"Ayat-ayat Allah umpama pisau. Ada yang digunakan untuk kebaikan dan ada juga untuk kejahatan"(Said Hawa)
Monday, June 7, 2010
Terima Kasih Ya Allah..
Alhamdulillah wa syukurillah..bersyukur kepadaMU ya Allah..
inilah nikmat yang paling agung aku rasa saat ini,namun bukan bermakna menidakkan nikmat-nikmat lain.
sebelum nie,aku rasa amat mustahil untuk aku memperoleh ''three pointer''.tapi sekarang Allah telah menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil di tangannnya..
Padamulanya memang takut nak semak keputusan dan kalau boleh nak saja dilupakan tentang keputusan keluar hari ni. Jadi pagi nya,aku pergi ke rumah aini untuk bersembang-sembang keakhwatan.Macam biasalah,bila balik rumah,macam -macam masalah timbol. Kalau dulu,dekat kolej setiap detik masa dihargai sebaik-baiknya. Mutabaah pun dijaga rapi,sejam masa berlalu terasa rugi kalau hanya duduk bersembang dengan kawan.
Tapi kalau dah balik rumah macam-macam...masa terasa amat lambat berlalu dan luahan hati terasa bosan selalu terkeluar..padahal banyak lagi kemahiran hidup tidak di nikmati..
Alhamdulillah,ada akhwat yang tinggal dekat,boleh juga di buat kawan dari termanggu kat rumah sorang-sorang. Terasa lain rasanya berdiskusi bersama akhwat berbanding dengan akwan lain..itulah hebatnya akhwatku!
Akhirnya,aku semak juga keputusan atas pujukan akhwatku seorang. Terus terang aku katakan memang aku tidak ada perasaan ketika nak semak melainkan berdebar-debar sekiranya aku hampa,sedih dan kecewa. Aku takut doaku tidak dimakbulkan,dan aku dah tidak bersemangat untuk belajar lagi...ditambah dengan konflik dalaman..aduh!
Namun,Allah mempunyai perancangannya sendiri,dan perancangan Allah adalah yang terbaik..Alhamdulillah..saat aku bukak internet,bukak smpweb dan semak keputusan.....ALLAHUAKBAR.
Syukur yang tidak terkata,aku memang tak sangka! terusku peluk sahabatku di sebelah,hingga tidak ada air mata yang menitis kerna terlalu bahagia.. tak sabar rasanya nak beritahu abah...."lepas nie,JPA tak kan antar surat amaran mengenai perlu tingkatkan prestasi"...alhamdulillah,gembiranya sehingga esok hari..
Terima kasih ya Allah...
Semoga keputusan ini,akan menambahkan sumber kekuatanku untuk gencarkan dakwah di medanku. Agak tiada lagi aku teragak-agak untuk bertindak..tapi yakin dengan sahaja dengan perancangan MU...amin..
dari seorang sahabat...
"semalam baru aku sempat check..memang tergamam gler ble tengok..ntah la kat mana silap..memang menggunungaku harap 3.3 above..soalan dia bla aku pikir2 balik,x de serumit sem1..teros terang aku ckp aku memang tension..sem 1 dlu,aku x bpe serious blaja..tapi sem 2 ni,aku tak main2 pun,time exam pun aku x bukak tenet,kalu bukak,ble free je nak ilang ngantuk..mungkin senang aku nak bagi semangat kat org untuk bangun semula,tp ble jd kat aku 2 kali,ape yangaku cakap kat org memang tak mampu nak pujuk hati aku. mamang dah x dak mood nak belajar! cam skunk 21 jam kredit,result aku tak bleh lepas 3 lg apatah lg sem depan,aku punya jam kredit28..mmg aku bersyukur sebab pinter aku naik,tp ntahla,mgkin aku banyak pk n jeles sebab mgkin pointer coursemate aku lbih bagus dr aku...klu ko nampak aku ada silap kat mana2ko ckp je..mgkin aku tak sedar aku dah buat silap! sori,aku cuma nak ko taw,inilah yang aku rasa sekaranf. Kecelaruan fikiran! apela aku ni kan.psal dakwah pun x bpe sukses, akademik pun x bpe excellent"
aku juga mungkin berfikiran begitu jika result tak seperti kita harapkan..jika juga manusia punya perasaan. cuma perasaan itu jangan terlalu lama..jika benar kita bersyukur,perkataan 'tapi',tidak perlu hadir lagi..sebaliknya perasaan redha itu perlu hadir.. Andai kata,Allah bagi apa yang kita harapkan namun selepas itu,hidup kita tak sebaik seperti sebelumnya..nak ke kita dengan result 3.3 itu? Yakinlah dengan perancaangan Allah...
mungkin ada nasihat lebih bermakna..kongsikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah ukhti. moga dengan kegembiraan ini menjadikan ukhti giat lagi berdakwah dan menjaga kualiti studi. Allah Maha Penyayang.Dia xkan mengecewakan kita...insyaallah.
ReplyDeletesyukran kak aisyah..
ReplyDeleteAllah telah membuktikan Dia yang berhak keatas segalanya..
insyaAllah
syukran kak aisyah..
ReplyDeleteAllah telah membuktikan Dia yang berhak keatas segalanya..
insyaAllah