Ada satu kisah menarik untuk direnungkan...
Sepasang penzina telah di tangkap oleh pihak JAIS baru-baru ini. Yang lelaki sudah berkahwin dan seorang lagi belum. Mereka ditangkap di rumah si perempuan tersebut. Malu bukan main kepalang,penduduk disitu juga terlibat dalam penangkapan mereka.
Hasil siasatan dan perbicaraan mereka didenda sebanyak RM 3000 atau dipenjara 5 bulan atau kedua-duanya sekali (tentang denda ni tak termaktub dalam syeksen mana). Yang lelaki ni bekerja sebagai kerani di syarikat swasta,manakala si perempuan ini seorang supervisor di kilang.
Kita lanjutkan cerita si lelaki ini sahaja.
Maka setelah didenda sebegitu,si lelaki ni sangatlah runsing. Ye la dengan gaji sebagai kerani mana ada duit sebanyak itu,anak bini lagi nak kena tanggung. Isterinya terus minta fasakh,kecewa dengan sikap suaminya yang tidak jujur padahal usianya patut dibanyakkan bermunajat kepada Allah. Maka dapatlah dia status duda di usia tua. Akibat tidak ada duit,si duda ini telah meringkuk dalam penjara selama 5 bulan kerana ditangkap berkhalwat. Tak lama selepas dibebaskan,duda ini meninggal kerana kemurungan yang berlebihan.
Seperti yang dijanjikan,
Maka hari yang dinantikan telah berlaku. Setiap manusia telah berhimpun dalam perhimpunan yang mega. Bukan dalam majlis keramaian tapi majlis keraian bagi yang dahulu telah berusaha meraih redhaNya.
Kita tidak bisa beralasan,kerana telah habis waktu beralasan.. Hari yang dhasyat,perkara yang sulit,keringat yang bercucuran deras,nafas yang kembang kempis,dan matahari di dekatkan.
Setiap daripada kita akan disoal bukan dalam kelompok tapi seorang demi seorang...maka tibalah giliran si duda ini.
"Kau dulu pernah berzina.."
"Benar ya Allah"
"Masuklah engkau ke naraka jahanam"
"Tapi aku telah terima balasannya di dunia dulu. Aku di denda RM 3000. Tapi aku tak ada duit,jadi aku dipenjara 5 bulan. Itulah balasan aku berzina dulu. Tak cukup lagi ke? Kat dunia dah kena takkan kat sini kena lagi ?
"Sapa yang buat denda macam tue? Bukankah aku telah beritahu hukumannya rejam sampai mati?"
"Mana aku tahu..polis yang denda aku macam tue?"
"Mana? Panggil polis cepat.."
Maka polis datang dengan meluru.
"Betul kamu yang denda si duda ini begitu? Dengan kesalahan berzina,kamu denda si duda selama 5 bulan dalam penjara?"
"Benar ya Allah.."
"Kenapa kamu tak denda dia seperti yang telah aku perintahkan? Rejam sampai mati?"
"Mana kami tahu,undang-undang yang termaktub macam tue.."
"Sapa yang buat undang-undang? Panggil dia kesini.."
Maka melurulah penggubal undang-undang
"Benar kamu yang gubal undang-undang?"
"Benar ya Allah.."
"Kenapa kamu tak patuhi hukum hudud?"
"Mana kami tahu,rakyat yang nak macam tue.."
"Mana rakyat kamu? Panggil mereka kemari.."
Maka seluruh rakyat datang menghadap Allah
"Wahai rakyat semua..kamu mendalami agama tak masa di dunia dulu?"
"Kami belajar ya Allah"
"Siapa yang ajar kamu?"
Panggil dia kemari...........
************************************
Ha..bergitulah seterus dan seterus nya.Pengadilan Allah akan berlaku dengan telus dan tepat. Tiada yang lebih adil dari mahkamah Allah. Tidak akan ada seorang pun yang akan terlepas..
Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan(di mukanya),begitu juga kejahatan yang telah dikerjakannya,ia ingin sekali kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksaNya. Dan sangat penyanyang kepada hamba-hambaNYA.(3:30) |
Teringat ketika ceramah israk dan mikraj...
Orang miskin cepat masuk syurga berbanding orang kaya..
Pengadilan orang miskin sekejap berbanding orang kaya.Orang kaya banyak yang perlu dipersoalkan..
Orang miskin..
"dirumah kamu ada TV tak?"
"tak ada ya Allah"
Orang kaya..
"dirumah kamu ada TV tak?"
"ada ya Allah"
"TV kat rumah kamu ada astro tak?"
"ada ya Allah"
"astro apa? beyond ke biasa? dimana kamu letakkan TV tue? untuk apa kamu gunakannya?"
..............................
Beginilah contoh yang diberi. Andai nikmat diberi tak diguna semanfaatnya,jawablah sendiri dengan Allah.
Segala amanah akan dipertangungjawabkan. Dari serendah-rendah jawatan hingga sebesar-besar gaji(jika dapat).Sama ada kita ni murabiyah,mutarabbi,penggerak,ketua,anak,pelajar.... Jalankanlah tangungjawab dan amanah sebaiknya. Usah difikirkan pujian dari manusia cukuplah dengan keredhaan Allah. Jangan mengaharapkan nampak hebat,bagus dan bijak.. yang penting ikhlas semata-mata.InsyaAlah..
wallahualam,
isi:surau al-firdaus sg lalang
No comments:
Post a Comment