Sunday, January 29, 2012

Sembang Akhwat

In The Name of Allah

Suatu petang dua orang sahabat juga akhwat,duduk di kaki bukit kecil di taman tasik titiwangsa. Sudah menjadi kebiasaan bila ada kelapangan,lepas makan petang mesti berjalan di tasik dan duduk di kaki bukit. Ada kalanya,study bersama kalo musim exam. Kadang-kadang berbual tentang family dan masa lalu. Ada masanya mereka meluahakan perasaan di hati. Mereka memang rapat,walaupun baru kenal rapat di univeristi.
Dan petang itu...

"Ukhti..nape ye ana rasa beban.." anis mula perbualan

"Ha?....apa yang beban tue.." nisa kebingungan sementara.

"Tanggungjawab.." pendek je jawapannya.

"Tanggungjawab memang benda yang berat..itukan amanah" nisa cuba menenangkan.

"Kenapa perasaannya tak indah macam dulu.."

"Maksud?" nisa mahukan kepastian

"Kalo dulu tak pernah terlintas pun kat fikiran nie rasa letih. Dulu,hujung minggu ana terbakar dengan program-program. Pastu,ana mampu ulang alik ke pantai dalam setiap minggu. Bukan naik kereta. Semunya public transport....naik monorel,naik bas.. Apa saja pengarahan ana dapat,ana enjoy je nak buat.
Penat memang penat,tapi tak terlekat sangat rasanya. Duit pun habis jugak.. Tapi ana seronok je mengembara sejengkal bersama akhwat."




"Jadi sekarang apa yang anti rasa?"

"Sekarang nie yang paling ana rasa,kepala ana selalu berdenyut-denyut. Batang leher selalu kejang..."

"Eh? anti nie,cakap la betul2..." nisa kebingungan lagi.

"Ye..betul la nie. Ana berkias pun anti tak faham yelurus juagk anti nie..."

"Hehe." mereka ketawa bersama

"Ye la,sekarang nie lain..ana sebenarnya selalu jugak la stress dengan tanggungjawab di sekeliling. Kadang-kadang ada je ana rasa sedih sendirian.."




"Anti fikir banyak kot.."

"Entah la..haishhh. Sejujurnya,ana dah tak rasa keindahan di medan tarbiyah macam dulu.. semua kemanisan yang ana pernah rasa dulu macam semakin lama semakin pudar. Ana selalu terkenang-kenang semua kenangan ketika di zaman awal tarbiyah. Tapi tak mungkinlah untuk patah semula ke zaman tue kan..."

"Hmmm...betul tue."
"Ukhti,apa yang anti rasa tue wajar ja. Memang benar,sekarang nie tanggungjawab kita bukan macam tue,tapi dah bertambah seiring dengan usia tarbiyah kita. Jika dulu kita mungkin di halaqahkan,tapi sekarang kita juga menghalaqahkan. Jika dulu kita mungkin hanya menjalankan gerak kerja,tapi sekarang kita lah pemikir dan perancang gerak kerja..."

"Ana tahu,sekarang nie bukan sekadar bebanan dakwah yang bertambah. Tapi,bebanan sebagai seorang pelajar juga bertambah kan?"

"Betul apa yang anti cakap ,itu yang sebenarnya ana nak maksudkan. Cumanya ana tak sampai hati nak luahkan. Sedangkan ana nie sentiasa di beri kefahaman untuk berbuat tapi perasaan macam tue masih jugak hadir. Kadang-kadang ana terfikir kefahaman ana sebenarnya tak mampu lagi untuk menguatkan langkah ana. Ana rasa diri ana nie teruk la.."

"Ukhti,jangan pernah fikir macam tu..tak ada manusia yang sempurna kat dunia ini. Dan sekarang nie kan kita sama-sama masih belajar untuk menjadi daie yang muntijah kan?..hehe,senyum sikit  ^-^."

Mereka tersengih lagi.

"Ukhti,anti tak mungkin kuat hanya sekadar ada kefahaman. Memang benar,kita perlu berbuat dnegan kefahaman. Tapi macam apa yang anti rasa sendiri,kefahaman tak cukup untuk kita kuat terus menyebarkan kefahaman Islam. Lagi-lagi dalam kondisi umat yang terlalu parah."

"Hmmm...jadi,apa maksud anti?"

"Kita mungkin ada ilmu,kita mungkin ada kefahaman,dan kita mungkin faham akan gerak kerja. Bahkan kita nie mungkin datang dari keluarga yang memahami. Tapi semua tu tak cukup untuk kita tetap melangkah. Kita memerlukan satu lagi kekuatan di medan ni.."

Apa dia?

Ukhuwah!



"Anti tahu kan ukhuwah kita bukan ukhuwah biasa tapi luar biasa"

"Tahu,sebab kita berukhuwah kerana Allah"

"Ukhuwah yang kita bukan hanya ingin di fahami tapi kita juga perlu memahami. Barulah ukhuwah itu di katakan saling kuat dan menguatkan. Disaat akhwat kita bermasalah,kita bukan sekadar melihat masalahnya,dan menerima dia dengan masalahnya. Tapi dengan ukhuwah kerana Allah,kita perlu bertanya tentang masalahnya. "

"Kita sering menyalahkan dia sebab arahkan kita macam diktator. Pernah tak kita fikir kenapa dia macam tue?" nisa membuatkan anis terfikir.

"Dan pasti ada sebab kenapa dia bertindak sebegitu dan sebegini.Kalo tindakanya salah,dia akan tetap bersama kesalahanya,tanpa diperbetulkan.Kita sebagai akhwat tidak sepatutnya menyalahkan dia dengan tindakannya yang salah dan kemudian menyisihkannya.Jika itu tindakan kita,samalah kita dengan kawannya yang tidak ditarbiyah. Tiada makna untuknya berukhuwah dengan akhwat."

"Jadi apa yang perlu seorang akhwat lakukan?" anis mahu lebih lanjut.


"Akhwat perlu memahami. Laksanakan dengan kasih sayang. Betulkan dia dengan teguran yang baik. Kan anti da baca buku Bagaimana Mangikat Hati. Satu benda lagi yang kita sama-sama perlu laksanakan,bersedia untuk menerima teguran. Apabila akhwat di tegur jangan kita pulak memandang rendah padanya,tapi kuatkan dia. Sebab kita kan sama-sama masih belajar"

"Ana yakin bukan anti sorang je yang rasa beban tue. Ana pun pernah mengalaminya. Kalo kita nie saling faham dan memahami,insyaAllah barulah kita nie mampu untuk saling kuat dan menguatkan..."

"Ana faham sekarang,dan ana sedar ianya tak semudah yang anti cakapkan,tapi yang penting kita nak lakukan"

"InsyaAllah,anis. Sama-samalah kita" nisa akhiri dengan senyuman panjang.

Tepat jam 7 petang,mereka berlalu berpegangan tangan...meneruskan perjalanan pulang ke bilik.


1 comment:

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..