Saturday, November 15, 2014

Medication error


Bismillah,

Pergi kerja kena marah itu biasa.
Tapi pergi kerja dua hari. Dua hari hari berturut-turut kena marah itu luar biasa.

Tempias tekanan bos tu pasti terpalit kat anak buahnya.

Ini kisah minggu ni. Bos yang baru balik bercuti tiga minggu.
Balik-balik ada isu incident report! Oh no!

Selalunya isu incident report ni,masalah salah supply ubat yang sepatutnya.
Lagi besar isunya bila SN dah ter administer ubat tu pada patient.

Alasan yang tak boleh diterima
"Itu saja ubat yansaya nampak dalam fridge.. Jadi saya pun ambil dan bagi pada pesakit.."

Walaupun ubat itu bukan ubat yang sepatutnya untuk pesakit tersebut.

Ini isu replinine and hemofil.

Both are anti-haemophilia. But replinine is Factor 9 and hemofil is Factor 8.
Replinine for patient with hemophilia type B which is conginetal factor 9 deficiency.
Hemofil for patient hemophilia type B .

In conclusion both are for different indication. to know in deep, please go and read sendiri.
Sambung cerita, Alhamdulillah condition patient ok. No any adverse effects developed.

Tapi untuk kehadapan, please be careful.
# Pharmacist supply indented medications to staff nurse.

Clonidine tablets tak cukup!
When u find out our stock was not enuf.what u do?? teriang-iang lagi.

So now, we got two patient on this drug. How we are going to supply?
(we are no longger PRP.. u r pegawai now ady)


Apa lagi pinjam laaaa...

Call hosp cari mana yang boleh bagi pinjam.
Clonidine is KPK item.. so tak semua hospital ada simpan walaupun ubat ni murah ja..
Menguruskan stock, skill komunikasi untuk confidentkan hosp lain bagi pinjaman juga..
Sometimes challenging..

K la.. nak g buat TPN beg di HQE2.

Monday, November 10, 2014

Usia tarbiyah

Bismillah,

Semalam liqa' dan hari ni ada riadah ^^

Buka facebook nampak kawan-kawan berjalan ke sana kesini.

Ada yang ke Dairy Farm, ada juga yang ke Layangan air terjun.
Dalam hati.. jelous! Haha..

Pujuk hati, cakap tak perlu! Bukan niatku datang sini untuk berkelah dan berjalan-jalan.
Aku ni balik-balik kingfisher ke UMS, kemuadian UMS balik kingfisher. Gelak saja untuk diri sendiri. Nak tengok tempat-tempat menarik, aku google jer walaupun tak dapat pergi. Sekurang-kurangnya update la sket.

Tapi, bukan ni yang nak diceritakan.

Pagi ni riadah, akhwat ramai. Seperti biasa, ada seorang akhwat juga mutarobbiku menerpa.

"Akak..Akak.. sini." Sambil tarik tangan aku pergi tempat privacy sket.

Aku senyum sebab aku tahu isunya. Tiket flight mahal. Memang mahal. Sebab pengarahan si ukhti ini adalah pergi ke semenanjung lagi dua minggu. Tapi tak cukup duit lagi nak beli tiket flight. Tiket agak mahal since masa cuti sekolah.

Aku bersedia mendengar keluhannya. Dalam hati aku walauapapun keluhannya, pengarahan itu tak akan berubah semudahnya. Tapi... aku silap! haha.. tempeleng kepala sendiri.

Begini ceritanya..

"Akak, saya sebenarnya kurang lagi RM130..untuk beli tiket. Dalam akaun saya ada RM150. Tapi duit itu, ada orang bagi untuk saya jadikan modal untuk jual tudung."

Aku diam dan mengangguk. Mahu dengar lagi. Seperti biasa aku akan berlagak seperti phlegmatic.

"So, sekarang ni saya da planning. Saya tak nak guna duit dalam akaun saya."
Ok nice.

"Saya akan jual 10 buah planner untuk dapatkan RM150..."

"Tapi planner tu bukan anti punya. Sab punya kan? Masih perlu bayar balik modalnya. Keuntungan yang anti dapat tak akan sampai RM150."


