Thursday, July 21, 2011

indahnya..nikmatnya.

In The Name of Allah.

Ahamdulillah dengan kebesaran dan kekuasaanNya, saya masih mempunyai kudrat untuk menulis.
"Demi masa sesungguhnya manusia senantiasa dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran."

Setiap daripada kita diberi masa untuk dimanfaatkan. Dalam 24 jam..masa yang paling berharga ialah masa ketika kita solat;rukuk dan sujud. Betapa indahnya,nikmatnya. Ketika inilah kita mengadap yang telah menciptakan kita,yang mengetahui masa hadapan kita dan memiliki segala-galanya. Tapi,jarang sekali kita sedar dan hargai masa itu. Kalo boleh kita nak lekas-lekas ibarat patukan ayam. Macam dunia ini kita yang punya...dan segala aturanya adalah atas usaha kita. Dimana sebenarnya,kita letakkan keagungan Allah? Hmmm...Adakah ketika kita ditimpa kesusahan?

                                              

Dalam 1 tahun,365 hari kita diberi satu bulan untuk kita hargai sepenuhnya,andai 11 bulan lagi kita terlalu leka. Sebulan diberi untuk kita memperbaiki diri dan meningkatkan lagi kualiti ibadah kita. Sebulan digelar bulan mentarbiyah diri;didik diri supaya kembali kepadaNya. Tak pernah solat,belajar solat;tergagap baca al-quran,belajar supaya lancar;asyik turutkan nafsu,maka bulan inilah masa mendidiknya semula. Betapa indahnya,nikmatnya bulan Ramadhan.

Ada riwayat menyatakan,pada zaman nabi-nabi terdahulu,umur-umur mereka panjang panjang. Punya banyak masa untuk beribadah.

Nabi Adam a.s umurnya mencecah 1000 tahun.
Nabi Nuh sendiri 1000 kurang 50 tahun.
Nabi Ibrahim pula akil balighnya pada umur 120 tahun.

Tapi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,60 hingga 70 tahun. Nabi kita sendiri wafatnya pada umur 63 tahun. Pendek dibandingkan dengan nabi-nabi terdahulu. Jadi dalam umur sekadar 60-70 tahun,apa yang kita ada untuk menempat di syurga Allah??

Makanya,Allah bagi kita 1 bulan,kalo beribadah menyamai 1000 bulan. Itulah bulan Ramadhan kerana dalam bulan barakah ini ada lailatulqadr.

Perbanyakkan lah tilawah dari sekarang,supaya tidak jenuh membaca ketika Ramadhan,

Keraplah berzikir dari sekarang,supaya mulut jauh dari berkata kosong nanti,

Berusahalah untuk bangun tahjud dari sekarang,supaya nanti nafsu terdidik untuk Ramadhan nanti,

Rajinlah berjemaah ke surau dari sekarang,supaya surau tidak pelik memandang kita ketika tibanya Ramadhan

Tinggalkan lah perkara lagha dari sekarang,supaya tidak susah berengang ketika Ramadhan nanti,


                                               


Yang penting,berusahalah beramal dari sekarang jangan tunggu Ramadhan nanti,supaya kita sendiri tidak terkejut dengan perubahan yang ingin dilakukan. Malah amalan ketika Ramadhan dapat dipertingkatkan lagi.

"Ya Allah berkatilah aku dalam Rejab dan Syaaban,dan sampaikanlah dalam Rmadhan"

Indahnya,nikmatnya...jika sesuatu yang kita harapkan dapat diperolehi. Bestkan. Tapi lebih indah dan nikmat jika sesuatu yang tak pernah kita harapkan telah diberi. Lagi best. Semoga kita disampaikan kepada Ramadhan dan diberi kenikmatan beribadah dalamnya.

Dari saya: Selamat Meraikan Keberkahan Ramadhan,maaf atas segalanya.

Wednesday, July 13, 2011

Bersedia untuk Jawab

                                                              In The Name of Allah..

Ada satu kisah menarik untuk direnungkan...

