Thursday, August 18, 2011

Tour De Ramadhan


In The Name of Allah,

Alhamdulillah telah 18 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga amalan-amalan kita lebih baik dari tahun lepas. Seterusnya membentuk jati diri dan peribadi yang lebih soleh.

Saya nak kongsikan secoret pengalaman saya di bulan Ramadan ini. Tak la berapa menarik sangat tapi membuatkan Ramadan pada kali ini berbeza. Iaitu dengan terancang nya satu program yang kami namakan Tour De Ramadan. Kami akan beriktikaf di masjid yang berbeza beza bagi setiap hujung minggu. Pada hari hari biasa pandai-pandailah nak cari masjid kalo nak jugak iktikaf.

Jadi,saya nak kongsikan masjid-masjid yang telah kami kunjungi. Semoga dengan baki-baki Ramadan yang ada ini dapat kita manfaatkan.


Masjid Shah Alam,
Masjid Sultan Salahudin Abd Aziz Shah..
Kat sini ada di sediakan makanan untuk berbuka dan sahur serta moreh
dari awal Ramadan lagi.
Selain tue,kami ada juga iktikaf( tidur ) dalam masjid ini.
Pada 15 Ramadan yang terakhir ada di sediakan tempat tidur bagi muslimat.
Qiamullail bermula pada pukul 4 pagi sehingga 5.15 pagi.
Alunan bacaan imamnya memang mengasyikkan,lagi-lagi ketika qiamullail..
Lepas tue selepas solat subuh,semua di jemput sebagai penonton untuk rakaman langsung Tanyalah Ustaz.
Siapa cepat dapat masuk studio,tak sempat tengoklah kat skrin besar kat luar..
Yang menariknya,
mana-mana ibu bapa yang bawa anak,pastue tak de siapa nak jagakan anak-anak tue,boleh daftar anak tersebut kebilik penjagaan kanak-kanak (bilik seminar sebenarnya).
Jadi semua kanak-kanak berkumpul dan bermain kat situ..



Ni masjid di Sentul..
Namanya,Masjid Amru Al-As.
Masjid ni pernah popular suatu ketika dulu,ketika kes liwat DSAI...lupakan
Masjid ni kami tak beriktikaf ,bersahur dan berbuka lagi.
Mungkin ada berbuka dan moreh..
Namun,untuk masjid ni sahaja kami tak gunakan apa-apa pengangkutan untuk pergi.
Mengharap pada tulang 4 kerat melangkah,moga beroleh pahala di setiap langkah.
Agak mengah la jugak...huhu



Sekali tengok dah tahu ni masjid apa..
Inilah Masjid As-Syakirin, KLCC..
Masjid ni memang cantik dan gah..
air-cond kat dalam masjid ni memang sejuk (mahkostia punya)
Masjid ni nampak intelektual sikit...(ramai dr golongan VIP)
Saf-saf di jaga dengan rapi..
siap ada seorang makcik yang tolong susunkan saf  lagi..
Bacaan di surau ni pun sangat sedap,boleh2 ada yang menagis.
Ada sahur,berbuka dan moreh di sediakan,
kadang-kadang ada nasi arab selepas solat maghrib ( kalo ada yang tak dapat mknn berbuka jgn risau)
Tapi kat sini,hanya boleh iktikaf pada 10 malam terahir,
Memang meriah kalo iktikaf,ramai orang 
Imam untuk qiamulail pun best jugak,pernah sekali Ustaz Zulkarnain..
huh...memang bergelinang air mata..
 Ada masanya solat sunat tasbih di selitkan dalam qiamullail..


Ha,masjid ni baru pi semalam..
Memang tersergam indah,menggamit kekaguman..
Huh,besar...
Nilah masjid wilayah persekutuan..
Tempat ramai orang akad nikah..
Semalam,kami sempat pergi terawih je..
Tapi memang selesa,sampai naik semangat nak buat 20 rakaat..
Ada mak guard yang tolong jagakan kanak-kanak,suapay tak ganggu solat..
No komen,tentang sahur,moreh,berbuka atau iktikaf..




Sesiapa yang berkesempatan,silalah rancang pada baki-baki Ramadan yang ada. Saya gerenti,pasti nak pegi lagi...pilihlah mana-mana masjid untuk membooster iman kita...

Setakat ni sahaja perkongsian. Tapi bukan masjid itu bukan moreh itu,bukan berbuka itu,bukan juga sahur itu yang kita niatkan unttuk melangkah pergi. Tetapkanlah niat di hati supaya mencari keredaan Allah. Supaya kesempatan Rmadan ini bermakna dan bukannya suatu rutin selama 30 hari. Selain tu,dapat jugak kita refresh iman kita di tempat-tempat yang berbeza,namun di Rumah Allah.


2 comments:

  1. salam.haha x best langsung citer ant. (gurau melampau).

    bestnya, ana mengharap juga ada yang buat macam ant nhe.state masjid-masjid yang best untuk beribadah.jemput ke masjid putrajaya, best jugak tau.hehe.

    ReplyDelete
  2. ye ke?
    huhu..teringin plak.
    tapi skang masjid KLCC under construction,tak leh nak iktikaf..
    samapi 24 nie

    ReplyDelete

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..