"Hurm, tu la. Kalau saya berjaya jual 10 keuntungan saya dapat RM60 sja. RM 90 lagi tu milik Sab. Tapi Sab bagi saya guna dulu RM90 tu."



"Jadi, kak..saya hanya perlu bayar RM90 sja berbanding RM150 kalau saya guna duit tudung tu."

Aku terkedu kejap. Sebab kesungguhannya.
Usia tarbiyah? Baru setahun jagung...tak bermakna langsung untuk aku bandingkan dengan kesungguhannya.
Terimakasih Allah kurnia mereka ke sisiku saat aku rasa tak layak.
Sayang mereka kerana Allah 


Walaupun terpaksa berhutang, tapi aku hormat dengan usahanya.
Aku cuba terapkan elakkan berhutang, fikirkan untuk jadi kaya dari sekarang!


Ya Allah, aku perlu sedar. Aku bersama orang-orang yang hebat! Jadikanlah aku orang yang memperhebatkan diri.



Mood malas nak writing research. No idea. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bijak juga ^^

Saturday, September 20, 2014

Perjalanan penyucian hati

Bismillah,


Pejam celik tinggal beberapa bulan nak genap setahun. Hampir 11 bulan aku di bumi Sabah. Bila terkenang balik bagaimana permulaannya aku akan tersenyum sendiri. Sinis. Sesuatu yang di luar jangkaan. Datang dan menjadi penduduk sementara di Sabah. Masih teriang..

                         

"Akak bukan suka k Sabah? " Masa aku umumkan yang aku akan posting ke Sabah.

"Pergi 2-3 hari oklah. Tapi bukan tinggal kat sana..." nada sedih.

Permulaan kehidupan yang susah. Aku yang susah nak berubah dan sedikit susah untuk menerima perubahan. Masa untuk adaptasi juga lama. Sama seperti aku terpaksa terima kenyataan bahawa mak sudah tiada. Tak mudah bagi aku.

Dari sudut lain, aku patut bersyukur.
Aku ada akhwat di sini. Ada yang yang akan bantu aku untuk meneruskan perjalanan tarbiyah disini.Kedua, aku posting di Hospital yang sekangkang kera dari rumah akhwat.

Tapi sumpah!
Perjalanan tarbiyah yang aku hadapi di sini tak sama dan mungkin tak akan sama dengan semenanjung. Sesuatu yang mungkin aku akan dapat di tempat lain. Bagi aku perjalanan di sini terasa kesusahannya.
Hampir sahaja kadang-kadang hati ini goyah, lemah dan pandai berkira-kira untuk berhenti. Entah apa, yang membuatkan aku masih di sini.

Aku mampu untuk sesuatu yang lebih baik, lebih selesa. Tapi aku disekat dengan alasan...

"Anti kena belajar hidup susah...." sekali lagi air mata mengalir laju.

Susahnya ya Allah! Susah sebab nak lawan nafsu, susah sebab kena ubah cara hidup yang sangat zuhud. Susah sebab kena banyak memberi tanpa harap untuk menerima balik. Susah sebab kena hidup berhimpit. Susah sebab tak fokus study.Susah sebab kena makan apa yang ada. Susah sebab rasa hidup sorang-sorang. SUSAH!

Aku gagal untuk ujian forensik. Sepanjang 24tahun aku study...tiada satu kertas pun perlu aku ulang. Tapi kali ini, di sabah.....
Yang gagal tu hanya aku. Mereka yang lain lulus dengan lega.Ya Allah.Lemah, down, murung goyah, malu dan sebagainya semua bercampur! Ini kalilah... Kata murobiyah,

"Hijrah itu memang payah. Tapi jika niatnya kerana Allah segalanya akan mudah..." absolutely!

Dalam hati kerana dakwah aku terus bertahan! Sedang hati sudah goyah mahu berpindah.Setahun terasa sangat panjang. Aku berharap perjalanan setahun ni cepat berakhir untuk pulang ke semenanjung.