Sepasang penzina telah di tangkap oleh pihak JAIS baru-baru ini. Yang lelaki sudah berkahwin dan seorang lagi belum. Mereka ditangkap di rumah  si perempuan tersebut. Malu bukan main kepalang,penduduk disitu juga terlibat dalam penangkapan mereka.

                                         

Hasil siasatan dan perbicaraan mereka didenda sebanyak RM 3000 atau dipenjara 5 bulan atau kedua-duanya sekali (tentang denda ni tak termaktub dalam syeksen mana). Yang lelaki ni bekerja sebagai kerani di syarikat swasta,manakala si perempuan ini seorang supervisor di kilang.

Kita lanjutkan cerita si lelaki ini sahaja.

Maka setelah didenda sebegitu,si lelaki ni sangatlah runsing. Ye la dengan gaji sebagai kerani mana ada duit sebanyak itu,anak bini lagi nak kena tanggung. Isterinya terus minta fasakh,kecewa dengan sikap suaminya yang tidak jujur padahal usianya patut dibanyakkan bermunajat kepada Allah. Maka dapatlah dia status duda di usia tua. Akibat tidak ada duit,si duda ini telah meringkuk dalam penjara selama 5 bulan kerana ditangkap berkhalwat. Tak lama selepas dibebaskan,duda ini meninggal kerana kemurungan yang berlebihan.

                                             

Seperti yang dijanjikan,

Maka hari yang dinantikan telah berlaku. Setiap manusia telah berhimpun dalam perhimpunan yang mega. Bukan dalam majlis keramaian tapi majlis keraian bagi yang dahulu telah berusaha meraih redhaNya.
Kita tidak bisa beralasan,kerana telah habis waktu beralasan.. Hari yang dhasyat,perkara yang sulit,keringat yang bercucuran deras,nafas yang kembang kempis,dan matahari di dekatkan.

Setiap daripada kita akan disoal bukan dalam kelompok tapi seorang demi seorang...maka tibalah giliran si duda ini.

"Kau dulu pernah berzina.."


"Benar ya Allah"


"Masuklah engkau ke naraka jahanam"


"Tapi aku telah terima balasannya di dunia dulu. Aku di denda RM 3000. Tapi aku tak ada duit,jadi aku dipenjara 5 bulan. Itulah balasan aku berzina dulu. Tak cukup lagi ke? Kat dunia dah kena takkan kat sini kena lagi ?


"Sapa yang buat denda macam tue? Bukankah aku telah beritahu hukumannya rejam sampai mati?"


"Mana aku tahu..polis yang denda aku macam tue?"


"Mana? Panggil polis cepat.."

Maka polis datang dengan meluru.


"Betul kamu yang denda si duda ini begitu? Dengan kesalahan berzina,kamu denda si duda selama 5 bulan dalam penjara?"


"Benar ya Allah.."


"Kenapa kamu tak denda dia seperti yang telah aku perintahkan? Rejam sampai mati?"


"Mana kami tahu,undang-undang yang termaktub macam tue.."


"Sapa yang buat undang-undang? Panggil dia kesini.."

Maka melurulah penggubal undang-undang

"Benar kamu yang gubal undang-undang?"


"Benar ya Allah.."

"Kenapa kamu tak patuhi hukum hudud?"


"Mana kami tahu,rakyat yang nak macam tue.."


"Mana rakyat kamu? Panggil mereka kemari.."


Maka seluruh rakyat datang menghadap Allah


"Wahai rakyat semua..kamu mendalami agama tak masa di dunia dulu?"


"Kami belajar ya Allah"


"Siapa yang ajar kamu?"


Panggil dia kemari...........

************************************

Ha..bergitulah seterus dan seterus nya.Pengadilan Allah akan berlaku dengan telus dan tepat. Tiada yang lebih adil dari mahkamah Allah. Tidak akan ada seorang pun yang akan terlepas..

                                   




Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan(di mukanya),begitu juga kejahatan yang telah dikerjakannya,ia   ingin sekali kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksaNya. Dan sangat penyanyang kepada hamba-hambaNYA.(3:30)


Teringat ketika ceramah israk dan mikraj...

Orang miskin cepat masuk syurga berbanding orang kaya..
Pengadilan orang miskin sekejap berbanding orang kaya.Orang kaya banyak yang perlu dipersoalkan..

