Tuesday, February 21, 2017

Kita Ansar 2.0


Bismillah,

Alhamdulillah, selesai amanah untuk Usrah Inspirasi Khadijah pada minggu nie. Terjual satu magic set kepada salah seorang ahli usrah juga. Moga bermanfaat magic set tersebut untuk diri si pembeli.
Berkesempatan juga, setelah selesai semuanya, dr nisa, sn eida dan saya menikmati juadah berbuka kami di kedai. (bujanglah katakan, tak sempat nak beli sebelum maghrib, kami berbuka makanan berat selepas isyak).

Sembang-sembang kami di meja semua berkaitan pesakit, ubat, rawatan, humanity to refugees yang datang ke hospital dan sebagainya. Meraikan titik persamaan antara kami. Ala-ala sweet camtu.

Nak menyambung cerita Kita Ansar,

"I was being ask by the people surrounding. Why are u come here (Malaysia). Why not u stay in Aleppo dan protect your country? "

Hassan memulakan cerita. Persoalan yang sama juga dia utarakan kepada ayahnya seorang petani. Namun, respon ayahnya kepada dia yang ketika itu hanya berumur 12 tahun.

"You have nothing to protect Aleppo. You stay here, and study " simple.

Ya, betul apa yang ayahnya beritahu.

"Only youth can change the world.If youth are in Aleppo, who will replace them if they are killed? "
Nobody, then how can they rebuild the country again.

Hassan hanay berumur 17 tahun. Pertama kali nampak macam late 20. Die sedang menyambung pelajaran IGSE di Cranberry College di Ampang.

Perkongsian tentang Kitchen in Calais dan pengalaman Hassan

Beliau merupakan salah satu warga pelarian Syiria pada 2012 dahulu. Sekarang beliau bergiat aktif dalam pengurusan sekolah bagi anak-anak pelarian Syiria. Jika tidak, kanak-kanak hanya punya pilihan bersekolah di international school atau sekolah swasta atas asbab ketidaksahan taraf.

Hassan memulakan kehidupan di Malaysia sebagai pencuci pinggan sehinga beliau fasih berbahasa melayu. Sekarang beliau merupakan salah satu tenaga pengajar bahasa melayu. Pelbagai lagi usaha-usaha Hassan bersama team nya untuk membantu pelarian Syiria di Malaysia.

Mereka punya cita-cita untuk membina semula Syiria. Kebanyakkan mereka apabila di tanya,

"Do you miss your country?" Mereka akan menjawab "Yes"

Mereka berazam untuk kembali semula ke negara mereka. Itu cita-cita mereka ketika di sini..
Betapa kesusahan hidup sangat menguji mereka untuk meneruskan kehidupan. Tapi mereka tidak punya pilihan melainkan berusaha walaupun tidak di beri peluang. Susahnya hidup pelarian di negara ornag telah menyatukan hati mereka.

Persembahan dari kanak-kanak Syiria


Kita tidak perlukan kewarga negaraan yang serupa untuk merasa kesatuan,
Cukuplah hati yang beriman menjadi penyatu di antara kita.

Mereka muhajirin, kita ansar.

To be continue

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..