Thursday, June 10, 2010

...........

Alahamdulillah,hidup penuh pengambaraan..samada secara realiti lahiriyah atau batiniah..kita,manusia  selalu mengemabara.
 Hari ini aku bergerak ke Kulim bersama ayah, nak buat spec mata ayah dan hantar kad kahwin sepupu kat pak andak..macam- macam terjadi dalam sehari ini. Pertama,kunci kereta hilang kat carpark supermarket..aduh,mood ayah lain macam sejak masa tue,lepas jumpa kunci kat pak guard ..kakak yang drive lepas tue,ayah malas nak drive dah..suasana ketika tue tegang je,tapi aku diam je..'mandom' like always. Ambil langkah selamat..

 Balik dari Kulim pukul 6.30 petang,so terpaksa maghrib dan isyak di masjid berdekatan ketika azan berkumandang. Astaghfirullahazim! selesai je,solat sampai ke tempat letak kasut..sandle aku hilang!!! buat pertama kalinya dalam sejarah.. Alhamdulillah aku tak terasa marah sangat,walaupun terpaksa jalan dengan berstoking sahaja.. tapi berfikir,kenapa aku yang ditakdirkan hilang sandle hari ini...solatku tak khusyuk..terlalu memikirkan perancangan minggu depan yang penuh kesulitan.

Ya Allah tunjukkanku jalannya....

Minggu deppan ,minggu yang penuh aktiviti. Yang utama dan teruatamanya,daurah di sungai congkak yang aku dan inform ayah sebulan yang lalu..yang datang secara tiba-tiba,kakak pulak yang booking suruh jaga anak dia sebab penjaga balik kampung . Yang menjadi masalahnya,tarikhnya sama..Ayah pulak secara tiba-tiba sakan suruh aku tak yang pergi sungai congkak.
Aku cuba cari geng dari kedah untuk pergi daurah sama-sama,namun hasilnya tetap negatif. Mak depa susah nak bagi keluar..aduhai~.. kena atur rancangan lain. Yang konfliknya,aku da tak ada idea camna nak p sg congkak tue dari kedah...da la kena sorang-sorang. Tapi perasaannya memang aku nak p.. tak boleh ajak ayah p KL lagi sebab minggu nie da p cos ada kenduri sepupu tue..

Ya Allah,Ya Rabbi...

benarlah ,menulis blog juga boleh menentukan tahap keimanan kita,jika hidup penuh juga sibuk dengan dunia..idea nak menulis juga kurang dan bertambah tak berkualiti. Berbanding jika iman satbil,idea datang bermacam-macam..pelbagai input boleh di tulis dan dikongsikan..dan jujurnya imanku futur ketika ini. Kefuturan membawa kerugian,menyebabkan kelalaian....jadi bangkitlah..

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..