Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang dianugerahkan Allah kepadamu tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia,dan berbuat baiklah (kepada orang lain sebagaimana Allah erbuat baik kepadamu), dan janganlah berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.
Jadi,meh sama-sama kita seimbangkan dunia wa akhirat kita..
tapi,macam mana nak seimbangkan?
barapakah 'proportion' yang perlu diberi jika kita ada 100 %?
adakah 50% dunia dan 50% akhirat?
betul ke tue?
Tapi macam mana pulak dengan kadar makanan seimbang?
adakah 20 %- karbohidrat,20 % - protein,,20 % -lemak,20 - minerals, 20 % - serat?
Tentulah bukan! Tapi ambil sekadar keperluan sahaja...
Konklusinya,
begitu jugalah dunia dan akhirat..
Ambillah dunia sekadar keperluan sahaja
Tetapi kejarlah akhirat sesungguhnya..
Aik? kenapa macam tue???
kenapa tak ambil akhirat sekadarnya dan dunia sesungguhnya?
Jom kita tengok lagi...
(79: 37-41)
"Maka dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya,adapun orang yang melampau perbuatan derhakanya; serta dia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata; Maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun,orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya,untuk dihitung amalannya.;serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya."
Jadi,apakah 'proportion 'sebenar dunia dan akhirat?
Jawapan yang tepat adalah 100 % hanyalah untuk akhirat..
Apa yang di lakukan di dunia hanyalah sebagai medium mencapai kejayaan Akhirat!
Dah tahu kan?
Mari sama-sama kita betulkan balik niat dan orientasi hidup kita..
Mencari dan mengejar keredhaan Allah!
No comments:
Post a Comment