Bismillahirrahmanirrahim...
Malam itu,
Saat kami menunggu kedatangan bas untuk pulang ke destinasi.
“Akak harap medan anti tak de yang hilang lepas grad nanti...”
Saya terdiam, tenang. Kemudian, cuba untuk membalas...
“Tapi, saya tak nampak potensi pun antara kami ini yang akan
hilang dengan haluan sendiri..”
Suhanallah, cantiknya alam! |
Tapi jauh dalam hati, siapa tahu apa yang akan berlaku
nanti. Ramai yang hilang juga tidak menunjukkan sebarang potensi sebelum ini.
Cuma mungkin cabaran akan kami hadapi setelah grad nanti yang mengubah
segalanya.
Cabaran terbesar adalah tak mampu untuk melawan keinginan
sendiri. Mungkin saja perancangan dakwah tidak sehaluan dengan keinginan kita.
Mungkin saja di awalnya dipersetujui, tapi di pertengahnnya perancangan dakwah
mungkin berubah mengikut keperluan dakwah.
Aduh, keadaan ini memang menyakitkan. Melupakan perasaan
sendiri, melupakan kepentingan sendiri, melupakan kemahuan sendiri.
Dan bukanlah hartamu dan anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada Kami; melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ,mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat kali ganda atas apa yang mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga) (QS 34:37)
Mungkin juga dari keluarga, ada harapan yang tersirat di
hati mereka yang tak terluahkan. Mungkin menanti penghabisan kita di sini untuk
di luahkan.
Tak mampu nak dengar dan juga mampu untuk penuhi.
Tak mampu nak dengar dan juga mampu untuk penuhi.
Mungkin cabaran yang hadir dari sekeliling.
Tapi segalanya tak mungkin berubah bagi insan-insan yang ikhlas dan
yakin. Ikhlas mengharapkan redhaNya dan yakin bahawa Allah tak akan
mensia-siakan segala usaha hambaNya. Tetap tsiqah pada Allah.
Daie harus rela menjadi batu bata untuk ditempatkan dimana sahaja,
Menjadi batu bata yang unik dan khas untuk mengisi kekosongan bangunan dakwah
ini.....
Beginilah jalan dakwah mengajarkan kami, Lili Nur Aulia.
Ini cerita lawak, tapi ada kaitannya.
Minggu lepas, saya buat attachment di wat psikiatri lelaki
HUKM. Pengalaman yang menyeronokkan. Setiap minggu di situ pun tak pa.. best.
Terutamanya, bila baca BHT (bed head ticket) pesakit. Macam baca cerita
dongeng. Kami tak dibenarkan lagi untuk
berkomunikasi dengan pesakit secara terus. Cukup dengan baca BHT pesakit untuk
kami belajar tentang farmakoterapi dalam psikiatri.
Selesai urusan tengahari; makan dan solat. Saya menuju ke
wad semula untuk sambung ‘clerking’. Kali ini saya seorang. Pintu wad
dilapiskan dengan pagar, jadi tidak mudah untuk masuk dan keluar dan mungkin
ambil sedikit masa. Semasa saya sedang membuka pagar, seorang pesakit sedang
perhatikan saya dari dekat. Dalam hati gugup jugak. Saat saya melangkah masuk, pesakit menegur
saya.
“Hai..”
Saya hanya balas dengan senyuman dan terus berlalu.
“Manis.. .” Kata pesakit..
Saat saya tak lagi melayan dan terus juga berlalu, Pesakit
membalas,
“Manis, tapi gemuk!”
Saya masih dengar kata-kata dia. Nak gelak guling-guling pun
ada. Saya tetap melangkah meninggalkan dia sedikit pun tak rasa nak patah
balik. Saya pun tak ambil hati sebab dia adalah pesakit psikiatri. Kalo saya
terasa, saya macam lebih kurang macam dia juga lah! Hahha.
Tapi, apa pengajarannya.
Saya tak ambil hati, sebab saya tahu.. Dia tak faham dan dia
tak tahu bahkan dia tak sihat. Tapi, saya tahu siapa saya. Macam tu juga,
mungkin saja dalam kita menjalani perjalanan tarbiyah. Bersedia untuk
meneguhkan pendirian walaupun penuh cabaran. Sebab kita tahu apa yang sedang
kita lakukan. Sedangkan mereka di sekeliling kebanykkan tidak faham!
Bersedia untuk menjadi yang asing,
Dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak). Dialah
yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk
menambah keimanan atas keimanan mereka. Dan milik Allah lah yang ada di langit
dan di bumi, dan Allah Maha mengetahui, Maha bijaksana. (QS 48:3-4)
Setelah baca, sila doakan saya istiqamah!
enth knp rasa nk gelak guling2..haha
ReplyDeletesengal!!!
ReplyDeleteyang penting ambil pengajarannya..
haha. zu. manis... tapi gemok!! huhu.
ReplyDeletehuhu.. ada apa pada fizikal..kui3,
Deleteciter la psal jaulah. gmbarnye ade,,hehe.
ReplyDeleteawak la cite..hehe
Delete