Friday, September 16, 2016

Generasi Rabbani



Bismillah,

Bila jari dah lama tak menaip. Tidak berkesempatan mungkin,

Lapis-Lapis Keberkahan karya A. Salim Fillah.

“Akak, nak beli tak buku nie? Prelove book”
“Ok,iA. Berapa?”
“RM 25. Nanti saya pas masa liqa’.”

Sesudah sebulan mualamat berlalu, baru hari ni aku mampu untuk menyelak buku. Membaca mengharapkan kefahaman bersama keimanan.

Untungnya, seminggu bercuti sempena Aidil Adha. Dalam perjalanan ke Padang Besar hari ni, menemani kakak-kakak memborong barang jualan. Aku, tukang angkut barang.
Dalam KTM ke Padang Besar, berdiri seat semua penuh. Aku buka buku dan baca.

Lapis-Lapis Keberkahan karya A. Salim Fillah.

Celupan Sang Pencipta

“Seorang Alim yang Rabbani, adalah dia yang mengajari manusia yang sebesar-besar hingga sekecil-kecilnya ” [Abdullah ibn Abbas]

“Tak ada yang besar atau kecil dalam ilmu ” Dr Yusuf Qadhrawi, Fiqh Jihad
Sebagaimana kita melihat Sulaiman pun sudi belajar pada semut dan burung hud-hud.

Bab ni membahaskan tentang Generasi Rabbani.





1.       Alim

Tidaklah dia membezakan ilmu duniawi dan ilmu agamawi. Semuanya adalah ilmu Allah selama ia dibaca dengan asma-Nya dan difaedahkan bagi kemaslahan insan dan semesta.Sebutan ‘budak dunya” adalah mereka yang tidak mendalami ilmu diniyah walaupun mereka telah mendasari diri dengan hafalan Al-Quran dan pemahaman dasar-dasar agama.Ahi fiqh yang munafiq adalah mereka yang menjual ilmu agama untuk kepentingan dunia mencari hartadan kuasa.

Ihya Ulumuddin- Imam Ghazali

2.       Faqih
      Bagai rahib yang khusyuk di perpustakaan dan ruang pencobaan ilmiah, kemudian bagai singa yang tangkas dan cermat menghadapi perosalan nyata masyarkat.


3.    Bashirun bi Siyasah (Malek, mengerti dan waspada terhadap politik)

“Membuat masjid yang mampu menundukkan pasar
- Saidina Abu Bakar-
“untuk menguatkan yang mulia dan melemahkan orang durjana”
- Saidina Umar-
“untuk memperlihatkan mana yang benar-benar baik, dan mana yang benar-benar buruk”
- Saidina Uthman-
“Kejahatan yang tertata dengan baik tidak mengalahkan kebajikan yang karut marut
”- Saidina Ali-

4.       Bashirun bi Tadbir (melek, mengerti dan melaksanakan manajemen)
Menjadi ahli yang bijak menguruskan pendataan, perancangan,pelaksanaan, pemantauan, timbal balik sehingga perbaikanyya.

5.       Al-Qa’im bi syu’unir ra’iyah liyushlihu umura dinihim wa dunyahum (Dianugerahi celupan sifat mulia oleh sang pencipta, harus giat menegakkan urusan-urusan kerakyatan untuk memperbaiki perkara agama juga dunia mereka)
Perlunya sikap peduli dan melayani. Masyarakat merasai kebersamaannya kita. Memainkan peranan dalam kebajikan masyarakat; pendidikan, kemiskinan, kesihatan akan menjadikan dia sebagai ilham hidup di tengah umat. Lihat sahaja Nabi berakhlak.

“Hingga kelak ketika menggenggam kuasa dengan jemari cinta, hamba rabbani tak lagi gagap menjamakkan karya"










Tidak berniat nak tulis semua balik semula. Ini hanya untuk catatan diri.

“Macam mana nak ingat benda yang kita dan baca?”
“Caranya mencatat.”

 Dan satu lagi adalah dengan menyampaikan sebenarnya. Hurm, now I have a better understanding about generasi rabbani.

Yosh!
Jom buat!
ZI
Sungai Petani

15092016

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..