Monday, April 23, 2012

Ikatan Keluarga

In The Name of Allah


Cuti seminggu kali ni memang tak berasa sedang bercuti..mungkin secara fizikalnya bercuti tapi mentalnya tidak. Walaupun hakikatnya begitu..saya tetap nak pastikan cuti pada minggu tu saya all out luangkan banyak-banyak masa dengan keluarga. Bukan selalu dapat balik ke rumah. Biarlah kepulangan saya yang jarang-jarang ni di jadikan kenangan terindah bagi mereka. Harapnya begitu.


Hari rabu,ketika hari pertabalan agung. Saya offer diri untuk jaga adam memandangkan dia pun cuti  tadikanya. Berumur 4 tahun dan pandai berkata-kata. Saja nak hidup dengan kanak-kanak. Kadang-kadang meluangkan masa bersama mereka menyegarkan balik keserabutan. Fikiran mereka suci dan jernih lagi.
Tapi adam ni,kuat main game kat handphone,kat tablet,PS2... budak-budak zaman sekarang.Dalam pada masa yang sama kita juga perlu bijak.

Penat lepas memasak dan makan. Saya tanya kepada adam yang sedang mewarna kungfu panda. 
"Adam,jom semayang.."

"tak mao la"

 "ha? x mao.." saja saya nak provoke

"sat..sat..nak warna ni"

"kita solat la dulu,lepas tu warna lagi."

"ok..sat na.."
Dia dengan loghatnya..



Saya tengok dia ambil wudhuk..hmm. Bagus juga cuma tak tertib sangat. Kejap-kejap mula kiri,kejap-kejap mula kanan. Lepas ditegur,alhamdulillah dia buat balik. Selesai saya wudhuk,rupanya-rupanya sejadah untuk dua orang sudah terhampar mengadap kiblat. Sudah besar rupanya adam...sudah pandai.

Seusai solat,saya menghabiskan target tilawah. Saja saya tilawah guna handphone je..terjemahan ada kat bawah,malas ambil. Tapi Adam,kejap-kejap datang kat saya. Warna sikit,lepas tue tengok saya tilawah.. Saya teruskan je,malas nak tegur apa-apa. Dalam hati,bagus jugak budak ni.

Azan asar berkumandang.. 
"Adam...jom solat asar.."

"x mao..nak mangaji.." sambil amek rehal dan iqra'nya di rak.

"tak boleh..kena solat dulu baru boleh mengaji"

"x mao solat! nak mengaji.."

"ye la..mengaji,tapi kita solat dulu..ok?"

"haa...okay"

Lepas asar,dia mengaji. Baca

"alif..ba..ta... "
dan seterusnya. 
Ada juga huruf yang dia tak ingat. Tak pa,saya ajar dengan penuh sabar.



Solat maghrib pula..

Saya ajak dia naik atas sebab nak ajak dia solat lagi.
Dia ikut naik,dan masuk ke bilik. Saya ambil wudhuk dulu baru dia. Usai ambil wudhuk,

"cu...ni adam punya.."
sambil tunjuk sejadah yang saya nak hampar. Memang sejadah coklat tu yang dia guna masa zohor dan asar tadi.

"tak pa la kita kongsi..hehe"
saya hampar melintang dan kami kongsi.

songkoknya tercampak ke tepi..

Tahyat akhir dan beri salam. Tak sempat saya nak berzikir selepas solat,Adam capai rehal dan iqra'nya,kata nak mengaji..

Haha..tak sabar betul.
"kita baca doa dulu ya.."

"haa...okay"

Rasanya proses ikat hati dan membina kestiqahan dengan Adam berjaya. Malangnya hanya sehari dapat meluangkan masa bersamanya. Yang penting manfaatkan masa yang ada. 

Teringat pulak emel yang dapat beberapa minggu lepas dari kakak saya dari China.

"Hariz dah khatam al-quran. Sedih,tak dapat sediakan pulut kuning untuk dia." 

Hariz,10 tahun. Dulu masa khatam,mak akan sediakan pulut kuning untuk kami semua. Macam dah jadi adat.

"Tak pa la,inilah pengorbanannya. Balik nanti buatkanla untuk dia. Yang penting jangan berenti sampai khatam je..suruh dia terus baca al-quran tu."

Sekarang ni,Hariz ulang balik mengaji kat ustazah dia... Mak ayahnya masih kekurangan untuk mengajar. 

Nak tergelak pulak,bila hari tu masa kami shoping. Yasmin 5 tahun bernyanyi-nyanyi selawat-selawat dan lagu-lagu yang dia belajar kat tadika agama johor. Masa tu kami sedang berjalan-jalan.. tapi yasmin memang sangat asyik,saya dengar je sambil tersengih-sengih. Disebabkan terlalu asyik,yasmin terlanggar bakul bakul dalam kedai,terhantuk. Tak nampak dan tak perasan rasanya. Mulut dia terus diam,tiada lagi irama. Tangan nya menggosok dahi.Saya hampir tergelak besar... Dia malu..tapi dalam hati saya bangga ada dia.

Beginilah kisah kanak-kanak yang sedang membesar disekeliling saya.



Ada datu dialog dalam Sang Murobbi.

"Mat,jangan anak orang saja ko nasihati. Nasihat juga adik mu tu...Nawi"

Dalam blog notasiku,

"Ayah,jangan lupa Batrisya dan umi juga umat Nabi Muhammad"

Itulah hakikatnya,dalam kesibukan kita mendapatkan buah epal yang paling dekat. Jangan lupa kepada orang yang terhampir dengan kita. Dakwahi juga keluarga kita. Mereka juga amanah kita. Mereka juga mengharapkan dari kita..sebarkanlah cahayanya kepada keluarga. Sinarkan juga pencerahan dalam rumah kita. 

Mungkin sekarang kita tak dapat selalu berkumpul..tapi aku harapkan dari Allah,kita akan berkumpul di jannahnya..

Masih teriang-iang di telinga kata-kata senoir saya semalam...

"nak jadi warga rx tak ada masa untuk berehat. Even nanti da jadi FRP pun lagi sibuk. Bebanan die sama je dengan bebanan dakwah makin lama makin sibuk dan berat"



Saya terkedu sebentar. Kata-katanya memang betul..tidak perlu diragui lagi. Dalam diam,saya doa dalam hati..

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..