Monday, August 22, 2011

Kudrat

In The Name of Allah

"abah,nanti surau kat umah tok tue buat 8 rakaat ke 23 rakaat?"

"terawih ke? kalo terawih buat 23 rakaat"

"kalo orang nak buat 8 rakaat je boleh tak?"

"boleh ,tapi rugi la Allah bagi kudrat tapi kita tak gunakan..."

"........"

Lebih kurang macam ni la perbicaraan dalam kereta dalam perjalanan pulang ke kampung. Itu perkara pertama yang terlintas ketika fikir tentang puasa kali pertama di kampung. Rasanya macam tak pernah lagi buat 23 rakaat terawih..mungkin. Tapi akhirnya ku gagahi juga buat 23 rakaat selama seminggu di kampung.

Ada la jugak rasa nak stop sampai lapan,tapi tak de la pulak jemaah perempuan yang stop (mostly jemaahnya  di kalangan makcik-makcik). Kunci rumah pulak ada kat ayah,kalo stop sampai lapan,tak leh balik rumah. Tunggu kat saf belakang,macam tak elok,sebab orang lain semua tgh solat..aku sorang2 duk kat belakang. Nak tak nak buat jugak la 23 rakaat..

Alhamdulillah,hanya sehari dua je perasaan nak stop sampai lapan,pas tue redha je la,lebih baik aku ikhlas.




Kudrat dan kekuatan untuk beribadah di utamakan. Jangan di salah gunakan. Lagi-lagi dah hujung-hujung Ramadhan,masa-masa yang baik dan bagus untuk kita memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Terutamanya adanya malam lailatul qadr,yang menyamaai seribu bulan. Kita umur dah la tak panjang lepas tue malas lagi nak beribadah. Dah ada tawaran macam nie,di pandang enteng pulak..

Kudrat dan kekuatan di hujung-hujung Ramadhan jangan all out untuk bershopping je..berjalan dari hujung sini ke hujung sana mencari barang-barang memenuhkan almari. Balik rumah,keletihan nak terawih malam tue pun tak larat. Rasa mengantuk lah..lenguh kaki lah.. letih lah.. macam-macam alasan.



Biarlah Ramadhan kali ini berlalu dengan smooth dan meninggalkan kesan...

"Kita masih belum selesai melaksanakan ibadah puasa,tidak layak untuk mengisytiharkan raya.
Seperti mana kita masih belum habis berperang,tidak pantas mengisytiharkan kemenangan"

Thursday, August 18, 2011

Tour De Ramadhan


In The Name of Allah,

Alhamdulillah telah 18 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga amalan-amalan kita lebih baik dari tahun lepas. Seterusnya membentuk jati diri dan peribadi yang lebih soleh.

Saya nak kongsikan secoret pengalaman saya di bulan Ramadan ini. Tak la berapa menarik sangat tapi membuatkan Ramadan pada kali ini berbeza. Iaitu dengan terancang nya satu program yang kami namakan Tour De Ramadan. Kami akan beriktikaf di masjid yang berbeza beza bagi setiap hujung minggu. Pada hari hari biasa pandai-pandailah nak cari masjid kalo nak jugak iktikaf.

Jadi,saya nak kongsikan masjid-masjid yang telah kami kunjungi. Semoga dengan baki-baki Ramadan yang ada ini dapat kita manfaatkan.


Masjid Shah Alam,
Masjid Sultan Salahudin Abd Aziz Shah..
Kat sini ada di sediakan makanan untuk berbuka dan sahur serta moreh
dari awal Ramadan lagi.
Selain tue,kami ada juga iktikaf( tidur ) dalam masjid ini.
Pada 15 Ramadan yang terakhir ada di sediakan tempat tidur bagi muslimat.
Qiamullail bermula pada pukul 4 pagi sehingga 5.15 pagi.
Alunan bacaan imamnya memang mengasyikkan,lagi-lagi ketika qiamullail..
Lepas tue selepas solat subuh,semua di jemput sebagai penonton untuk rakaman langsung Tanyalah Ustaz.
Siapa cepat dapat masuk studio,tak sempat tengoklah kat skrin besar kat luar..
Yang menariknya,
mana-mana ibu bapa yang bawa anak,pastue tak de siapa nak jagakan anak-anak tue,boleh daftar anak tersebut kebilik penjagaan kanak-kanak (bilik seminar sebenarnya).
Jadi semua kanak-kanak berkumpul dan bermain kat situ..



Ni masjid di Sentul..
Namanya,Masjid Amru Al-As.
Masjid ni pernah popular suatu ketika dulu,ketika kes liwat DSAI...lupakan
Masjid ni kami tak beriktikaf ,bersahur dan berbuka lagi.
Mungkin ada berbuka dan moreh..
Namun,untuk masjid ni sahaja kami tak gunakan apa-apa pengangkutan untuk pergi.
Mengharap pada tulang 4 kerat melangkah,moga beroleh pahala di setiap langkah.
Agak mengah la jugak...huhu



Sekali tengok dah tahu ni masjid apa..
Inilah Masjid As-Syakirin, KLCC..
Masjid ni memang cantik dan gah..
air-cond kat dalam masjid ni memang sejuk (mahkostia punya)
Masjid ni nampak intelektual sikit...(ramai dr golongan VIP)
Saf-saf di jaga dengan rapi..
siap ada seorang makcik yang tolong susunkan saf  lagi..
Bacaan di surau ni pun sangat sedap,boleh2 ada yang menagis.
Ada sahur,berbuka dan moreh di sediakan,
kadang-kadang ada nasi arab selepas solat maghrib ( kalo ada yang tak dapat mknn berbuka jgn risau)
Tapi kat sini,hanya boleh iktikaf pada 10 malam terahir,
Memang meriah kalo iktikaf,ramai orang 
Imam untuk qiamulail pun best jugak,pernah sekali Ustaz Zulkarnain..
huh...memang bergelinang air mata..
 Ada masanya solat sunat tasbih di selitkan dalam qiamullail..