Lebih banyak tangisan dari gelak tawa. Lebih banyak luahan dari memberi idea.
Aku yang lemah. Kurang ikhlas..

Perjalanan sebagai PRP membuatkan aku lemah dan leka.



Sedang banyak kelalaian dan kemaksiatan aku tersembunyi.

Sekarang macam tak percaya setahun itu hampir berakhir. Dalam hati berbelah bahagi. Minta pindah atau duduk di KK sahaja. Tapi disebabkan ada suara-suara memanggil balik. Aku balik, kembali kepada pengarahan asal.

Jika aku di Sabah, aku akan terus dalam proses penghijrahan untuk membersihkan hati. Jauh dari cara kehidupan lalu. Allah, aku mengharapkan yang terbaik disisiMu. Hati masih gentar dan cuak. Takut kecewa dan terkejut untuk kali kedua. Apa pun...ikhlaskanlah hati ku. Datang dan pergi hanya kerana Allah.

Carilah, perubahan dalam hidup.
Perjalanan penyucian hati.

Kingfisher 20092014

Saturday, July 5, 2014

PRP 3- CDR


Bismillah,

Alhamdulillah, baru habis VIVA CDR part 1.. harap boleh settelkan next week untuk PART 2. Then, one logbook is settled.

Cytotoxic Drug Reconstitution, what a pharmacist actually do.


Pagi-pagi kami akan terima worksheet dari doktor-doktor..selalunya HO la. Hurm,
Tunggu 'indent' CDR banyak sikit baru kami masuk untuk prepare ubat-ubat CDR.
Ini bukan ubat kebiasaan, a very careful precaution step must be follow. Yang utama sekali, PPE.. (personnel protective equipment) 


Hari kedua saya prepare ubat, kuku saya tercabut..huhu. Buka sahaja glove, kuku saya tunggu di cabut sahaja. Masa tu, baru sangat-sangat terasa bahayanya cytotoxic drug.

Selalunya selesai pukul 2.00 petang. Lunch and solat zohor. 

After that, perkara yang paling saya malas nak buat adalah cleeeeerkkkkkk caaaaaaaasssssssseeeeeee! 

Naik ward, clerk case sambil tersenguk-senguk untuk habiskan satu case note. Mengalahkan pesakit yang kat atas katil. Tapi kebanyakkan pesakit chemo hanya akan tidur. Hanya beberapa sahaja yang berminat untuk di ajak berbual. Sesetengah tiada mood langsung, merenung sampai nak tembus dinding.

Itu secara brief la what a pharmacist do in CDR. Pagi buat ubat, petang clerk case. Balik rumah tercabut kaki..haha. Over! 
Balik rumah, qada' tilawah la.

Dont ever say that pharmacist just giving a medicaton though counter everyday. Its true, but it just part of our job only..

Satu kisah menarik,

There is one oncology doctor UD52. Her name is Dr Vasanthi. She likes to call everyone 'sayang' including me..hehe. The way she works, treat her patient had give them a bright hope (according to her patient). She make them feel alive not like other doctors which come and go back without show any concern to them. Although they had but just not show it

"Please think this is not about a money you must got every month. Its about save a people live for what u can do."

Ok lah, ini saja yang saya mahu share...
Ada 3 VIVA saya mahu settlekan before balik raya. Mungkin 4..huhu

Wasalam..

7 Ramadhan 1435
Bumi di Bawah Bayu Sabah 

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 1435 Part 1


Bismillah..


Terasa sayu sungguh terawih kali ini.
Tak sangka akan berpuasa di bumi Sabah.

Jika tahun lalu,
aku bersama abah di kampung
tahun sebelum tu lagi, kami meronda-ronda masjid untuk terawih..

Tapi ini pasti beda,
Begitu cepat masa berlalu,
Sangat cantik perancangan Allah
Dan aku harus TSIQAH!

Dalam perjalanan pulang tadi, aku mulakan bicara..

"Piqah, lepas ni dalam perbualan kita..banyakkan bicaranya tentang masa depan. Usah di ungkit atau di kenang kenangan lepas. Kita harus pandang ke hadapan."

