Friday, November 18, 2011

Kematangan

In The Name of Allah

Alhamdulillah,hari ini di kurniakan kudrat untuk menulis lagi. Moga ada pembaikan dari kualitinya..hehe.

12 Nov yang lalu,menjadi detik sejarah yang berharga kepada coursemate yang juga akhwat ku. Dia telah berjaya mendirikan rumah tangganya. Tahniah diucapkan. Termasuk dia,sudah dua orang coursemate saya yang telah melansungkan perkahwinan dan bertukar status serta bertambah peranan. Tahniah sekali lagi. Bukan sebarangan orang mampu menempuhi perkahwinan di usia muda.

                                    

Pernah sekali saya tanya kepada seorang sahabat. Ketika tue dalam bas,kami baru balik dari library. Saya utarakan dia satu persoalan.

"Asma,aku tertanya-tanyalah macam mana kehidupan hana ? kahwin diusia muda. Aku nie hidup sendiri pun tak terurus."

"Hahaha...lebih kurang la kita. Tapi tue la.. Kematangan yang membezakan kita even umur kita sama je."

Pandai jugak die nie cakap
Saya terdiam memikir sesuatu mungkin.

"Asma,nanti kalo aku kawen,aku tak nak jemput kawan-kawan,bagi kad segala... ko pun aku tak nak jemput..hmmm"

"La..asal pulak ko! "

Waktu dua orang tue nak kenduri,depa jemput satu kelas dengan kad undangan. Setiap ornag dapat satu.

"Hakha... malu la wei... tak nak aku.."

"Tu la..aku kata. Kematangan. Orang yang fikir macam ko nie mana matang.. hakha. Tak layak lagi...keh3. Mana ada orang kawen tak jemput kawan-kawan die.."

Saya pun tergelak sama. Betul apa dia katakan. Saya tak kisah,sebab saya memang tiada perancangan untuk itu. Sekadar menyatakan pendapat. Tapi kata-kata dia buat saya tersedar sesuatu.


Kematangan yang membezakan kita walaupun umur kita sama.
Kematangan yang membezakan kita kerna kita lalui perkara yang berbeza

Pokoknya kematangan. Kadang terfikir seronoknya jadi ornag yang berfikiran matang. Tapi tak semestinya orang yang berfikiran matang seorang yang serius.

Bagi saya orang yang berfikiran matang dia mampu untuk melihat perancangan kehidupannya pada masa depan. Dia benar tahu apa yang dia perlu dan apa yang dia tidak perlu. Mereka tidak perlukan ketetapan tapi tahu apa yang perlu dilakukan.

Orang yang berfikiran matang,selalunya tidak terpengaruh dengan suasana sekeliling. Mereka jenis orang yang tetap dengan pendirian masing-masing. Sebab mereka yakin dengan pilihan itu.

Walaupun satu kelas tidur dalam kelas,tapi dia akan tetap fokus dalam kelas sebab dia tahu tidur dalam kelas bermakna dia rugi banyak point yang berguna.

Walaupun semua orang keluar pergi berhibur selepas habis exam,dia tetap di bilik dengan aktiviti harian. Sebab dia tahu,perkara tersebut hanya membazir.

Walaupun semua hq mate kemengantukan dan tersengguk,dia tetap tegak tanpa tersandar di dinding. Sebab dia tahu adab semasa dalam majlis ilmu.

Walaupun semua masulah tidak hantar lagi laporan sedangkan due date menghampiri,tapi dia sentiasa berusaha untuk menghantar laporan sebelum due datenya.

Wah! Bagusnya orang yang matang nie. Teguh dengan prinsip dan pendirian. Mereka juga berani mengambil cabaran.

jom berlalu dari kehidupan tidak matang....

Yang pasti mereka nie bukan seorang yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri! Mereka sensitif dengan suasana sekeliling.

Bila la masanya untuk saya begini...

Sekadar luahan pendapat...
Hana=bukan nama sebenar.

3 comments:

AIM TOWARDS THE END..

AIM TOWARDS THE END..