In The Name of Allah
Tiba-tiba mesej berbunyi....
"GOod luck kak, ani doakan akak dapat jawab dengan redha Allah bersama" |
Pada mulanya agak tersentap dengan mesej yang di hantar. Sebelum nie tak pernah ada seorang pun yang wish aku macam nie. Tapi dia orang yang aku kenal tak sampai setengah tahun,sudah mampu mengucapkan kalimat yang menggetarkan hati.
Memang sangat-sangat terharu. Ringkas dan pendek sahaja mesejnya.. tapi mampu untuk buat aku bersemangat untuk terus berusaha. Pada masa yang sama,meluruskan semula niat yang mungkin sudah terpesong sedikit. Setiap kali nak jawab paper aku akan kalimat di atas pasti teriang-ingat di fikiran.
Ya Allah,syukur..kau kurniakan dia untuk mendoakan aku.
9 Januari...jam 2 petang.
Lega dan terkedu. Tamat sudah masa untuk aku menjawab kertas ANALISIS FARMASEUTIKAL II. Harapan ku,tak nak lagi bertemu dengan AF II lagi. Cukup untuk 2 sem nie...
Aku terus melangkah keluar dewan dan terus ke bilik. Tak berhenti untuk bergabung dengan perbincangan selepas exam di luar dewan.
Tak mahu cakap dengan siapa-siapa. Biar la jawapan aku tue pemeriksa yang tahu.
Alhamdulillah Ya Allah,aku merasakan ketenangan ketika menjawabnya. Sedikit pun kepala aku tak berdenyut...segalanya lancar kecuali masa yang tidak mengizinkan. Namun,masih ada sedikit ketenangan yang Kau campakkan dalam hati nie.
"Ingat,lepas da berusaha...lepas tue?.."
Aku diam,pening sebab baru bangun tido.
"bertawakal..." sambung abah..
Abah macam tahu je,aku nak jawab paper yang aku fail ketika midsem esok...
Rasa macam nak merempit...hilangkan tekanan!
Rasa macam nak merempit...hilangkan tekanan!
ReplyDeletenak tumpang dok kat belakang!!!
rempit same!!
haha...tertekan jugak ke?
ReplyDeletemeh la...ronda tasik tgk rumah2 agam..
mesti lar..dh 5 minggu exam..x abeh, abeh lg!!
ReplyDeleterumah agam??? x penah tau pon
hakha...
ReplyDeleteokay3!
aah..rumah agam. Besar giler..tak sangka boleh tengok depan mata..selalunya tgk dlm tv je..
rumah mewah2~~