Saturday, May 8, 2010

Azam~~



dari Jenapoh ke Manchester...


tapi kali ini pengembaraan dari Kedah ke Johor..
seminggu terasa lama sangat untuk ditempoh,namun walaupun terasa lama..satu buku pun tak habis di baca lagi.
insyaAllah akan terus diusahakan supaya abes. memang susah sikit unttuk membina minat membaca nie kalo hari-hari yang lepas lebih sukakan aktiviti outdoor...namun apa yang penting terus berusaha. lagi-lagi buku berilmiah,kalo novel sekejap je aku rasa...orientasi hidup perlu berubah~
ya seminggu..


Seminggu terpaksa berehat sebentar di Selangor sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi,Johor. menunggu abang untuk konvoi bersama pada malam ini. Seminggu di selangor,pengalaman yang pelik tapi menarik. Ayahku menjadi rebutan dua orang anak-anaknya. Seorang di gmbak dan seorang lagi di Sungai Buloh. Berebut supaya ayahku tinggal dan tidur di rumah mereka. Alhamdulillah,ayahku pintar..dapat menyelesaikan masalah..namun terpaksalah memandu berulang alik dari Gombak ke Sungai Buloh. Aku pula dijadikan pengikut setianya..yalah kalau tidak ikut ayah siapa lagi aku nak ikut...


Seminggu di Selangor juga,aku rasakan produktiviti diriku juga otakku merundum jatuh akibat aktiviti seharian yang tidak sepatutnya berlaku. Aktivitinya hanya bangun,solat,baca buku.menonton tv sekiranya terbuka ,makan bila nosan..yang penting tido!! hampir suluruh hari -hari yang berlalu di isi dengan tido akibat terlalu bosan...astaghfirullahazim..huh


Azamku untuk cuti semester kali ini,tak nak pegang remote control astro..setakat ini terpegang sudah!!  Aku juga merancang dan berhajat untuk makan hanya sehari sekali,tapi semalam saja aku makan tiga kali,rabu lepas lima kali..huh??..dan berazam juga untuk melazimkan puasa Isnin dan Khamis..namun badan ini masih di manjakan..hmmm. dan yang paling mudah untukku yang aku rasakan ialah menjaga hubungan dengan anak-anak saudaraku..Alhamdulillah setakat ini dapat di laksanakan sedikit..mungkin dapat di tingkatkan lagi..aku harus bijak menangani psikologi mereka.




Untuk semua azamku yang tidak tercapai,aku takkan biarkan kamu semua begitu sahaja. Aku akan mulakan dari langkah satu. yalah,kehidupan di KTSN memanglah sangat berbeza jika dibandingkan ketika dirumah,disamping keluarga. Namun sampai bila alasan itu akan dipergunakan??? sedangkan langkah perlu dipercepatkan..


semester akan datang,aku akan keseorangan....

2 comments:

  1. haha..idah anak manja!!!

    klu kta ikhlas nk berbuat sesuatu, insyaAllah akan terpancar dari gerak kelakuan kita..

    x de bnde yg bisa rosakkan keikhlasan kita walaupun malaikat ataupun syaitan..

    ikhlasnya kita hya Allah je yg tahu..


    sem depan mgkin kamu keseorgan di kolej tpi d hati kamu x kn pernah keseorangan kn???

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Semoga usaha diteruskan.
    Jangan biarkan azam sekadar menjadi angan-angan.

    Tips supaya azam tercapai = kekuatan jiwa, banyakkan usaha dan doa.

    InsyaALLAH.. anti akan SUCCESS!!

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..