Saturday, February 23, 2013

Terbang lagi

In The Name of Allah

Ayuh terbang ke Sabah lagi!!

Alhamdulillah, masih di beri kemampuan bercuti di Sabah lagi.. tapi kali ini mungkin berbeza sikit. Kenangan ketika pertama kali sampai di Labuan tahun lepas masih segar. Naik bas selama 3 jam sampai di Menumbuk kemudian naik feri selama 1 jam setengah, semuanya merupakan pengalaman baru. Seronok dapat merasai apa yang mereka lalui setiap minggu.

Kali ini sedikit berbeza, sahabat saya tiada dan mungkin selamanya akan tiada untuk berjaulah ke Daurah bersama-sama. Saya rindukan pengalaman kami bersama. Di jemput akhwat di airport KK kemudian makan bakso di pasar kemudian kami duduk di pantai mengambil angin malam. Kami dengar Ukht Sada cerita tentang Sabah Ketika di Labuan kami lakarkan kenangan kami bersama di atas pasir pantai Labuan. Seronok!

tapak ini tak akan terpisah! 

Bersama dia, saya mulakan langkah menjadi daie dan murobbi. Dulu kami share halaqah, sama-sama belajar jadi murobbi. Bekas anak halaqah kami pun dah besar sekarang walaupun kami jadi murobbi mereka hanya satu sem. Dulu kami selalu mabit bersama, selalunya dia akan datang bilik saya. Dulu kami selalu lepak kat tasik titiwangsa bersama-sama, cerita-cerita,dan banyaknya kami curhat. Walaupun, saya dan dia berbeza 'course', dia perubatan dan saya farmasi, tapi kami selalu struggle sama-sama ketika study week. Dia orang yang akan saya ingat bila saya ada makanan lebih. Dulu pun, kami pergi halaqah bersama-sama sebab hanya kami berdua sahaja yang tinggal dalam kolej. Banyakkan yang kami lakukan bersama!

Tapi segalanya tingggal kenangan bila dia berpindah ke HUKM atau UKM Cheras. Kami dah jarang-jarang sangat berjumpa. Tak banyak dapat kami kongsikan seperti dulu. Di situ cabaran bermula dan hari ni.. mungkin susah untuk kami mencipta kenangan bersama seperti dahulu.

ini hasil lakaran kami bersama


Saya hormati keputusan dia.. Biarlah kami berbeza tapi tujuan kami tetap sama. 
Ukhuwah kami kerana Allah! 
Ya Allah, saya rindu dia!

Moga perjalanan mencari redha Allah di permudahkan..

No comments:

Post a Comment

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..