Ha,masjid ni baru pi semalam..
Memang tersergam indah,menggamit kekaguman..
Huh,besar...
Nilah masjid wilayah persekutuan..
Tempat ramai orang akad nikah..
Semalam,kami sempat pergi terawih je..
Tapi memang selesa,sampai naik semangat nak buat 20 rakaat..
Ada mak guard yang tolong jagakan kanak-kanak,suapay tak ganggu solat..
No komen,tentang sahur,moreh,berbuka atau iktikaf..




Sesiapa yang berkesempatan,silalah rancang pada baki-baki Ramadan yang ada. Saya gerenti,pasti nak pegi lagi...pilihlah mana-mana masjid untuk membooster iman kita...

Setakat ni sahaja perkongsian. Tapi bukan masjid itu bukan moreh itu,bukan berbuka itu,bukan juga sahur itu yang kita niatkan unttuk melangkah pergi. Tetapkanlah niat di hati supaya mencari keredaan Allah. Supaya kesempatan Rmadan ini bermakna dan bukannya suatu rutin selama 30 hari. Selain tu,dapat jugak kita refresh iman kita di tempat-tempat yang berbeza,namun di Rumah Allah.


Sunday, August 14, 2011

Thalabah

In The Name of Allah

Indahnya tarbiyah yang diterapkan oleh Rasulullah,

                                 

Satu kisah tentang sahabat bernama Thalabah..

Pada suatu hari,Rasulullah mengirimkan satu utusan kepada Thalabah untuk di hanatr kepada suatu tempat yang agak jauh. Dia perlu merentasi padang pasir dan bukit bukau untuk melangsaikan tugasnya. Tanpa banyak soal,Thalabah melaksanakan dengan patuh dan taat.

Dalam perjalanan merentasi padang pasir,tiba-tiba angin kuat menderu. Maka terselak lah kain pelindung kamar air sebuah rumah. Secara tidak sengaja Thalabah ternampak akan seorang perempuan sedang berkemban mandi di kamar air di rumahnya. Thalabah terus mengucap panjang,dalam hatinya timbul rasa berdosa yang amat sangat. Thalabah terus terlupa akan utusan yang perlu dihantarnya. Yang dia ingat ketika itu hanyalah dosanya yang ternampak akan aurat seorang perempuan.

Tanpa berlengah,dia terus mendaki bukit dan bermunajat memohon ampuanan dari Allah. Dia tidak makan dan hanya minum susu kambing yang ada di lereng bukit. Kebetulan, jika pengembala kambing lalu di situ. Dia terus bermunajat dan memohon ampun dari Allah lamanya.

                                               

Pada masa yang sama,di sisi Rasulullah timbul rasa bimbang akan utusannya itu, pergi dan tidak pulang-pulang lagi. Maka,Rasulullah mengutuskan Umar r.a menjejaki di mana sebenarnya Thalabah. Dalam perjalanan, Umar ternampak akan Thalabah di atas bukit Entah apa yang di lakukannya di atas bukit itu,bisik Umar kehairanan. Di dekati terus Thalabah, Thalabah lemah longlai di saat di sapa Umar. Rebah kelemahan..Umar terus bertanya tentang apa yang berlaku sebenarnya terhadap diri Thalabah. Maka Thalabah menceritakan apa yang berlaku dalam kelemahanya.

Namun,selesainya bercerita Thalabah terus melemah dan tidak bermaya dan di saat itu juga dia melepaskan nafasnya terakhir. Disaat diri bermunajat dan memohon ampun akan dosa yang tidak di sengajakannnya. Tidak di sengajakannya.

Disaat pengebumiannya,ramai sahabat dan muslimin sekitar itu turut menghantar jasadnya ke kubur. Pada saat ketibaan Rasulullah,para sahabat dan para muslimin membuka jalan untuk baginda menuju ke pusara Thalabah. Walaupun,jala yang dibuka luas,tapi kelihatan Rasulullah terhimpit jalan menuju ke pusara. Ibarat berada dalam kesesakan.

Maka,para sahabat dan muslimin terasa amat pelik,sedangkan jalan yang di buka luas untuk Baginda.
Jawab Banginda;

"Kalian tidak melihat bertapa ramainya malaikat-malaikat datang memberi penghormatan terhadap beliau.."

Semua orang di situ terdiam kekaguman dengan sahabat bernama Thalabah...

                                            

Lihatlah betapa hebatnya penangan tarbiyah itu sendiri...

Wednesday, August 10, 2011

Debaran di Hari Rabu

In The Name of Allah

Dalam mood kecutian ini masih ada yang hari-harinya di isi dengan debaran demi debaran. Menanti masa untuk mendapat kelulusan. Seorang menanti title sebagai ejen insurans dan seorang lagi menanti sticker P. Doa untuk kalian,kami titipkan dengan penuh pengharapan..


                                               

Hari ini,hari Rabu detik bakal mengundang sejarah.

Alhamdulillah seorang telah pulang dengan kejayaan mencapai target yang diharapkan. Tahniah!! Telah lahir seorang ejen insurans kereta dikalangan kami....Alhamdulilllah.ukhti.... Pulang dengan kejutan kepada kami...anda memang hebat!

Seorang lagi tidak balik lagi untuk mengabarkan keputusannya.. sama-samalah kita nantikan.. InsyaAllah,boleh!

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..