dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah,biasiswa JPA untuk sem nie tinggallah dua ratus sahaja lagi..cukup la untuk aku memulakan sem baru bulan tujuh nie. Ayah aku pun dah berpesan,
"kalo nanti tak cukup duit jangan mintak abah,abah ada banyak benda nak kena bayar,lagi2 bulan nie kita kan pergi johor.."
"baiklah" dengan taatnya..
Jadi,sekarang aku tak ikut ayah pergi Kluang,rumah tok Doyah,tapi duduk dengan kakak di Batu Pahat,dengan rancangan ingin mencari kerja bagi menambah dana untuk memulakan sem baru nanti. Belum tentu lagi JPA masuk cepat. Kalo masuk sebulan selepas tue,memang masak la aku. Setakat nie,aku da minta kerja kat farmasi dan kedai buku ,tapi dua-dua tak bagi kata putus lagi. Untuk sementara waktu nie aku terpaksa mengikut kakak aku pergi kerja,untuk mengelak dari keseorangan di rumah,terutama kalau kakak kau kerja malam..fuh! Disini pengalaman bermula........
Kakak aku berkerja di Hospital Batu Pahat,sebagai nurse di Dewan Bersalin. Aku hanya menetap kat suraunye sahaja..boleh je berjalan-jalan tapi malas.. Aku duduk dekat surau dan baca buku je. Habis semua staff nurse yang singgah sembahyang kat surau tegur aku..
"nie sapa? HO baru k?"
"x la,kakak saya kerja kat sini..namanya Hazlina"
"owh,adik lin..tapi muka tak sama pun..adik beradik betul k?"
"aah,satu mak satu ayah....................." senyum.
Tapi apa yang bestnya..aku dapat dengar tangisan bayi. Tangisan bayi yang aku dengar bukan seperti kebiasaannya..tapi tangisan bayi yang baru lahir ke dunia,yang baru lahir..
baru lahir..yang masih berdarah di badan..yang mata belum di buka...
Saat mendengar,aku terdiam dan berfikir......
Ramaikan umat MUHAMMAD....
Orang MELAYU memang ramai,tapi orang MELAYU tak semestinya ISLAM, dan jika orang itu ISLAM tak semestinya BERIMAN.........
Jika kita tengok balik,apa yang jadi kepada seorang anak Johor, dihantar belajar ke sekolah dan mengambil subjek sains agama di sekolah menengahnya.. tapi kini apa hasilnya..
dia sudah bertukar agama kepada KRISTIAN,namanya juga di tukar BENJAMIN STEPHEN, malah mampu memberi tazkirah atau ceramah agama di gereja di Sarawak,malah dalam ceramahnya,mengata sesuatu yang tak patut tentang ISLAM,malu mengaku bahawa dia dari kaum melayu dan memandang rendah terhadap kaumnya sendiri...
Tingkatkan ilmu di dada..penuhi hari dengan amalan...atasi segala kelemahan...tingkatnya rasa cinta kita kepada ILLAHI..
Jangan katakan nanti tapi mulakan sekarang..kerna suatu hari nanti kita juga akan menjadi pembentuk..moga model yang dihasilkan memberi manfaat kepada sekalian alam...
wallahualam
Moga dimurahkan rezeki..
ReplyDelete^_^ Banyakkan solat dhuha dan doa ya. InsyaALLAH, rezeki anti akan diberikan cukup oleh ALLAH.
~~Bergantung hanya pada ALLAH.
insyaAllah..syukran ukhti
ReplyDeletewah3x.....nak keja jugak..
ReplyDeletex dapat kja ag..da frust. tapi just the other way..! hkaha..ang da kja k?
ReplyDelete