Saturday, May 15, 2010

Yok makan!!!

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..




Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Maidah, ayat 87-88 yang bermaksud :





"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya"





  • ada tanda halal,selamat dari kod E..tapi barangan ISRAEL..



  • ada tanda halal,bukan barangan ISRAEL..tapi tersekat pada kod E.



  • bukan barangan ISRAEL,selamat dari kod E...tapi tak ada tanda halal..


carilah makanan yang..

ada tanda halal.selamat dari kod E dan bukan barangan ISRAEL..


alkisah::
di kafe:

"teringin la nak minum MILO..." ngadu seorang sahabat.
"aah..aku teringin gak..hari-hari minum teh ais je..bosan gak aku" sambil merenung jug air milo di para tempat beli air.
"weh,ko! boikot3x!!!!" dengan semangatnya..oleh seorang lagi sahabat
"aah..yela okey2... biarlah,aku kempunan sekarang dari minum air nanah kat neraka nanti.." ngomongnya sendiri..
"setuju....ada benarnya.."

********************************************************************************

"hari tue ana pergi umah abang,ana guna shampo ape erk? x ingat r rasanye feather..yang pasti shampo tue barang boikot r..pastue kan,lepas je guna shampo tue,ana rasa rambut ana ringan je..lembut.."

''huh??"

"ana ingat nak beli nanti kat hostel...tapi bila difikirkan balik,....tue barang biokot..takkan ana nak derma duit kan ISRAEL?.."

"hah! taw pun..."

"biarlah rambut aku keras macam roti masuk angin,berketak macam keris..aku nak jadikan bukti depan Allah nanti,yang aku ada usaha untuk menolong saudaraku di PALESTIN"





pernah juga di bincangkan bersama-sama kawan..

"elakkan makan di kedai,kalau boleh masak je sendiri kat rumah. Sebab sekarang nie,kita tak tahu apa bahan yang di gunakan oleh tukang masak kedai tue. Air tangan juga memain peranan juga. Kita juga tak leh nak pastikan tukang masak menggunakan tangan yang bersih sebelum memasak"

makanan itu akan menjadi darah daging kita,masuk dalam aliran darah dan akan mempengaruhi hati seterusnya membentuk iman kerna di hati terdapatnya iman.

 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati" ( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
.





sebagai rujukan..




E-Kod nombor yang diberikan kepada bahan-bahan additif dalam makanan. Sebahagian ‘Kod E’ ini diharamkan di sesetengah negara. Di United Kingdom kod emulsifiers yang tidak disertai dengan huruf E juga diterima tetapi tidak dibenarkan di sesetengah negara lain




kod yang dipercayai mengandungi lemak babi..

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920




‘Kod E’ ini dikategorikan sebagai berikut:-

                                                             Kod E Additif Makanan


100-180 Pewarna

200-252 Preservatif


260-297 Pengasid (Acidities)


300-385 Anti oksidan


400-429 Penebal (Thickeners)


430-499 Emulsifiers


620-640 Penggalak Rasa


950-967 Pemanis

1 comment:

  1. salam ukhti. ana ingin tunjukkan link tentang kod E.. hrap tiada lagi keraguan lepas ni.

    laman ini dari akhwat sendiri.mohon rujuk

    http://snhidayah.blogspot.com/2010/04/emulsifier-halal-atau-haram.html

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..