Wednesday, July 6, 2016

Al-Quran dan Kita

Bismillahirrahmanirrahim…
“Siapa lagi tak dapat al-quran?!!”
Cepat buat kiraan cukup tak 7 orang!!
Semua mesti pegang al quran ni!!
“1..2..3..4..5..6..7..”
Dah cukup!!
7 orang pemuda memegang al quran bersama-sama sebagai tanda mereka betul-betul menyayangi al-Quran itu. Semangat yang ditunjukkan mereka mengalirkan semangat pada akhwat-akhwat di sekeliling mereka.

Andainya semangat ini ada dalam diri setiap pemuda, pasti kita tidak akan membiarkan sesiapapun terlepas dari memahami dan menghayati al-Quran. Kerana al-Quran merupakan surat cinta Allah untuk hambanya, kata-kata motivasi lamgsung dari Allah dan paling utama sekali sebagai panduan untuk setiap perbuatan yang kita mahu lakukan.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Pernahkah kau dengar tentang sirah Rasulullah dan para sahabat?
Kisah Rasulullah yang berdakwah di Thaif sehingga berkocak darah dalam kasut baginda?
Kisah para sahabat yang berperang dalam bulan Ramadhan walau hanya 313 orang yang brjuang?
Kisah Khulafa’ ar-Rasyidin yang menyambung pemerintahan setelah wafatnya Rasulullah?
Terkadang kita hanya membaca dari buku teks sahaja tentang sirah-sirah, hanya untuk pengetahuan. Jarang sekali kita menghayati dan memahami perjuangan mereka. Mengapa mesti Rasulullah menyebarkan Islam walaupun ramai yang menolak, mengapa mesti para sahabat turut berjuang di samping Rasulullah sedangkan mereka sedang berpuasa? Mengapa mereka meneruskan dakwah meskipun Rasulullah telah wafat?
Mendengar sirah mereka, kita tahu bahawa Rasulullah dan para sahabat sangat bersemangat dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam menyebarkan Islam. Andainya mereka tidak berbuat demikian, maka Islam tidak akan wujud pada hari ini. Mungkin sahaja generasi padahari ini akan terasa sangat asing mendengar perkataan Islam.
Umpama air di sungai yang sentiasa mengalir, asbab air itu sentiasa mengalirlah, sungai sentiasa bersih dan masih kekal walaupun telah lama.Cuba kita lihat pula pada air di tasik yang tidak bergerak, lama-lama tasik itu akan menjadi kotor dan mungkin saja tertimbus sehingga pada suatu hari tiada siapa tahu pernah terwujud tasik di situ. Begitu jugalah Islam, al-Quran perlu dipelajari dan diajarkan kepada orang lain agar apa yang Allah turunkan sebagai panduan tersebar luar. Jika tiada siapa yang terus menyampaikan pada orang lain, akhirnya al-Quran akan hilang seperti air tasik tadi.
“……………jadilah generasi Rabbani kerana engkau mengajarkan dan sentiasa mempelajari kitab” [3:79]
Perjuangan Rasulullah dan para sahabat sangat besar. Mereka mengorbankan segala-galanya demi Islam. LIhat sahaja pengorbanan Abu Bakar as-Siddiq yang mengorbankan seluruh hartanya sehinggakan apabila ditanyakan apa yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya, Abu Bakar as-Siddiq menjawab “hanya Allah dan Rasul”. Hasil perjuangan mereka, kini kita dapat merasai Islam.

Bagaimana pula dengan generasi masa hadapan?
Siapa yang bertanggungjawab untuk memastikan mereka mendapat nikmat Islam?
Sudah tentulah KITA yang bertanggungjawab. Untuk itu, kita mesti berjuang seperti Rasulullah dan para sahabat, pengorbanan kita juga mesti sehebat mereka. Kita mesti kembali menghidupkan al-Quran dalam diri setiap orang di atas muka bumi ini, agar Islam dapat menguasai dunia dan akhirnya mencapai ustadziatul alam.
Kita sangat bertuah dikurniakan pelbagai nikmat yang Allah berikan pada kita, sudah tiba masanya untuk kita pula berbuat untuk Islam, agar di akhirat kelak apabila ditanyakan apakah yang kita lakukan dengan nikmat pemberian-Nya, kita tidak akan malu sendiri memikirkan segala keburukan yang kita lakukan. Paling utama, agar kita mencapai redha Allah apabila kita benar-benar membantu agama Allah seperti yang disebutkan dalam surah 47 ayat 7, jika kita menolong agama Allah, nescaya Allah akan membantu agama kita.
Bangkitlah wahai sahabatku!!!
Mari dekatkan lebih ramai orang untuk memahami Islam yang sebenar!!





1 comment:

  1. Salam ziarah,
    Great post ! May Allah bless you :) selamat hari raya aidilfitri.....

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..