini,tidak sempat pun duduk menghadapi peperiksaan tersebut,tapi ALLAH tarik dahulu nyawa kita... ingatlah kematian tiada perkataan AWAS..tiada sejarah yang merekaodkan kematian hanya berlaku sekiranya seseorang itu sakit..dan bukan tiba-tiba... renungkan lah dan fikirkanlah..

semakin bertambah ilmu kita sepatutnya bertambah iman,amal dan manfaatnya..jika tidak itu hanyalah pengetahuan am..maka samalah taraf kita dengan golongan yang kufur..





BETULKAN ORIENTASI HIDUPMU

Thursday, April 1, 2010


JOM!! kawan - kawan kita cari cinta Allah...apabila kita mencintai Allah,maka cinta manusia akan datang kemudian yang kan membnatu kita menyamarakkan cinta kita kepadaNYA. cintailah ALLAH, jangan ada yang menyintai sesuatu bahkan makhluknya melebihi Allah....sesungguhnya hidupmu akan bersinar hanya sementara...

Dia selalu melihat kita tanpa kita sendiri mengetahuinya..
Dia selalu menanti kita bertemu denganNYA, sedangkan diri kita selalu alpa tentangNYA


AYUH!!
kita ubah paradigma cinta kita
berikan kepada yang layak
yang tidak akan membuat kita kecewa selamanya..

TERUSKAN PERJUANGAN!!

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..