Thursday, February 17, 2011

Keberkatan

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah,pencipta sekalian alam. Serta selawat dan salam ke atas junjungan besar dan tauladan sepanjang zaman Rasulullah,Muhammad bin Abdullah. Moga diberi kerkuatan dan kesedaran untuk mengikuti sunnahnya sedekat-dekatnya. InsyaAllah.

Alhamdulillah,sekali lagi,saya diberi kesempatan untuk mencoret sedikit pengalaman agar menjadi pengajaran buat yang lainnya. Jika hanya berkata-kata akan mudah dilupa,jika menulis mungkin akan mudah untuk di ingati walaupun diri ini telah di panggil oleh yang berhak.

Alkisah tentang seorang daie yang sedang berusaha berubah dan merubah orang lain supaya mendekati Allah,Tuhan pencipta sekalian alam.

Minggu ini adalah minggu exam baginya dan coursematenya serta sahabat perjuang FSKB. Jadi,seluruh mereka sibuk dengan persiapan mengahdapi exam yang berturut-turut selama seminggu. Setiap hari ada exam at least satu paper. Masing-masing bertungkus lumus dengan usaha masing-masing.

Tiba-tiba,hari khamis yang esok nya ada paper anti infektif pada pukul 3.30 petang di TIBE, coursemate bagi taw,kelas BI set mereka ada kelas esok,pukul 8 hingga pukul 12 t/hari. Dia terkejut sebab selalunya,kalo minggu exam,tak ada kelas,mahupun kelas BI. Ada jugak tersirat dalam hati untuk ponteng je...ala BI je pun.
Tambahan pulak,esok paper anti infektif. Aduh banyak nak kena ingat.. nama bakteria,ubat nya,mechanism ubat la,mechanism bacteria la. buakn satu dua ubat tapi berlambak..bacteria nie boleh guna ubat nie,ubat nie boleh guna untuk bacteria nie..saling bersilang dan bercampur. Senang kata,baca satu nie,yang lain cam da lupa..itulah sedikit sebanyak cabaran.

Lupakan kelas BI tue,malam tue study bebetul..biarla tak leh ingat..at least baca. Mana taw masa nak jawab tetiba teringat..hmm. Itu la,harapan si daie ini. Pada masa yang sama die nie dok pening gak tentang pengangkutan untuk gi program..akhirnya,tak pe serahkan je kat ajk pengangkutan.

Esoknya,jumaat..sedang si daie nie membaca lagi nota-nota yang cuba di fahami..satu mesej di hp di terima.

                                          "salam.g tak kelas bi"   dibalasnya   "pegi".

Walaupun,dalam sudut hatinya,agak berat,langkah tetap digagahi..walaupun mungkin dia seorang je yang hadir kelas bi nie. Teringat akan kata-kata seorang doktor yang selalu memberi pengisian,

    "sekarang nie,antunna semua kali boleh jangan cuba untuk ponteng kelas saja-saja"

kata-kata nie,cukup untuk menguatkan langkahnya untuk turun tangga blok ke PKP.

      "manusia sekarang nie,berkejar-kejar mencari kekayaan,mereka lupa untuk mencari keberkatan  rezeki  mereka itu"

kata-kata menguatkan lagi langkahnya untuk sampai ke PKP. Aku bukan nak kan kejayaan tapi aku nakkan keberkatan..

Di lihatnya,ramai juga kawan-kaan sekelasnya sedang menunggu di hadapan PKP. Langkah diteruskan dengan senyuman dan berkongsi-kongsi tentang persediaan menghadapi paper petang nie.
PKP telah buka dan kami mendaki tangga menuju ke kelas,sedang Kak Mas (teacher BI) tak sampai lagi. Kami duduk dan bersedia menghadapi kedatangan Kak Mas. Dia masuk dam melangkah ke kelas dan duduk di tempat disediakan.

Riak wajahnya sedikit terkejut,dan dia terus berkata-kata dalam BI. Apa yang disimpulkan,

"they give a bad impression about them. They give me reason to hate you all. About,next week..some of your fren ask me to cancel our class,and i wont do it since what they have done today.. "

Sahabat-sahabat si daie nie tak kisah di bebel sebab bukan mereka yang ponteng kelas.. tetapi berkaitan dengan cuti minggu depan,rata-rata dah bercadang nak balik sebab khamis kami tak ada kelas.. mereka juga hampa dan marah dengan sahabat yang tidak hadir ke kelas BI pada hari itu. Walaupun 8 orang tak datang,Kak Mas memang terasa hati dan hampir terdiam pilu ketika membebel..menahan tangisan. Dia berkorban keluar rumah jam 6.30 pagio menghadapi jam dan segala bagai di jalan raya. Tetapi,bila samapi di kelas,studentnya sendiri ponteng kerana exam. Satu soalan yang ditanya kepada daie dan rakan-rakan

"when did you know you have paper today at 3.30 pm? its it yesterday????"

some one answer..

"no..before chinese new year"

Kat sini,daie nie nak share dengan kita semua.. betapa pentingkan dirinya sahabat-sahabat yang ponteng kelas hari itu..bukan sahaja mengecewakan gurunya,membuat guru nya sedih dan hampir mengangis tetapi juga mengecewakan dan menghampakan sahabt-sahabatnya untuk pulang minggu depan... Jadi ada sahabat-sahabatnya yang tekad nak balik,nak ponteng kelas lain hari rabu minggu depan kerana tak dapay cuti hari jumaat minggu depan..semuanya kerana sahabat- sahabat mereka yang ponteng kelas BI minggu itu.

Lihat betapa hebatnya orang yang pentingkan diri dengan memonteng kelas,ibarat mereka sahaja yang ada exam hari itu???

Konklusinya,jangan pentingkan diri sendiri,jangan cuba untuk ponteng kelas walapu apa pun kelas sedangkan kita mampu untuk hadir,fikirkan lah pengorbanan guru kita. Ingat depa suka-suka je ke datang ke KTSN pada jam 6.30? Kita bukan hanya nakkan kejayaan tetapi juga KEBERKATAN!!! Keberkatan itulah menjamin keredhaan Allah..

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..