Monday, May 10, 2010

:: Tinggalkan Egomu ::







Dalam menjalani kehidupan seharian,kengkadang kita lupa untuk melaksanakan apa yang telah di ajarkan Rasulullah kepada kita. kita terlupa untuk serapkan sunnah-sunnah yang telah di tinggalkan dalam aktiviti harian. kalau di ikutkan,untuk melaksanakannya bukannya memerlukan pengorbanan yang besar seperti jihad di medan perang,sehingga perlu mengangkat senjata bahkan mental dan fizikal juga perlu di persiapkan..tapi ramai yang mengambil enteng tentang perkara yang juga enteng..


Sunnah yang pertama yang ana ingin kongsikan..


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
{ يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ }


“Wahai anakku, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (HR Bukhari no. 5376 dan Muslim 2022)


Makan dan minum menggunakan tangan kanan!ana yakin plus yakin,ramai di kalangan kita yang faham plus hadam tentang sunnah ni.. tapi berapa ramai yang betul-betul sensitif terhadap pergerakan tangan kita.yang kita taw perut kita lapar dan tekak kita dahaga...aku nak makan,aku nak minum..itu yang sensitif sekali kat otak kita...kalo betul kita tahu, tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul mengamalkannya?? yang kita fikir perut aku lapar,tekak aku dahaga..aku nak makan,aku nak air.....kenapa tak fikir bagaimana aku nak makan bagaimana aku nak minum? adakah kita ni terlalu lemah untuk mengawal pergerakan tangan sendiri? banyak persoalan,tapi ana tujukan khas kepada yang menaip ini....


 Dari Anas bin Malik, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ridha terhadap seorang hamba yang menikmati makanan lalu memuji Allah sesudahnya atau meneguk minuman lalu memuji Allah sesudahnya.” (HR Muslim no. 2734)


yang kedua..


Makan dan minum dalam keadaan duduk disertai bismillah sebelum apa-apa masuk kedalam mulut dan setelah selesai semuanya masuk ke dalam mulut untuk di proses. Padahal,ramai sahaja yang tahu,bismillah itu tinggi darjatnya antaranya,dapat menghindari syaitan untuk join kita makan..kalo tak,sebab tu la makan sepinggan pun tak cukup di tambah pula dengan nafsu makan sendiri.


Imam Ahmad mengatakan, “Jika dalam satu makanan terkumpul 4 (empat) hal, maka makanan tersebut adalah makanan yang sempurna. Empat hal tersebut adalah menyebut nama Allah saat mulai makan, memuji Allah di akhir makan, banyaknya orang yang turut makan dan berasal dari sumber yang halal.






Dari Anas bin Malik, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ridha terhadap seorang hamba yang menikmati makanan lalu memuji Allah sesudahnya atau meneguk minuman lalu memuji Allah sesudahnya.” (HR Muslim no. 2734)


yang ketiga


Adalah penting untuk kita bersedia ketika mahu tidur... persediaan perlu di lakukan..gosok gigi,cuci muka,pakai krim ataw pakai bedak sejuk k,sapu losyen ke seluruh badan ataw apa-apa sahaja,bagi menjamin kesihatan sepanjang zaman.. ana konfem gak la,bab-bab nie ramai je yang pas dan selalu lakukan...tapi


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”


berapa ramai antara kita yang pastikan dirinya berwuhuk sebelum baring di atas tempat beradu yang empuk itu? berapa ramai yang pastikan kata-kata terakhirnya adalah doa? padahal,tidur itu,adalah mati yang sementara,namun tidak mustahil menjadi mati selamanya bukan?


 Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” – (Hadis riwayat Bukhari).


yang keempat


Sehari kalo tak pergi sekali memang tak sah..dari segi biologinya memang tak normal la...rumah syaitanTandas dianggap sebagai tempat yang jijik dan kotor. Tabiat syaitan adalah menyukai tempat yang kotor seperti tandas. 

Oleh itu sebagai Muslim, selain disuruh supaya membaca doa keluar dan masuk tandas, kita diwajibkan mementingkan aspek kebersihan. Ia termasuk perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). 


DARIPADA Anas bin Malik, beliau menghabarkan: “Apabila Nabi Muhammad SAW hendak memasuki tandas, Baginda membaca: “Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada bahaya kotoran dan daripada segala macam yang membahayakan.” (Hadis riwayat Bukhari) 





Islam selaku agama yang sempurna menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya.



Berikut adalah beberapa adab masuk dan keluar tandas.
 Mendahulukan kaki kiri. 
 Keluar dengan kaki kanan. 
 Membaca doa sebelum masuk.

Maksudnya: "Ya Tuhan kami, aku berlindung kepada Engkau daripada segala kekotoran."

 Duduk hendaklah diberatkan pada sebelah kiri 
 Tidak menghadap kiblat atau membelakangkannya (sekiranya membuang air di tanah lapang).
 Tidak buang air di air tenang, di atas batu, menentang angin, tempat orang ramai singgah berbual, tidak di tempat orang lalu lintas, tidak di bawah pokok yang berbuah dan sebagainya.
 Tidak bercakap ketika membuang air. 
 Tidak beristinja' dengan air di tempat buang air. 
 Disunatkan beristibrak (bersuara sedikit seperti berdehem) bagi yang membuang air kecil supaya air kencing dapat keluar semuanya. 
 Ketika keluar tandas disunatkan membaca:

Maksudnya: "Mohon keampunan dari Engkau, segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku segala penyakit dan memberi aku kesihatan.

Begitu juga dengan bersuci. Tabiat tidak bersuci (tidak membasuh anggota kelamin sesudah kencing) oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak. Hal ini seperti disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Abbas yang menceritakan : “Nabi berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau Makkah. Lalu kedengaran oleh Baginda suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah : “Kedua-duanya diseksa bukanlah kerana dosa besar.”

Kemudian Baginda melanjutkan perkataannya: “Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”

Selepas itu, Rasulullah menyuruh supaya mengambil pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua-dua kubur itu, masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya: “Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab Baginda : “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” 
Jelasnya, membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat terbuka seperti di tepi jalan tanpa bersuci dilarang oleh Islam. Hal ini kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan, selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit. 





mungkin empat sahaja yang mampu ana kongsikan disini..ana anak ajak semua supaya sematkan dan selitkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam aktiviti seharian.
Jangan hanya sekadar tahu,sekadar membaca juga sekadar menaip...


 ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa  buah.. 


jadilah duta-duta Islam walau di mana anda berada. tegakkan syiar Islam...






wallahualam...



No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..