Telefon bimibit bersama kad pengenalanku hilang ketika aku
dalam perjalanan pulang daripada jaulah ke Sarawak.
Seminggu kemudian, telefon bimbit baruku tercicir lagi
ketika aku dalam perjalanan pulang daripada liqo murabbi di cheras.
Hilangnya dua harta ini ketika aku dalam perjalanan pulang
dari tugasan-tugasan dakwah.
Hendak atau tidak, aku tak boleh lari daripada terdetik,
“Seandainya aku tak ditarbiyah,
tentu aku tak diuji sebegini”
And that happened when my mind was so irrational.
Alhamdulillah aku tak mengambil keputusan yang terburu-buru. Dua kali telefon
hilang dalam jangka masa yang sangat dekat dan aku yang selalunya phegnatic jadi
melancholic sangat-sangat. Menangis meraung haya Allah saja yang tahu betapa
frustratednye aku. Yelah, dalam perjalanan pulang dari kerja dakwah kot !
Dahlah tengah miskin, hilangnya telefon makin menjadi-jadi kemiskinan kau.
ALLAH ADALAH MENGIKUT PERSANGKAAN KAMU
Dalam keadaan aku meraung-raung tu surah 47:7 aku ulang-ulang
dalam diriku. But yet, aku bukan memperteguhkan keyakinan diriku tetapi
menggoyahkan pula.
“Mana bantuan Allah?” aku ulang-ulang dalam diriku. Bukan
mempersoalkan tetapi ketika itu aku benar-benar mencari dan menunggu
pertolongan Allah yang ‘tak kunjung tiba’ itu.
Rupanya aku lupa yang Allah itu mengikut persangkaan
hambanya.
Kalau kau asyik bersangka buruk dengan Allah je, Allah
hujankan emas depan mata kau un kau takkan nampak yang itu adalah pertolongan
Allah.
Tapi kalau kau bersangka baik dengan Allah, even Allah
turunkan bala macam manapun kau tetap nampak itu sebagai salah satu bentuk
pertolongan Allah. Trust me.
Kasih sayang Allah terhadap hambanya melebihi kasih seorang
ibu terhadap anaknya. Mana mungkin Allah sengaja membiarkan hambanya
keseorangan terkontang kanting mencari Sang Penciptanya.
Aku berulang alik ke KLIA tu, macam-macam yang Allah
tunjukkan pada aku. Tapi ketika itu aku buta, dikaburi dengan kesedihan yang
melampau, lantas apa yang aku nampak ketika itu yang kesusahan yang
bertimpa-timpa.
“Dan Sesungguhnya setiap kesusahan itu ada kemudahan “
-Al-Insyirah
:5-
Mulanya aku sangka selepas kesusahan itu ada kemudahan. Tapi
cub aka baca balik. Maal ‘usri Yusra (Bersama kesusahan ada kemudahan)
Maksudnya apa, dalam setiap kesusahan yang kita hadapi itu,
ada jalan-jalan yang Allah dah permudahkan dah pun sebenarnya. Its depend on
us. How much we put our trust in Allah. How many percentage of your trust to
Allah
Dakwah tidak mengajar kita untuk tahu sifat-sifat Allah tetapi dakwah mengajarkan kita untuk kita semakin kenal Allah, Tuhan kita
So, cheer on and have faith in Allah.
No comments:
Post a Comment