Kadang-kadang kita tercuai dalam memaknakan kehidupan sendiri. Kita hanya memikirkan kepuasan diri masing-masing sehingga lupa pada yang lain. Bukankah makna hidup adalah memberi bukan pada menerima? jika tidak yakin,cuba lah memperbanyakkan memberi. Contohnya,sayangilah yang lain sebelum ingin disayangi. Hargailah yang lain sebelum ingin dihargai.
bukan mencari tapi menjadi! |
Kadang-kadang kita terlalu mendambakan perhatian dan kasing sayang. Kita terlupa pada yang kaya dengan kasih sayang. Sehingga kita meminta pada yang palsu dan penuh penipuan. Membawa diri kita lebih pada kerosakan. Maka keluarlah di dada-dada akhbar kisah-kisah yang menyayat hati. Membuktikan betapa syaitan dan nafsu yang menguasai diri manusia di zaman ini. Utamakan ruang hati ini hanya untuknya. Cambahkanlah dahannya untuk yang lain. Supaya apa saja yang kita cintai adalah keranaNya.
mantapkan kualiti dan kuantiti mutabaah! |
Kadang-kadang kita lemah menghadapi ujian dan cubaan. Kita rasa kita tidak mampu menghadapinya. Maka kita lebih banyak mengeluh tanpa memikirkan banyak lagi yang kita boleh lakukan. Betapa pesimis nya diri kita ini. Padahal Nabi dan para sahabat telah tunjukkan bahawa dunia ini pasti ada ujina dan cubaannya. Kerana apa? Ujian dan cubaan adalah jambatan yang akan menghantar kita kepaa kehidupan yang lebih baik.
Juga untuk menegur kita atas kekhilafan yang kita sendiri tidak sedar.
Lihatlah Ibrahim A.S yang sangat mencintai anaknya Ismail A.S. Allah menarik Ismail A.S dari tangan Ibrahim. Dia memerintahkan kepadanya supaya menyembelih Ismail. Namun ketika ia meletakkan pisau di leher anaknya,yang ada pada hatinya hanyalah kecintaan yang menggunung dengan mengahrapkan redha Allah semata-mata. |
Tiada dua hati dalam satu rongga:
"Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati dalam rongganya.........(33:4)
Lihatlah ketika YaakubA.S sangat-sangat mencintai anaknya Yusoof A.S sehingga hidup dan hatinya yang ada hanyalah Yusoof. Maka Allah mengambil Yusoof dari hidupnya selama20 tahun,sehingga hatinya diepnuhi semula dengan kecintaan pada Alalh semata. Setelah itu,Yusoof dikembalikan kepadanya. |
\
"Susah sekali untuk dia untuk datang kepada akhirat kerana ia telah menghancurkan akhiratnya dan dia tak nak tinggalkan dunia yang telah dibinanya.."
No comments:
Post a Comment