Dan paling tepat sekali, nasihat tu untuk diriku sendiri.
Aku harus sedar dan hadapi kenyataan dengan matang.

Cukuplah yang lepas menjadi pengajaran untukku.

Ya Allah, bimbinglah aku maju dengan redhaMu,

Ikhlas..

1 Ramadhan 1435
Bumi Sabah.


Sunday, June 22, 2014

PRP 2


Bismillah,

"Zu, urgent !!call me back.."

after 9 missed call i recieved. Haha once again..

ok, no worries settle sudah. Itulah cabaran bila buat oncall weekends. huhu, kerja tak settle setakat hospital je. Balik rumah pun kena call lagi. Hampir-hampir pergi hospital semula.

Feeling down for awhile, but its okay. This is what we called process of learning.

over the weekends my time burned.

Banyak pula benda tertangguh. Minggu ni plaing mendebarkan sebab nak kena present CPD for my second time. XOXO.

Tajuk: Primary Open Angle Glaucoma, pilih sendiri ok.haha. Tapi tak buat reading lagi. huhu.

Dalam otak pulak berserabut... case discussion, case report, follow up patient.
Adeh, my baby tak discharge lagi case MDR TB. Hurm, nanti nak tya dr lah apa prognosis die..probably how long die akan stay kat hospital)

But then, i always remind my self, berserabut management bermula dengan keserabutan solat.

So, i start my pembaikan from my solah first. Time for a quality tilawah and quality mathurat.

Sometimes, when i think Allah is always with my effort.. i feel bless. no point for me to be stress or regret. hoyeahh!

dun ever worry, just proceed with ur step and plan!!

* baru-baru ni kawan saya tanya,

"zu, pernah tak rasa menyesal pilih farmasi...?" and my is answer is..
oh, sabah! out of my expectation...

"yea..saya pernah... (-_-)"

so in preparing.

1. case discussion of oncology
2. CPD presentation
3. case discussion of acute paeds
4. case report for acute paeds
5. viva for galenical and DD.
6. critical appraisal


XOXOXO

got another 8 viva to be settle...alhamdulillah, no stress but love :)

lets' pray together,

eh, they called me for jamaah maghrib,
wasalam.

Sunday, June 8, 2014

PRP 1

Bismillah,


Alhadulillah, selesai sudah perjalanan pulang balik ke Labuan. Walaupun kerja bertimbun, banyak persoalan VIVA tak di jawab lagi, discussion dengan patner tunda lagi. Case report tak siap lagi. Patient tak follow up lagi. Aduh! Banyak..

Terlalu banyak, membuatkan aku sendiri menjadi malas. Hilang sudah sikap melancoly yang eager untuk siapkan amanah dengan sebaiknya. Entah kenapa..

Lagi banyak kerja tak di susun, makin banyak kerja tertunda.
Provisional pharmacist is not a honeymoon period. Bahkan tension lebih dari ketika belajar.

Banyak benda nak luahkan, cuma cuba untuk bersabar. Dan akhirnya di sini mungkin akan terluah segalanya. Supaya yang berat menjadi ringan. Secara tak langsung boleh motivasikan diri sendiri.

Lagi bertambah down kalau dalam department clinical. Masuk wad, clerk case, check dosage, jawab query doktor lagi. Jawab query la yang paling ambil masa. Terutama query dari specialist.. berketaq lutut nak pergi jumpa Specialist bila HO bagitahu. Fuh! Makesure jawapan lengkap dan difahami. Kalau tak tahu, jawab let me confirm first with my boss..then go and inform dr pakar tu. Yang tak boleh tahan, muka dia macam tak berminat ja maw tahu jawapan.

Ok gud luck.. plan well ur time.. make sure everything settle esp VIVA before mukhayyam.
Pray me all da best!


