ana nisa yang masih kebingungan.. |
"amal,ana nak berterus terang je la,tapi anti jangan la pandang rendah kat ana pula nanti"
"ishhh..apa la pulak ana nak pandang rendah,ceritanya pun belum. Insya Allah ana janji ana takkan pandang rendah kat anti.."
"sebenarnya,ana rasa bingung dan letih la dengan gerak kerja dakwah nie.."
"apa maksud anti.." amal mula kebingungan
"ana rasa ana tak dapat nak balance kan masa untuk kerja dakwah dengan study ana. Tahun dua nie,ana rasa macam kelam kabut sangat study. Banyak yang ana tak dapat catch-up,subjek pun dah bertambah. Kalau dulu tahun satu boleh la,4 subjek je pun. Tapi sekarang nie ana kena ambil 7 subjek. Semuanya bukannya senang-senang bahkan memerlukan banyak masa faham. Ana bukannya orang yang cepat dapat dan cepat pikap. Tambah pulak lagi dengan report yang bertimbun-timbun..ana selalu ketinggalan berbanding dengan sahabat ana yang lain-lain. Ana takut sahabat-sahabat ana aka pandang rendah kat ana."
amal hanya merenung muka nisa,mengharapkan lebih penjelasan.
"kekadang ana terfikir,ana rasa cukup lah dengan ana datang ke halaqah sebagai kerja dakwah ana. Ana rasa tak mampu untuk bawa taklim,ana rasa ana tak cukup masa la nak tajmik madu'. Ana jelous tengok sahabat-sahabat ana,hidup mereka tak sibuk pun dengan kerja dakwah..tapi result maintain gempak. Yang ana nie,duk sibuk pi sana sini bergerak masih terkapai-kapai. Ana ingat nak berdakwah melalui study je.." nisa menghentikan kata-katanya,melihat reaksi amal,mengharapkan nasihat.
"ukhti,memang wajar saja seorang daie itu merasa letih,sebab ia bukanlah suatu kerja yang ringan. Dakwah ini adalah suatu kewajipan yang berat,sebab nya kita perlu mengawasi manusia,sejauh mana dakwah kita kepada manusia,sejauh itu pula mereka memperoleh atau tidak memperoleh kebahagian dan akan terpengaruh akan terhadap pahala atau siksa."
Nisa mengangguk faham..baru teringat sebab dah biasa dengar.
"Sejujurnya ana sendiri kadang-kadang merasa letih untuk berbuat,kerna kita juga manusia kan. Tapi cuba kita fikir,Rasulullah dahulu,dugaan dan cobaan dan makian yang baginda hadapi lebih besar kalau nak di bandingkan dengan dugaan kita sekarang nie. Baginda dan para sahabat pernah dipulaukan,di maki dan ketika baginda berhijarah ke Taif,baginda telah di halau sedangkan ketika itu,baginda masih dalam kesedihan atas kematian pakcik dan isterinya yang tercinta. Bukan itu sahaja ukhti,bahkan banyak lagi dugaan yang Allah turunkan kepada baginda padahal baginda adalah kekasihNYA. Sedangkan kita ,dugaannya hanyalah subjek nya bertambah,assignmentnya dan report bertimbun sudah mengeluh tak mampu. Kalo Rasulullah juga bersikap begini pastinya nikmat iman dan islam tak sampai kepada kita.
'apakah manusia mengira mereka dibiarkan hanya dengan mengatakn "kami telah beriman " sedangkan mereka tidak diuji?'(29:2)
dan Allah juga menyebut
'dan sungguh,kami benar-banar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu;dan akan kami uji perihal kamu'(47:31)
"Cuba nati beri alasan tadi tue kepada Allah,anti rasa Allah akan terima tak?
Anti kena ingat yang bagi anti rezeki untuk berada dalam course farmasi ialah Allah. Apalah yang layak nya kita,untuk berkedekut masa dengan Allah. Kalau Allah berkehendak bila-bila masa Allah boleh tarik nikmatnya.Ana rasa anti cuba semak balik aktiviti harian anti,betulkah selepas anti sibuk berhalaqah,bertaklim,bertajmik dan berbuat ubtuk dakwah,masa anti untuk study,assignment dan repot dah tak ada?. Ukhti,itu mungkin ujian Allah terhadap anti"
'dan jangan kamu jual perjanjian dengan Allah dengan harga yang murah,sesungguhnya apa yang ada disisi Allah itu lebih baik jika kamu mengetahui'(16:95)
Nisa mengetap bibirnya,dia sendiri tahu jawapannya...
Sebenarnya banyak masa dan ruang dia yang tidak digunakan sepenuhnya...tapi di isi perkara yang sia-sia. Tak mungkin Allah akan terima alasannya... (getus nisa dalam hati..)
"tentang sahabat-sahabat anti yang tak sibuk pun nak berhalaqah dan berdakwah tapi result gempak-gempak. Bahkan kadang-kadang hubungan dengan Allah pun mereka tak jaga apatah lagi hak-hak Allah. Satu benda yang anti kena ingat,pointer yang cemerlang itu bukan penentu sepenuhnya kejayaan kita di dunia apatah lagi di akhirat. Ada orang yang dapat keputusan 4 flat,tapi interview gagal. Ada yang dapat 4 flat kat matrik,tapi masuk U tapi repeat paper,ada juga yang repeat year. Ada yang dapat dekan kat universiti tapi lepas grad terkantoi-kantoi hidupnya,tak ada hala tuju. Tapi perkara penentu kejayaan hidup kita adalah keredhaan Allah itu sendiri."
"dan kita takkan mampu untuk membawa taklim atau halaqah,pergi tajmik madu' buat muka tebal,atau melakukan apa-apa pengorbanan andai kekuatan itu kita hanya sandarkan hanya kepada diri sendiri. Kita lupa bahwa kita punya majikan yang selalu bersama-sama kita,yang selalu mendegar keluhan kita. Majikan yang memberi kita kekuatan dan keyakinan. Iaitu lah Allah. Dalam kerja dakwah ini,Allah akan selalu mebantu kita,yakinlah."
'wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong agama Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan keduduknmu'(47:7)
ukhti,
'berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Dia tela memilih kamu dan tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.'(22:78).
Nisa masih diam termanggu,terfikir....
"nisa,mungkin ini sahaja ana mampu bagi untuk menjelaskan kebingungan anti"
"amal,terima kasih..."
"sekarang baru ana terfikir secara luas,ana nie terlalu pentingkan diri sendiri,ana lupa apa tujuan sebenar kehidupan ini. Ana dah terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara. Maafkan ana.."
Nisa dan amal berpelukan dalam tangisan..(chewah...haha.)