Sunday, August 22, 2010

Hidup...(1)

Alhamdulillah,pujian kepada Tuhan seluruh alam..

 Suatu petang di surau A selepas membaca mathurat...

Nisa masih tidak bergerak dalam kedudukannya selepas membaca mathurat tadi,termenung. Amalina sahabatnya yang sejak dari tadi memerhatikan nisa memulakan langkahnya.

"salam,nisa..kenapa nie? ana tengok anti asyik murung je sejak hari isnin aritue? Anti okey k?" amalina memulakan perbicaraan

"kenapa amal? muka ana nampak sangat ke yang ana tak okey?"

"tak la..tak de la nampak sangat,cuma instinct ana merasakan yang anti ada masalah sekarang.."

"........................."

"boleh kongsi?"

"amal,afwan..ana bukan tak nak kongsi atau ceritakan kat anti tapi..." kata-kata nisa terhenti,mungkin  memikirkan ayat seterusnya.

"tapi kenapa nisa? ana sedia dan setia mendengar. Mungkin selepas anti luahkan kat ana,beban anti akan berkurang sedikit"

Nisa terdiam...namun,dipipinya ada sesuatu yang mengalir. Nisa tak dapat menahan sebak lagi.. Pada masa yang sama,amalina mula panik dan risau. Maka,bahu nisa terus dipeluk dari tepi untuk sama-sama merasai kesedihan yang di hadapi akhwatnya itu..

"Amal,ana...." nisa masih berat untuk meneruskan kata-katanya.

"tak pe la nisa,kalo anti tak bersedia untuk cerita kat ana sekarang,tapi ingatlah ana sentiasa bersedia jika anti memerlukan peneman"

"syukran ya ukhti.." nisa membalas dalam esakan.

                                                                  **********************



"Assalamualaikum...." pintu bilik nisa di ketuk.
"itu suara amal tue..." bisik nisa.

pintu terus dibuka,mereka pun bersalaman dan berpelukan ibarat sudah sebulan tidak ketemu. Padahal,mereka selalu bertemu disurau.

"Afwan,ana ganggu anti pula,henset ana rosak tak boleh nak call dulu tadi.."

"owwh ye ke..tak pe amal ana tak kisah pun anti datang ,lagipun ana gembira sangat anti datang malam nie. Lagipun,hati ana memang tak tenang sikit sekarang"

Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka,jika salah seorang datang ke bilik waktu malam semestinya mereka akan mabit bersama.

"hmmmmm....."

"Amal sebenarnya ana malu nak luahkan kat anti..."

"Nisa jangan la macam tue,kalo tidak apa gunanya kita bersahabat? "..

***bersambung...

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..