Bismillah,
"Charity begin at home" is a nice quote engrave in my heart until now.
Usai urusan kerja di Shah Alam, aku dan huda terus bersiap-siap ke Bangi. Bersiap pakai baju Yosh. Baju paling comot. Baju yang tergolek ketika mendaki, baju yang ada titisan cat ketika projek mengecat perpustakaan di Ranau. Tapi pakai jugak. Hehe
Teruskan perjalanan ke seksyen 16, Pusat Pendidikan Islam Bangi. Suasana yang meriah dalam bangunan yang bewarna putih dan beratap hijau. Terus mencari golongan Yosh untuk tahu apa yang boleh di bantu. Kena proaktif. Jumpa checkpoint2 kecil untuk kanak-kanak bermain game dan kumpul cop untuk membolehkan mereka menuntut hadiah nanti.
Kanak- kanak Syiria sangat comel dan bahasa inggeris adalah medium untuk berbual dengan mereka.
"What is your name? "
"Abdul Rahman"
"How old are u? "
"Six years old" sambil menunjuk jari 6
"U miss your country?"
"Yes, i miss my house is Syiria"
" Can i take picture with you? "
" Cannot "
" Why? "
" My mother do not let me to "
" Owh, its Okay "
|
ini bukan gambar Abdul Rahman :p |
Dan pelbagai lagi perbualan dengan masyarakat Syiria. Setelah bermain dengan kanak-kanak saya masuk ke dewan mendengar pekongsian daripada Puan Sofinee mengenai Kitchen in Calais. Sesuatu yang saya pernah dengar dari seorang kawan pada tahun lepas. Dengar macam tu je la.
Puan Sofinee sangat menekan kan. She and her husband is nobody. Bukan menteri dan tiada kuasa. But what they did in Calais is something incredible.They set up a camp in a jungle for Syirian Refugee.
Muslim Refugees was like the Muhajirin from Mecca, we as a Malaysian do we accepting them as what Ansar did?
This word really touch me.
En Jamal dan Puan Sofinee said, what they did and doing right now is not solving the problem but just helping what they can do. Untuk menyelesaikan isu pelarian ini cukup sebenarnya smeua orang memberi peranan untuk bantu. Bilangan mereka tidak seramai bilangan kita di sini.
"Its about 20,000 refugees in Malaysia. Thus enough if 20,000 malaysians take part. Its a simple calculation.But we, malaysian is lack of awareness regarding the refugees"
Betul. Masyarakat Malaysia hanya tahu tentang pelarian dan kurang kesedaran. Sama macam saya pada mulanya.
Masa saya mula-mula sampai, jujurnya saya tak nampak anak-anak syiria ni macam pelarian. Pakaian mereka masih lagi kemas dan cantik. Sebenarnya, mereka adalah orang-orang yang boleh di katakan kaya ketika di Syiria. Mereka miliki rumah dan kereta. Hidup mereka cukup. Tapi di sebabkan peperangan yang berlaku, mereka golongan yang mampu telah berhijrah ke Malaysia menggunakan passport. Meninggalkan segala harta benda yang mereka miliki. Sehelai sepinggang, membawa apa yang mereka mampu. Sama seperti apa yang Puan Sofinee cerita. Mereka memang persis golongan Muhajirin.
Dengan berbekalkan Visa 3 bulan kemudian perlu di perbaharui atau kemudiannya di beri kad UNHCR. Mereka tidak di benarkan bekerja di Malaysia dan anak-anak mereka hanya boleh di sekolahkan di sekolah swasta. Ini betul-betul mencabar mereka untuk meneruskan hidup berstatuskan pelarian di Malaysia. Mereka tiada pilihan, mereka tiada status yang sah melainkan pelarian.
Berbeza dengan golongan imigrant yang berbekalkan visa yang sah apatah lagi masayarkat Malaysia yang memang di bekalkan pelbagai keutamaan. Datang ke klinik pun bayar RM1 tapi balik dengan ubat-ubatan yang mencecah ratusan ringgit. Kita selesa mereka tidak. Kehidupan kita serba cukup mereka tidak. Kita kalau usaha lebih akan dapat lebih (tapi kebanyakkan kita manja dan malas), mereka nak berusaha pun tiada peluang.
Ketika forum, Hassan menceritakan,
Seorang doktor di Syiria tapi datang ke Malaysia bekerja sebagai pelayan restoran.
Seorang enginerr di Syiria, tapi apabila sampai di Malaysia bekerja sebagai buruh
"Sijil kita tiada membawa apa-apa erti, boleh hilang bila-bila masa yang penting adalah akhirah kita."
Sentap.
In a simple word
"Harta pangkat status dunia tak beerti apa-apa, kalau Allah nak tarik bila-bila masa pun boleh. Dengan pelbagai cara.."
Masih ada beberapa golongan mereka yang masih trauma bila bunyi percikan bunga api apatah lagi bunyi dentuman. Masih teriang-iang. terbayang jasad-jasad yang berlumuran darah di sekeliling mereka suatu ketika dahulu. Allahu.
To be continue in next post.