Tuesday, May 6, 2014

Shols's Solution

Bismillah,




Tiba-tiba aku rindu dengan kakak ni
the best friend and the best pembimbing

a lots of story to share with her
asking her opinion
to go through everything with her
share problems and update everything.

luv her

semua orang sedang sibuk dengan tugasan amanah masing-masing,
Aku? masih lagi dengan masalah diri yang tak selesai-selesai..
keep up the quality mutabaah!
show the best..

the be professional yang beriman! stand on ur principal.. :)


"..t0 settle the shols's solution to ensure chlorhexidine aqeous 0.05% is well prepared.."

wallahualam..

Monday, January 27, 2014

Keep in Pray

Bismillah,

Kini sampai sudah satu tahap,
Aku tak tahu apa yang aku mahu!

Hilang sudah prinsip dan pendirian,
Ikut bergelora seperti gelora ujian mendatangi,

Kalah dengan nafsu dan keinginan diri...

Dimana kualiti tarbiyah?
Mungkin itu yang harus dipersoal
Ketika di sumbat dengan kesibukan dunia
Di himpit dengan perkembangan zaman

Di mana tersebarnya tarbiyah yang di bawa bertahun-tahun..
Di mana?

Hilang sudah segalanya..
Hilang sudah,
Segalanya kini kabur,
Tinggal seperti lembu di cucuk hidung
Juga seperti lalang di tiup angin

Hilang sudah kemahuan yang kuat,

Ya Allah..
UjianMu simple dan mudah. Hanya satu..
Tapi aku ni lemah dan terlalu rapuh
Sudah kutemui banyak kelemahan dan kekurangan diri
Terlalu banyak..!

*Down

Allah, kuatkan aku
Yakinkan aku denganMu..
Jangan Kau hilangkan arah tujuanku..
Sedang jalannya ada di depanku..

Allah,
hold my hand! Keep me in your side alwayz...
when im really not ready for all these things..
Everything.. what im facing now...

Sumpah! untuk adapt bukan perkara yang mudah....

Wednesday, January 1, 2014

Kapal di Sini



Bismillah..

Kapal!

Dulu tempat  kegemaran, makanan di sana makanan yang menggembirakan.

“Tension, ...jom pergi kapal.”

“Tak selera makan,...jom pergi kapal.”

“Hepi..nak celebrate something..jom pergi  kapal”.

“Kalau takde pape pun..boleh pergi kapal.”

Kapal adalah restoran makanan barat di kampung baru.

Makanan paling murah adalah french fries rm 3. Tak mengeyangkan. Jadi, minima akan membelanjakan dalam RM 12 sekali datang. Mungkin menunya chicken chop dan air jus. YummY!

Sampai pada suatu tahap, jadi hilang selera, pergi kapal jadi rasa macam berdosa. Makan nasi dan telur rasa lebih nikmat.

Akhwat kita kat satu medan ni.

“Makan nasi dengan amplung (tawar tiada rasa), sebungkus meggi tu dibelah dua untuk makan dua hari.

Berhutang untuk datang daurah, sampai yang keluar dari mulut mereka...
Ana da banyak hutang dengan akhwat, tapi ajaibnya

Walau keadaan macam tu pun, tiada satu daurah pun mereka terlepas!”

Subhanallah!

Dan hari ini,ALLAH letak aku bersama-sama mereka. Walau berat kaki mahu melangkah ketika itu. Merah dan bengkak-bengkak mata kerana menangis. Kaki tetap harus melangkah bersama hati yang mungkin masih berat saat itu. Bersama iman yang tiada persediaan. Kecewa dan tetap tiada pilihan.

Jauh di sudut hati, tak pernah membayangkan aku akan ke sini. Mampukah aku hidup seperti mereka? Tapi, aku harus yakin ada sesuatu untuk aku disini. Hidup bersama mereka. Menjadi kakak untuk 11 orang adik mungkin. Dan aku perlu cukup matang.

Allah, berkatilah kehidupan aku dunia dan akhirat! Bersama kenikmatan Kau berilah aku kebijaksaan menguruskannya..




Tahun baru..2014. Plan better for a better hereafter.


Sebuah farmasi tarbiyah is under construction!

#Alhamdulillah,setelah sebulan saya sempat  solat berjemaah dengan pesakit di wad walaupun hanya sekali ^-^.

~Nikmatnya tarbiyah

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..