Bismillah,
Kini sampai sudah satu tahap,
Aku tak tahu apa yang aku mahu!
Hilang sudah prinsip dan pendirian,
Ikut bergelora seperti gelora ujian mendatangi,
Kalah dengan nafsu dan keinginan diri...
Dimana kualiti tarbiyah?
Mungkin itu yang harus dipersoal
Ketika di sumbat dengan kesibukan dunia
Di himpit dengan perkembangan zaman
Di mana tersebarnya tarbiyah yang di bawa bertahun-tahun..
Di mana?
Hilang sudah segalanya..
Hilang sudah,
Segalanya kini kabur,
Tinggal seperti lembu di cucuk hidung
Juga seperti lalang di tiup angin
Hilang sudah kemahuan yang kuat,
Ya Allah..
UjianMu simple dan mudah. Hanya satu..
Tapi aku ni lemah dan terlalu rapuh
Sudah kutemui banyak kelemahan dan kekurangan diri
Terlalu banyak..!
*Down
Allah, kuatkan aku
Yakinkan aku denganMu..
Jangan Kau hilangkan arah tujuanku..
Sedang jalannya ada di depanku..
Allah,
hold my hand! Keep me in your side alwayz...
when im really not ready for all these things..
Everything.. what im facing now...
Sumpah! untuk adapt bukan perkara yang mudah....
"Ayat-ayat Allah umpama pisau. Ada yang digunakan untuk kebaikan dan ada juga untuk kejahatan"(Said Hawa)
Monday, January 27, 2014
Wednesday, January 1, 2014
Kapal di Sini
Bismillah..
Kapal!
Dulu
tempat kegemaran, makanan di sana
makanan yang menggembirakan.
“Tension, ...jom pergi
kapal.”
“Tak selera makan,...jom
pergi kapal.”
“Hepi..nak celebrate
something..jom pergi kapal”.
“Kalau takde pape
pun..boleh pergi kapal.”
Kapal
adalah restoran makanan barat di kampung baru.
Makanan
paling murah adalah french fries rm 3. Tak mengeyangkan. Jadi, minima akan
membelanjakan dalam RM 12 sekali datang. Mungkin menunya chicken chop dan air
jus. YummY!
Sampai pada
suatu tahap, jadi hilang selera, pergi kapal jadi rasa macam berdosa. Makan
nasi dan telur rasa lebih nikmat.
Akhwat kita
kat satu medan ni.
“Makan
nasi dengan amplung (tawar tiada rasa), sebungkus meggi tu dibelah dua untuk
makan dua hari.
Berhutang
untuk datang daurah, sampai yang keluar dari mulut mereka...
Ana
da banyak hutang dengan akhwat, tapi ajaibnya
Walau
keadaan macam tu pun, tiada satu daurah pun mereka terlepas!”
Subhanallah!
Dan hari
ini,ALLAH letak aku bersama-sama mereka. Walau berat kaki mahu melangkah ketika
itu. Merah dan bengkak-bengkak mata kerana menangis. Kaki tetap harus melangkah
bersama hati yang mungkin masih berat saat itu. Bersama iman yang tiada
persediaan. Kecewa dan tetap tiada pilihan.
Jauh di
sudut hati, tak pernah membayangkan aku akan ke sini. Mampukah aku hidup
seperti mereka? Tapi, aku harus yakin ada sesuatu untuk aku disini. Hidup
bersama mereka. Menjadi kakak untuk 11 orang adik mungkin. Dan aku perlu cukup
matang.
Allah,
berkatilah kehidupan aku dunia dan akhirat! Bersama kenikmatan Kau berilah aku
kebijaksaan menguruskannya..
Tahun
baru..2014. Plan better for a better hereafter.
Sebuah
farmasi tarbiyah is under construction!
#Alhamdulillah,setelah sebulan saya sempat solat berjemaah dengan pesakit di wad walaupun hanya sekali ^-^.
~Nikmatnya tarbiyah
Subscribe to:
Posts (Atom)