Saturday, June 12, 2010

Cinta





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas nikmat oxygen yang diberikan tanpa putus-putus sehingga hambanya ini mampu meneruskan kehidupan yang sentiasa diselebungi 1001 rahsia yang masih belum diterokai. Juga selawat keatas kekesihnya Muhammad Bin Abdullah. Hari akan tetap berlalu walau dalam kepala berlegar-legar macam-macam persoalan. Benarlah, kita akan terus belajar setiap saat walaupun tanpa buku.

Minggu ni saya membaca satu buku tulisan Hilal Asyraf, Kembara  Hamba Mencari Cahaya. Buku ni banyak berkisar tentang cinta. Cinta kita kepada Allah,Rasulullah,ibu bapa dan sahabat juga sebaliknya. Yang penting ialah setiap cinta yang dirasai pastinya mempunyai bukti samada dari segi perbuatan mahupun pertuturan. Suasana yang porak peranda dalam keluarga ialah adanya sifat EGO dalam diri kita,kita malu untuk mempamerkan rasa yang tersemat dalam hati. pernah kita katakan kepada

Allah -- "Ya Allah,ya Tuhanku.aku cinta kepada Kau yang Maha Berkuasa keatas diriku"

Rasullullah -- "Terlalu banyak pengorbanan yang kau lakukan untuk umatmu. Aku rindu kepadamu Muhammad"

Ibubapa -- "Mak abah,saya sayang sangat kat mak abah. Terima kasih sebab telah menjaga saya sehingga saya 20 tahun dengan  penuh kasih sayang(ketika hari lahir)."

* bukannya "mak abah,mana hadiah hari jadi saya? saya nak laptop baru..."

Sahabat -- "dayah,trimas untuk segalanya,aku beruntung sebab ada kawan macam kau"




[mungkin pembaca ada ayat yang lebih sedap..afwan]


Tapi yang sering segelintir manusia ucapkan rasa kasih dan cinta mereka kepada buayafren dan gilafren

cth(saya x pernah berpengalaman):

"Ani,aku sayang padamu,lautan api mampu aku renangi demi kasihku padamu.."

huh? lautan api?
bangun malam untuk tahjud juga tidak mampu,
mengorbankan masa tidurmu juga tidak mampu..
beramal dengan sunnah juga tidak mampu..
aduh! manusia...

Allah,tuhan yang maha Agung,
setiap ketetapannya mempunyai hikmah..
Allah boleh dianalogikan
tauke kedai runcit kemudian memberikan kedainya kepada kita
dengan syarat supaya kita menjaga kedainya dengan baik,menjalankan perniagaannya dengan jujur dan tulus
kemudian setelah beberapa lama kita menjalankan amanah..
tauke kedai itu datang dengan hasrat untuk membeli kedai runcit itu dari kita
dan diberikan sebuah hypermarket untuk kita..

"sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan surga....."(9:111)

Semalam,saya tengok Oasis,drama bertajuk Jangan Dilukai Hatinya..
ada satu quote menarik

"kadang-kadang kata ibu bapa menghiris hati, tapi anggaplah hanya sebagai satu khayalan"

menarik kan?
ingatlah..
ibu dan bapa kita..
walaupun dah tua,walaupun cerewet,walaupun baran,walaupun asyik mengarah,walaupun terlalu tegas...dan pelbagai lagi yang membuatkan kita asyik mengeluh....

mereka ialah pemegang kunci syurga untuk kita..
ibarat pemegang peta harta karun dan kita adalah lanunnya..

Pernah terdengar satu cerita dari seorang ustaz di tv...

ada seorang sahabat berdoa..
"Ya Allah,jadikanlah aku dari kalangan yang sedikit..."

sahabat lain bertanya..
"kenapa kau bedoa begitu??"

"kerna sedikit sekali orang bersykur,terlalu sedikit sekali orang yang berfikir.." jawabnya..


p/s: solusi terbaru sangat cantik covernya,sangat best isinya..dapatkannya sekarang!

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..