Alhamdulillah,syukur kepada penguasa seluruh alam. pada hujung minggu ini,akhirnya saya di beri kesempatan melawat saudara yang di timpa musibah. Sepatutnya,saya dah melawat beberapa bulan yang lalu,namun perancangan Allah yang terbaik. Walaubagaimana pun,saya masih berkesempatan melawatnya. Saya nampak kekuatan dirinya, dia sentiasa tersenyum dan ketawa. Membuatkan saya sendiri terlupa bahawa dia dalam kesakitan. Seronok mendengar dia bercerita bermacam-macam.
beliau bakal guru..doakanlah beliau. |
Ditambah pula,dengan mak beliau yang kelihatan sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan kami..pelbagai makanan di keluarkan. Bak kata orang rezeki jangan di tolak,walaupun perut dan penuh..namun makanan tetap harus dijamah,sebab mak ndak dah menghidangkan makanan di depan mata kami. Cuma perlu basuh tangan dan baca basmalah sahaja. Senang kan? hehehe
Tengahari tue,ada sedikit pengisian berkaitan bersyukur dan juga persiapan menghadapi ramadhan. Satu kondisi boleh di analogikan. Rumah terbakar..
kontraktor: bersyukur sebab dapat kontrak baru
mangsa : sedih sebab tak de tempat tinggal dah..
jadi dalam setiap situasi,sifat sabar dan syukur patut hadir walaupun portion tidak sama. Kalau kita hanya bersyukur mungkin kita lupa kawal diri. Kalau kita bersabar sahaja kita lupa kita sepatutnya bersyukur juga sebab setiap perkara pasti ada hikmahnya..
Azam puasa tahun nie,
raya pakai baju yang sama sahaja
jika ibu bapa dah sediakan duit untuk beli baju raya,berani untuk berkata..
"mak ayah,tahun nie saya tak nak beli baru baru..saya nak pakai baju tahun lepas sahaja. Duit yag mak dan ayah sediakan itu,saya nak infakkan untuk saudara kita di Palestine,semoga Allah memberkati keluarga kita.."
Malamnya,selepas makan malam..kami bermain bedah Al-quran. Pertama sekali,kami di minta menghafal 1 surah juz 30. Saya cuba mengahafal surah baiyinah. Tergagap dan tiada keyakinan. Macam otak nie tak teratur. Pening dan mengantuk sebab petang tidur lama kot.. Ditambah pula,sudah dua malam berturut-turut stay up over limit nak siapkan report dan study immunology. Tapi,permainan tersebut,tetap menarik.. walaupun tergagap-gagap masih boleh di baca juga surah al-baiyinah. Kak madiah jadi moderator..hehe. Pastu,beliau suruh kami hafal surah-surah.
Contohnya: "surah hud,surah ke berapa?"
Dimulakan dengan sampai surah ke-20,kemudian sampai surah 50,kemudian surah 70 dan terakhir sampai114. Setakat 20 boleh la saya lepas tapi lepas-lepas tue,otak mula la pening..namun cabaran tetap diambil. Sambil tue,kami juga bincangkan ayat yang famous dalam surah-surah tertentu. Refreshment..
Jam 11.30 kami beransur tidur..
saya bukan anak manja!! |
Berada di sana membawa sedikit ketenangan..melupakan semua assignment dan report-report. Melupakan semua beban dunia... Membawa sedikit kegembiraan,ibarat pulang ke kampung sendiri. Sejujurnya,hati saya selalu merasakan kesedihan sejak masuk ke tahun dua nie..kosong!! Saya pun tak pasti kenapa..tak tahu bagaimana untuk mengatasinya. Berbuat seperti biasa..sampai bila? Rindunya kehidupan di tahun satu..suasana seperti dulu telah tiada. Mereka semua di sana...saya masih termanggung keseorangan di sini..blurr. Masih terkapai-kapai...mencari diri sendiri.
Mungkin Alllah nak kuatkan hati saya..tingkatkan kebergantungan kepadanya..untuk mematangkan fikiran. Saya selalu cakap kat diri saya,tolonglah tabahkanlah hati kuatkanlah diri..sebab kau ada Allah!!
"cukuplah Allah untuk ku.."
"cukuplah Allah untuk ku.."
ReplyDeleteSalam. Go chaiyok ukhti.. ^_^
Cukuplah Allah untukku~
ReplyDeleteyea.kita tak perlukan yang lain lagi..
ReplyDelete