Orang miskin..
"dirumah kamu ada TV tak?"
"tak ada ya Allah"

Orang kaya..
"dirumah kamu ada TV tak?"
"ada ya Allah"
"TV kat rumah kamu ada astro tak?"
"ada ya Allah"
"astro apa? beyond ke biasa? dimana kamu letakkan TV tue? untuk apa kamu gunakannya?"
..............................

Beginilah contoh yang diberi. Andai nikmat diberi tak diguna semanfaatnya,jawablah sendiri dengan Allah.



                                 



Segala amanah akan dipertangungjawabkan. Dari serendah-rendah jawatan hingga sebesar-besar gaji(jika dapat).Sama ada kita ni murabiyah,mutarabbi,penggerak,ketua,anak,pelajar.... Jalankanlah tangungjawab dan amanah sebaiknya. Usah difikirkan pujian dari manusia cukuplah dengan keredhaan Allah. Jangan mengaharapkan nampak hebat,bagus dan bijak.. yang penting ikhlas semata-mata.InsyaAlah..

wallahualam,
isi:surau al-firdaus sg lalang

Sunday, July 10, 2011

Kadang-kadang

                                                          In The Name Of Allah

Kadang-kadang kita tercuai dalam memaknakan kehidupan sendiri. Kita hanya memikirkan kepuasan diri masing-masing sehingga lupa pada yang lain. Bukankah makna hidup adalah memberi bukan pada menerima? jika tidak yakin,cuba lah memperbanyakkan memberi. Contohnya,sayangilah yang lain sebelum ingin disayangi. Hargailah yang lain sebelum ingin dihargai.

bukan mencari tapi menjadi!
                                               

Kadang-kadang kita terlalu mendambakan perhatian dan kasing sayang. Kita terlupa pada yang kaya dengan kasih sayang. Sehingga kita meminta pada yang palsu dan penuh penipuan. Membawa diri kita lebih pada kerosakan. Maka keluarlah di dada-dada akhbar kisah-kisah yang menyayat hati. Membuktikan betapa syaitan dan nafsu yang menguasai diri manusia di zaman ini. Utamakan ruang hati ini hanya untuknya. Cambahkanlah dahannya untuk yang lain. Supaya apa saja yang kita cintai adalah keranaNya.


mantapkan kualiti dan kuantiti mutabaah!
                                             

Kadang-kadang kita lemah menghadapi ujian dan cubaan. Kita rasa kita tidak mampu menghadapinya. Maka kita lebih banyak mengeluh tanpa memikirkan banyak lagi yang kita boleh lakukan. Betapa pesimis nya diri kita ini. Padahal Nabi dan para sahabat telah tunjukkan bahawa dunia ini pasti ada ujina dan cubaannya. Kerana apa? Ujian dan cubaan adalah jambatan yang akan menghantar kita kepaa kehidupan yang lebih baik.
Juga untuk menegur kita atas kekhilafan yang kita sendiri tidak sedar.




Lihatlah Ibrahim A.S yang sangat mencintai anaknya Ismail A.S. Allah menarik Ismail A.S dari tangan Ibrahim. Dia memerintahkan kepadanya supaya menyembelih Ismail. Namun ketika ia meletakkan pisau di leher anaknya,yang ada pada hatinya hanyalah kecintaan yang menggunung dengan mengahrapkan redha Allah semata-mata.





Tiada dua hati dalam satu rongga:

"Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati dalam rongganya.........(33:4)



Lihatlah ketika YaakubA.S sangat-sangat mencintai anaknya Yusoof A.S sehingga hidup dan hatinya yang ada hanyalah Yusoof. Maka Allah mengambil Yusoof dari hidupnya selama20 tahun,sehingga hatinya diepnuhi semula dengan kecintaan pada Alalh semata. Setelah itu,Yusoof dikembalikan kepadanya.





\                                            


"Susah sekali untuk dia untuk datang kepada akhirat kerana ia telah menghancurkan akhiratnya dan dia tak nak tinggalkan dunia yang telah dibinanya.." 

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..